Transfer Rumors – Tiada bidaan untuk Tevez, The Reds perhati Nzonzi, Benteke,...

    Transfer Rumors – Tiada bidaan untuk Tevez, The Reds perhati Nzonzi, Benteke, Austin

    905
    0
    SHARE

    tevez to psgHari ini, Sky Sport melaporkan bahawa Liverpool adalah antara kelab yang berminat untuk mendapatkan Tevez, namun tiada bidaan dilakukan. Penyerang Juventus berusia 31 tahun ini kemungkinan menyertai PSG.

    patrik roberts fulham

    Anda masih ingat dengan Patrik Roberts? Pemain muda Fulhan? Awal musim lalu, Liverpool dikatakan berkenan sungguh membawanya ke Anfield. Namun laporan dari The Independent mengatakan beliau akan menyertai Manchester City.

    City dikatakan ingin menambah kuota pemain England dan Roberts antara pemain “mampu” milik.

    LFC-transfers-Austin-BentekeBrendan Rodgers dilaporkan akan berkira-kira mendapatkan Charlie Austin atau Christian Benteke setelah perpindahan Clyne dan Joe Gomez selesai.

    Liverpool berbesar hati untuk mengikat secepat mungkin dengan 3 pemain tersebut menjadikan jumlah pemain yang masuk sebanyak 6 rekrut.

    Liverpool hari ini akan menghantar bidaan yang telah diperbaharui kepada pemain pertahanan kanan Southampton dan dikatakan ingin mengikat Joe Gomez bagi menggantikan Sebastian Coates yang akan menandatangani perjanjian tetap dengan Sunderland.

    Benteke dikatakan sasaran utama Liverpool dengan harga £32.5m dalam kontraknya. Pemain 24 tahun ini menjaringkan 49 gol dalam 99 pernampilan bersama Villa.

    sterling pindah ke cityDalam isu Sterling saga, Chelsea dilaporkan memerhati dengan lebih dekat. Namun mereka tidak rasakan valuasi £50m yang diletakkan oleh Liverpool adalah berpatutan.

    Sterling dikhabarkan ingin menyertai Manchester City setelah mendengar City akan membayar gajinya 100k++.

    kovacic ke liverpool

    Tuttosport dari Itali melaporkan Liverpool setuju membayar £16m dan add on £2m bagi mendapatkan pemain tengah Inter Milan ini. Kovacic saga ini jelas membuatkan penyokong Inter Milan panas hati setelah satu per satu pemain berbakat mereka dilepaskan oleh kelab tersebut.

    Namun ramai yang tidak pasti dengan pernyataan oleh jurnalis Mirror (David Anderson) yang menyatakan Liverpool tidak berminat membawa pemain ini ke Anfield.

    nzonzi ke liverpool

    Liverpool, Arsenald an Tottenham dikhabarkan memerhatikan Nzonzi setelah tawaran kontraknya menemui jalan buntu. Beliau mempunyai baki kontrak 1 tahun sahaja lagi di Stoke City.

    Berita terakhir tentang Mario Balotelli yang dilaporkan oleh The Mail, Sampdoria semakin hampir membawa Balotelli ke Serie A secara pinjaman, di mana Liverpool dilaporkan ingin meningkatkan semula keyakinan dan market value Balotelli.

    Itu sahaja buat hari ini, jangan lupa kunjungi kami di Facebook KPLM.