Remember The Name : Dirk Kuyt

Remember The Name : Dirk Kuyt

1387
0
SHARE

Tribute To Dirk Kuyt.

 

BY: Axello@kplm

Lambaian Terakhir di Anfiled
Lambaian Terakhir di Anfield

Pada 2006 Rafa Benitez telah menandatangani Kuyt dengan nilai sekitar 10m dari feyenoord. Kuyt merupakan pemain yang beraksi di CF ketika di Feyenoord dan telah mencatat 71 gol dari 101 penampilan (ratio 1.42). Kuyt sangat sayangkan Feyenoord dan mengatakan dia cuma akan tinggalkan Feyenoord untuk kelab besar seperti Liverpool sahaja. Menutup peluang Newcastle yang dipercayai lebih awal membuka langkah untuk mendapatkan Kuyt semasa era Keegan.

Rafa signed Kuyt
Rafa signed Kuyt

1. Corak Permainan.

Kuyt merupakan pilihan utama Van Baasten kerana kemampuannya bermain Total Football dengan baik. Dia asalnya ialah CF dan sesekali bermain Second striker di Feyenord. Ketika di Liverpool Kuyt telah diconvertkan menjadi winger oleh Rafa Benitez.
Mengambil kira ketiadaan pemain sayap kanan yang betul betul bagus pada masa itu. Dengan adanya Torres di atas , memang Kuyt tak akan mampu merampas posisi CF. Rafa yang selesa dengan role Gerrard di belakang Torres membuatkan Kuyt tiada tempat untuk mengisi slot second striker. Lagipun Rafa Benitez tidak menyukai formasi dengan second striker . Dan Gerrard lebih kepada  attacking midfielder di dalam sistem 4-5-1 yang menjadi kegemaran Rafa.

2. Etika dan Kesungguhan

Walau bagaimanapun , Rafa amat menyukai sikap dan mentaliti Kuyt yang suka membantu rakan di posisi lain . Dia memiliki workrate luar biasa . Walaupun dia tak laju tapi dia sentiasa bergerak. Rafa memuji kuyt yang tidak pernah merungut untuk duduk di bangku simpanan atau bermain di posisi lemah. Dia digelar Mr. Duracell / Enegizer Bunny oleh kopites kerana kemampuan ‘marathon’nya di dalam padang. Rafa pada masa yang sama nak jugak pemain seperti Kuyt ada dipadang , akhirnya rafa mengconvertkan kuty dari penyerang tengah kepada wide flanker.
Kuyt seorang yang sangat humble dan sentiasa cuba feed untuk rakan di hadapan yang berpeluang lebih baik daripada melakukan gol  walaupun ratio gol kuyt di Feyenoord membuktikan dia adalah striker yang klinikal. Dia adalah striker 20-gol semusim di Liga Belanda. Kini, dia terpaksa belajar untuk melakukan key passes dan assist passes kerana dia tahu dia bukan lagi CF atau SS sebaliknya dia ialah Side Midfielder mahupun Right Wing. Rafa pernah menyifatkan Kuyt adalah sepenting Torres kerana dia memiliki big match mentality. Ketika Gerrard dan Carra cedera. Rafa pernah memutuskan untuk menjadikan Kuyt sebagai kapten.

3. Duracell / Energizer Bunny /3 lungs Kuyt

Kuyt terkenal dengan sikap dan kerajinannya . Dia bukan injury-prone dan sangat fit. Dia pernah mencatat rekod bermain 179 perlawanan berturut turut dengan Feyenoord. Di Liverpool Rafa mengatakan pemain seperti Torres dan Gerrard akan disanjung peminat setiap perlawanan , tetapi anda juga mengharapkan pasukan anda memiliki 2 atau 3 Kuyt dalam pasukan. Rafa merujuk kepada semangat ‘never say die’ Kuyt yang sentiasa
bergerak dan turun naik.

4. Mr. Reliable dan Penalty Specialist
Kuyt juga dianggap Mr. Reliable terutamanya dalam sepakn penalti, dia menjadi deputy untuk Gerrard . Alonso sendiri tidak berani nak sailang Kuyt dikala Gerrard tak ada.

