My‬ Warm Sent Off To Stevie G

My‬ Warm Sent Off To Stevie G

196
0
SHARE

thank-you-captain~ By Axello

Tribute untuk Gerrad:

Saya tak kisah apa keputusan malam ini Gerrard. Yang saya tahu saya nak terpacak depan TV nak bertepuk tangan ketika anda dikeluarkan. Walaupun emak atau ayah saya cakap saya gila tepuk tangan sorang sorang di tengah malam buta, because You Are My Stevie G.

Steven_Gerrard_1457824i

Anda dah menjadi hero saya sejak dulu, sejak imej remaja anda dengan larian deras dan on the ball shots dari semua sudut sehinggalah imej matang di padang. Anda adalah mimpi ngeri lawan dan mimpi indah untuk spion kops dan sekutu. You are truly legendary captain. Jika ayah kami bercerita pasal Rush Dalglish, kami pula ada edisi Gerrard untuk diceritakan.

Anda adalah legend yg sanggup menolak semua peluang untuk menyertai kelab dan jurulatih terbaik dunia lain yg mampu memberikan anda kejayaan berlipat ganda. Alex Ferguson, Jose Mourinho, Carlo Ancelotti dan ramai lagi mahukan anda. Bagi anda, penyesalan terbesar bukan kerana tak menang Liga tetapi penyesalan terbesr adalah tidak mampu membantu Liverpool menjuarai liga.

Anda memilih untuk kekal, walaupun terpaksa bermain dibawah Roy Hodgson, dan manager muda Brendan Rodgers. Anda kekal disini bersama Dalglish untuk memperbaiki krisis. Anda disini dikala yg lain pergi mencari pelabuhan yg lebih baik. Owen, Torres, Suarez, Alonso, Reina, Mascherano antara gandingan terbaik dalam karier anda namun semuannya sudah merasai juara liga termasuk Reina dan Suarez pada akhir musim ini.

Tak apa! Sebab anda adalah Stevie G!

Liverpool gagal memberikan anda hadiah terakhir, final di Wembley pada harijadi anda musim ini, anda berkata, tak apa , kami telah berusaha! Sebab anda Stevie G.
Saya pernah menulis, anda nampu mendukung pasukan ini berseorangan ketika kudrat anda masih kuat namun saya tak pasti pasukan ini akan mampu mendukung anda ketika anda dimamah usia. Anda berkata, tak apa, saya akan pergi, saya masih nak first team football dan LFC bukan tempatnya. Kerana anda Stevie G. Anda mahukan aksi setiap minggu daripada duduk di dugout dan anda tak mahu menjadi ‘beban’ pasukan ini.

Steven-Gerrard2

Your tackling, your shouting, your thunderbolt, you long passes and your smile everytime LFC wins the game and also your celebration surely will be missed. Now i Have a reason to watch MLS back selepas era Beckham.