Temubual Eksklusif dari Rafa Benitez ke atas Pemergian Gerrard

Temubual Eksklusif dari Rafa Benitez ke atas Pemergian Gerrard

396
0
SHARE

Rafael-Benitez-Liverpool-FA-Cup-Trophy-Steven_2864213

Rafa Benitez mengimbas kembeali teamtalk yang diberikannya dalam perut Stadium Ataturk sedekad yang lalu.

#Dalam Final Liga Juara-Juara 2005 Liverpool ketinggalan 3-0 dalam separuh masa pertama dengan permainan didominasi AC Milan.

“Saya menyuntik semangat kepada mereka agar mereka menanam perasaan percaya,” Benitez memberitahu ECHO. “Saya terpaksa menjadi orang pertama yang percaya atau ia akan menjadi mustahil.”

“Apa yang saya ucapkan adalah: ‘jaringan awal adalah kunci matlamat kita dalam separuh masa kedua. Mari kita tunjukkannya pada semua.dan kita akan lihat. “

Disahut dengan lantang oleh kapten beliau.

Detik gemilang bermula dengan kemasukkan Didi Hamann menggantikan Steve Finnan yang cedera, Steven Gerrard mengetuai comeback yang paling diingati dalam sejarah bola sepak. Jaringan pertama dari Gerrard melalui header beliau dari hantaran silang John Arne Riise telah memberikan satu harapan buat Kop dalam enam minit pertama babak kedua.

Kejayaan merangkul kejuaraan kelima dibantu juga wira seperjuangannya lain yg bersama berjuang sehingga ke saat sepakan penalti. Benitez berkata bahawa kemenangan bersejarah itu melambangkan Gerrard mempunyai semangat tidak akan mengalah dan berkeupayaan untuk memberi inspirasi kepada orang di sekeliling dia untuk bangkit bersama.

Kualiti yang sama telah dilihat dengan nyata apabila dia dan pasukannya mengetepikan Olympiakos awal untuk Liverpool bersaing semula dan meneruskan perjalan mereka ke Istanbul.

gerrard_champs_lea_1649215i

“Steven sentiasa menjadi pemimpin yg dicontohi,” kata Benitez. “Terima kasih kepadanya kerana membuatkan pemain lain bermain dengan lebih dan sorakkan dari dia membuatkan semangat pasukannya kembali berkobar. Malam di Istanbul mereka tahu dia boleh membuat sesuatu dan mereka mengikut command daripanya .”

Semua pemain liverpool ketika itu mula kembali benafsu untuk merapatkan jurang. Gerrard mula perasaan bahawa pasukan boleh kembali untuk menang.

“Saya merasakan perubahan momentum dan reaksi peminat kami memberi kita tenaga. “

Benitez percaya Keajaiban Istanbul turut mempamerkan Serba boleh yang luar biasa Gerrard.

“Dengan Steven, anda mendapat komitmen, semangat, pemimpin dan Pemain dengan kuasa, bakat dan teknik yang sangat baik apabila ia datang untuk lolos, menuju dan menembak,” kata Benitez.

“Dia seorang pemain yang sangat lengkap. Itulah sebabnya dia dapat bermain dalam beberapa posisi yang berbeza.”

“Pada malam itu dia mula di bahagian tengah sebelum dia bertukar posisi bermain sebagai penyerang kedua.”

“Dengan Luis Garcia dan Steven bagaikan seorang jaguh menekan pertahanan lawan, Milan tidak tahu bagaimana untuk menghalang mereka.

rafa-benitez-steven-gerrard-450-523383079

Ketika Benitez dilantik menjadi pengurus pada bulan Jun 2004 tugas pertamanya adalah untuk pergi ke Portugal untuk bertemu Gerrard, Michael Owen dan Jamie Carragher, yang jauh dengan England bermain di Euro 2004.

Chelsea pernah cuba untuk mendapatkan khidmat Gerrard tetapi beliau menolaknya kerana ingin menabur bakti buat Liverpool.

Jurulatih Sepanyol itu mula cuba untuk meningkatkan permainannya ke peringkat seterusnya. “Saya masih ingat pertemuan pertama saya dengan beliau di Portugal dan saya dapat melihat kepentingannya untuk taktikal” kata Benitez.

