HERTHA BERLIN & LIVERPOOL RAI ULANG TAHUN KE-125

HERTHA BERLIN & LIVERPOOL RAI ULANG TAHUN KE-125

622
0
SHARE

GettyImages-1886554.0

Liverpool bertemu dengan Hertha Berlin pada 30 July ini untuk meraikan ulang tahun bersama penubuhan kelab iaitu selama 125 tahun.

Tema perlawanan itu adalah “Celebrating Football since 1892”

berlinstadion

Kedua-dua kelab ini iaitu Liverpool dan ‘The Old Lady‘ ditubuhkan pada tahun 1892 dan hubungan rapat Jurgen Klopp dengan pengurus besar Hertha Berlin, Michael Preetz menjadikan sambutan ini adalah sesuatu istimewa yang dapat dilaksanakan untuk kedua-dua kelab.

Oleh itu, Liverpool akan datang ke Olympiastadion yang berkapasiti 74,745 orang pada July ini dan secara timbal baliknya, Hertha Berlin akan ke Anfield pada musim panas tahun hadapan.

Ini kerana, Stadium Anfield dalam proses penambahbaikan untuk 2 musim berturut-turut. Namun, ianya akan kembali seperti sedia kala pada musim panas hadapan dimana perlawanan timbal balik dijangka diadakan.

Dengan musim lepas, Liverpool mengadakan beberapa siri perlawanan persahabatan di USA, tetapi pada musim ini, Liverpool sudahpun menghabiskan permulaan musimnya di Australia dan Hong Kong.

080722-053-Hertha_Berlin_Liverpool-696x650

TAHUKAH ANDA?

Paling terakhir Liverpool mengadakan perlawanan persahabatan dengan Hertha Berlin adalah pada tahun 2008 yang pada ketika itu, pasukan Rafa Benitez seri tanpa jaringan.

Hertha Berlin ditubuhkan pada 25 July 1892, maka saya mengandaikan ianya tarikh sesuai diadakan di Berlin.

Manakala Liverpool ditubuhkan pada 3 Jun 1892 dan dijangkakan diadakan pada tarikh yang sama tahun hadapan.

#duone_starz #kplm