5. Gol seorang Big match mentality player

Di LFC Kuyt tidak seprolifik seperti dia di Utrecth atau Feyenoord , Kuyt tetap antara big man in a big ocassion. Dia mungkin bukan Gerrard yang selalu menjaringkan gol di kala jantung
Peminat seakan terhenti. Kuyt tetap memiliki kompilasi gol penting. Antara sumbangan Kuyt:

– Jaringan masa tambahan menentang Standard Liege membantu Liverpool ke peringkat kumpulan UCL 08/09
– Melakukan assist kepada Babel di Old Trafford ketika Liverpool menang 2-1.
– Hatrik ke atas Man utd di Anfield Liga musim 2010/2011. Lebih signifikan , ia adalah tahun terakhir Kuyt di Anfield

Hatrik v Man Utd
Hatrik v Man Utd

– Menjaringkan consolation goal ke atas Ac Milan di UCL final 2007.
– Pada 2008 Kuyt menjadi match winner di City Of Manchester Stadium (kini Etihad) Liverpool ketinggalan 2-0 , Torres samakan kedudukan dengan dua jaringan sebelum Kuyt menjaringkan gol ketiga/kemenangan.
– 2 penalti sempurna menewaskan Everton di Goodison Park pada 2007

Penalti v Everton
Penalti v Everton

– Masuk sebagai pemain simpanan dan menjaringkan gol penyamaan untuk LFC yang ketinggalan kepada Cardiff city di Final Piala Liga.Dan hampir menjaringkan gol kemenangan pada extra time. Akhirnya LFC menang Shoot-out. Ia satu satunya Piala Kuyt sebelum meninggalkan Liverpool.

Dirk+Kuyt+Liverpool+v+Cardiff+City+Carling+Wi8Iw6WkvrEl
Goal di Final Carling Cup

– Penalti Kuyt Menyingkirkan Chelsea dalam shoutout semifinal UCL 2007.

dan banyak lagi…

Diantara 71 gol sepanjang kariernya di Liverpool Kuyt menyifatkan hatrik keatas MU adalah terbaik dalam karier beliau.Dia mencatat 12 gol di eropah dengan LFC ketiga di belakang Rush dan Gerrard. Pada akhir musim 11/12 Kuyt membuat keputusan untuk meninggalkan Liverpool dengan menyertai Fenerbache.

Menyertai Fenerbache
Menyertai Fenerbache

Jadi, Bukan semua lethal name striker yang menjadi pemain penting dalam team kebangsaan sanggup bekorban untuk tukar posisi seperti Kuyt. Tapi Kuyt sentiasa buat apa saja yang diperlukan demi team tanpa merungut. Rafa sering dikecam segelintir peminat kerana suka menurunkan Kuyt sedangkan ada Babel , Pennant, dan benayoun yang lebih skillfull dan laju. Ini kerana Rafa tahu Kuyt sentiasa 120% dalam padang. Etika dan aksi di Piala Dunia Brazil mengkagumkan ramai pihak ketika beliau dianggap sudah berusia. Louis Van Gaal sendiri mengakui ingin membawa Kuyt ke Old Trafford semasa transisi Moyes-LvG.

Kuyt WC2014
Kuyt WC2014

atas faktor etika dan komitmen Kuyt. Namun darah Reds sejati dalam badan Kuyt bila dengan mudah menolak tawaran itu demi Liverpool.

Kuyt Reject Man Utd
Kuyt Reject Man Utd

Jika anda mencari pemain yang sanggup mati di atas padang walau terpaksa berlari ,Kuyt la orangnya.Walaupun dia tidak dirai seperti Hyppia dan Carragher mahupun diberi perlawanan testimonial seperti Gerrard, dan no 18 bernama kuyt tak sebaris no 9 Torres mahupun no. 7 Suarez ,namun Kuyt tetap
winner di hati ramai Kopites.

Sekian

YNWA!