Van Dijk – Adakah Liverpool Akan Berputih Mata Buat Kesekian Kalinya?

Van Dijk – Adakah Liverpool Akan Berputih Mata Buat Kesekian Kalinya?

2739
0
SHARE

#VVDSaga

van-dijk-saga-liverpool

Asalnya, gaji Van Dijk yang ditawarkan adalah £180k seminggu, kemudian difahamkan bahawa Liverpool cuba mengubah struktur gaji menjadi £130k seminggu, boleh meningkat ke 180k seminggu jika ditambah dengan “add-ons”.

Penstrukturan semula ini mengundang kemarahan kepada wakil Van Dijk, malah agennya tanpa segan silu menyatakan kepada kelab bahawa bukan Liverpool sahaja yang inginkan pemain ini. Semalam, laporan dari The Times mengatakan bahawa Manchester city bersedia menawarkan £180k genap sebagai gaji kepada pemain pertahanan Southampton ini.

Walaupun Liverpool masih lagi kelab yang Van Dijk inginkan berbanding kelab-kelab lain, perubahan struktur gaji pada saat akhir ini boleh mengundang kegagalan dalam mendapatkan pemain ini. Jika Liverpool gagal menyelesaikan isu ini, Chelsea dan Manchester City hanya menanti peluang yang terbuka.

tshirt-liverpool

Ini bukanlah pertama kali struktur gaji yang ditetapkan oleh Liverpool menjadi titik tolak kepada kegagalan mendapatkan pemain yang disasarkan.

Jalan Sukar Buat Liverpool

Musim lepas, kita sudah gagal mencapai kata sepakat dengan wakil Naby Kieta yang bertandang ke Anfield, membuatkan kelab ini sedang melalui jalan yang sukar dalam mendapatkan beliau musim panas ini memandangkan RB Leipzig telah mengesahkan tempat ke Liga Juara-Juara Eropah.

benjamin mendy liverpoolDan baru-baru ini, Isnin lepas, pemain pertahanan kiri AS Monaco, Benjamin Mendy menyatakan hasratnya ke Manchester City dengan nilai perpindahan £42 juta, yang juga merupakan sasaran utama Liverpool untuk memenuhi kekosongan di posisi LB, terlepas begitu sahaja.

Nilai perpindahan Mendy adalah dalam jangkauan Liverpool, namun agennya ingin mendapatkan £150k seminggu buat Mendy. Liverpool setuju dengan memberikan tawaran £80k seminggu dengan “add-ons” meningkat kepada £130k seminggu. Tanpa ragu-ragu, City terus menawarkan gaji yang ditetapkan oleh agen beliau.

Mohamed Salah 2014

The Reds masih lagi menjadi kelab utama yang bakal membawa Mohamed Salah, kelihatan pemain ini sudah hampir menyetujui perjanjian dengan Liverpool.

Mo Salah Liverpool

Kehadiran Salah (pada 2014) dah tentu dapat menguatkan barisan serangan yang mana ia menjadi satu kegagalan dalam mengejar kejuaraan liga pada Januari lepas.

Namun, disebabkan kelemahan dalam penstrukturan gaji pemain telah mengakibatkan Salah menyertai Chelsea pada 2014 yang lalu setelah kelihatan Liverpool sudah hampir berjaya mendapatkannya.

Dengan terlepasnya Ryan Sessegnon kepada Tottenham awal minggu baru-baru ini, kini kelihatan Liverpool sukar mendapatkan khidmat Van Dijk, nampaknya Liverpool akan mengambil jalan sukar pada musim hadapan.

Latihan Pra Musim dan Perlawanan Persahabatan

Lapan minggu lagi Liverpool akan diundi untuk perlawanan kelayakan ke UCL, Klopp berhasrat ingin mendapatkan pemain yang disasarkannya dengan kadar segera supaya dapat beraksi dalam latihan pra musim dan perlawanan persahabatan di Jerman dan Asia.

Van Dijk adalah pemain utama yang dikehendaki oleh Liverpool, kita hanya berharap agar perjanjian akan segera termetrai antara kelab dan agen pada tahap terakhir perbincangan ini. Klopp dan Van Dijk sudah sebulat suara menyatakan Liverpool adalah destinasinya, maka beberapa jam akan datang ini adalah masa yang paling genting untuk mengheret pemain yang berbakat dan “highly rated” ini ke Anfield.

 

YNWA!!