Analisis Arsenal 4-1 Liverpool – Masalaah Wing Back, Kelemahan Liverpool Terdedah Lagi

    Analisis Arsenal 4-1 Liverpool – Masalaah Wing Back, Kelemahan Liverpool Terdedah Lagi

    654
    0
    SHARE

    can merah

    Liverpool dimalukan dengan kekalahan 4-1 oleh pencabar empat teratas liga, Arsenal di Emirates Stadium pada Sabtu lalu. Perlawanan yang membuktikan kepada pengurus Brendan Rodgers bahawa skuadnya kekurangan di bahagian wing back.

    Rodgers menggunakan taktikal biasanya dengan formasi 3-4-2-1, Kolo Toure menggantikan Skrtel yang digantung perlawanan. Jordan Henderson diubah ke posisi right wing back dengan memberikan tempatnya kepada Lucas dan penyerang tengah diberi ruang kepada Lazar Markovic.

    Gol dari Hector Bellerin, Mesut Ozil, Alexis Sanchez dan Olivier Giroud memberikan 3 mata penuh buat pihak The Gunners, manakala Henderson menyudahkan sepakan penalti setelah Sterling dikasari oleh Bellerin.

    Menjadikan perlawanan bertambah teruk, Emre Can dilayangkan kad merah, dan akan terlepas perawanan akan datang.

    Arsenal mendedahkan bahawa bahagian wing back adalah masalah The Reds, dan Rodgers mesti berusaha keras menyelesaikan masalah ini.

    Kesengsaraan Di Masa Pertama

    Pertembungan di mana kedua-dua belah pihak inginkan kemenangan, tiada siapa dapat jangkakan bagaimana perlawanan ini akan berlaku. Masa pertama, tekanan yang diberikan oleh Arsenal nampak berkesan.

    Lucas dan Joe Allen seperti tidak wujud di bahagian tengah dan ia agak mengecewakan apabila hendo mengorbankan ruang tengahnya untuk Lucas.

    Liverpool boleh dikatakan kalah pada masa pertama di bahagian wing back sahaja. Prestasi Henderson merudum dan tiada sumbangan penting dilakukannya seperti sebelum ini.

    Statistik yang mengejutkan, Henderson hanya melengkapkan 68.4% daripada hantaran yang dibuatnya di posisi Right Wing Back!!!

    Posisi Moreno Paling Terdedah

    Sebenarnya lebih teruk adalah di posisi kiri. Ruang yang paling banyak terdedah, Moreno seakan-akan dibuli oleh pemain juniornya sendiri, Bellerin sehingga dimalukan dengan gol cantik hasil gelecekan Bellerin menewaskan Moreno.

    Moreno hanya melakukan 1 tackle dan 1 interception dalam 90 minit perlawanan serta 2 fouls dan 18 sentuhan sahaja!!! Cukup membuktikan persembahannya yang mengecewakan.

    Peranan Wing Back boleh dikatakan peranan yang mudah dilupakan oleh sesiapa sahaja. Wing back perlu mengimbangi antara sumbangan kepada bahagian serangan dan juga bahagian pertahanan. Ia amat sukar bagi seseorang pemain seperti Moreno yang gemar berada di posisi serangan.

    Pemain berusia 22 tahun itu menyumbangkan 2 key passes – kedua terbaik antara semua pemain Liverpool. Namun peranannya sebagai wing back sudah tentu membuatkan Rodgers kecewa dengan eksploitasi oleh pihak lawan.

    Formasi 4-1-4-1 Masa Kedua

    Dengan malapetaka pada separuh masa pertama, kedudukan 3-0 sudah tentu membuatkan Rodgers tak duduk diam.

    Kemasukan Daniel Sturridge, mengeluarkan Markovic yang tak begitu menjadi dalam game ini. Rodgers menggunakan 4-1-4-1, dengan Sterling dan Philippe Coutinho dibelakang Sturridge / no.9. Henderson lebih ke tengah di sisi Allen, Moreno dan Can mengambil posisi full-back untuk membentuk back four.

    Sistem ini lebih berkesan dan efektif sebelum Can dilayangkan kad merah. Henderson bertakbah efektif, berjaya mengawal perlawanan dan meningkatkan peratus hantarannya (72.2% dalam 90minit) dan menggunakan kelebihannya menjana serangan.

    Insiden Penalti Sterling

    Sterling dalam peranan penyerang bayangan memberikannya lebih ruang dan peluang mengeksploitasi bahagian pertahanan Arsenal. Gerakan beliau memaksa Bellerin melakukan tackle yang tidak perlu, dan jelas ia adalah penalti.

    hendo penalti

    Kali ini Moreno di kiri dan Can di kanan tidak lagi terdedah sangat dah.

    Kewujudan peranan wing back yang dibawa oleh Rodgers beberapa kali mengecewakan dan tidak efektif. Selepas perlawanan ini, adakah formasi 3-4-2-1 akan berkubur?

    Bagaimana Rodgers boleh selesaikan masalah ini?

    Ketika temuramah kontroversi Sterling, beliau mengadu tentang peranan wing-back yang diberikan kepadanya akhir-akhir ini, dan mengklaim beliau dikorbankan untuk bermain ke posisi bertahan setelah berlatih sehari-hari untuk bermain di depan.

    Nampaknya keadaan ini seperti dirasai juga oleh rakan sepasukannya setelah dengan mudahnya posisi wing back Liverpool terdedah dan tidak diendahkan pada kekalahan Sabtu lalu.

    Kemungkinan dua kesimpulan yang dapat dilakukan oleh Rodgers.

    Jangka masa pendek, wing back tidak berkesan, dan jangka masa panjang, jika beliau ingin kekalkan peranan wing back dalam sistemnya di Liverpool, beliau perlu menandatangani pemain lain untuk peranan wing back sahaja.

    Fokus

    Perlawanan akan datang dilihat sebagai perlawanan terpenting bagi meningkatkan keyakinan kem Liverpool dan misi memburu piala setelah kontroversi demi kontroversi dimainkan oleh media.

    Can menyertai Skrtel dengan pergantungan, ini memaksa Liverpool bermain dengan back four, mungkin.

    Dengan persembahan mengecewakan oleh Toure, dan kemungkinan 4 pertahanan akan bermain, dijangka Lovren dan Glen Johnson akan kembali dalam skuad menentang serangan fizikal Blackburn nanti.

    Setelah dimalukan di Emirates, sekarang mungkinlah masa yang tepat bagi Rodgers menangani masalah yang konsisten berlaku ini:

    Adakah sistem wing-back berkesan?

    Kongsikan pandangan anda.