“Dia terpaksa memperbaiki taktikal dan dia melakukannya sedikit demi sedikit. Beliau sangat berminat untuk belajar. Bakat sentiasa ada padanya. Apabila dia 17 tahun, dia telah menjadi pemain yang bagus, dia berpotensi.”

“Di Sepanyol perjalanan alam bekerja adalah berbeza daripada di England. Beliau mempunyai kualiti terbaik eropah ketika itu – his passion, his determination”

“Kami hanya perlu membimbingnya untuk faham permainan, taktikal, sebab-sebab mengapa beliau perlu melakukan sesuatu. Beliau bernasib baik untuk mempunyai rakan sepasukan dan persekitaran yang membenarkan dia menggunakan semua potensinya.”

“Setiap tahun dia lebih matang dari segi pengalaman dan membuat keputusan. Beliau dapat membaca permainan jauh lebih baik malah beliau juga adalah pemain tengah terbaik “

Ketika gerrard dikemuncak prestasinya, Benitez terus mencabarnya untuk memberikan hadiah besar buat peminat.

Dalam 2005/06 dia mencetak 20 gol buat kali pertama dan telah dinobatkan PFA Player of the Year.

Ketika Perlawanan akhir FA cup di Cardiff, beliau menjaringkan gol dari jarak 30 ela mengikat West Ham 3-3 dan memaksa masa tambahan. Sekali lagi Liverpool menang menerus ipenalti.

Mereka berjaya ke perlawanan akhir Liga Juara-Juara sekali lagi pada tahun 2007 hanya untuk Milan untuk membalas dendam mereka di Athens.

gerrard torres

Gerrard pergi untuk membuat gandingan maut dengan Fernando Torres membuatkan The Reds dapat merendahkan pemain-pemain di Inter Milan dan Real Madrid.

24 gol sebagai kapten pada tahun 2009/09 adalah yang terbaik dalam kariernya dan kemudiannya beliau menerima anugerah daripada Football Writers’ Player of the Year.

“Beliah adalah salah seorang pemain terbaik yang saya pernah bekerja dengannya.” Kata Benitez.

“Beliau adalah pemain tengah box to box, namun beliau juga telah belajar bagaimana untuk bermain dalam posisi lain.”

“Kami letakkannya di kanan, posisi yang tidak digemarinya, tapi beliau ada kebebasan untuk masuk ke tengah dan menjaringkan lebih 20 gol di posisi tesebut.”

“Saya masih ingat beliau main di sebelah kiri dengan England di bawah Fabio Capello”

Posisi terbaiknya bagi kami adalah bermain di belakang Torres. First touch, dan ketepatan hantarannya membenarkan Torres menjaringkan gol yang banyak.”

“Dengan Mascherano, Alonso atau Lucas di belakang, kami ada balance, power, talent dan kepantasan.”

Di bawah Benitez, Gerrard hampir-hampir meninggalkan Liverpool setelah kemenangan di Istanbul pada 2005.

Bermula dengan Jose Mourinho yang memanggil Gerrard menyertainya, namun beliau tidak dapat meninggalkan perasaan cintanya buat The Kop.

Setelah beberapa dekad, banyak kelab-kelab terkemuka eropah melamarnya namun beliau tetap di Liverpool. Benitez menghargai dan berbangga dengan sikap LOYAL padanya.

BenitezAndGerrard

“Ia bukan mudah buat Steven, beliau ada tawaran hebat dari Chelsea.” Kata Benitez.

“Keluarganya begitu penting dalam keputusan-keputusan yang dibuatnya, dan beliau juga telah memenangi banyak piala di Liverpool dalam kariernya.”

“Dalam pasukan kami, beliau adalah Gerrard – Our Captain, A Legend!”

“Di luar Liverpool FC beliau boleh jadi lebih baik dan mungkin memenangi Premier League, namun ia tak pernah lebih penting daripada penyokong Liverpool.

“Bagaimana kamu menang adalahpenting dan Instanbul 2005 serta Cardiff 2006 akan sentiasa mengingatkan kita tentang beliau. Beliau telah memberikan pengalaman indah kepada para penyokong Liverpool.:

“Dari Itali, bukan mudah mengetahui kenapa Steven pergi. Saya ucapkan yang terbaik buatnya dan semoga beliau menikmati kebahagiaan setiap masa.”

Sumber: Liverpool Echo