ANALISIS BIG GAME : ARSENAL 3 UNITED 0

    ANALISIS BIG GAME : ARSENAL 3 UNITED 0

    5147
    0
    SHARE

    4.10.2015@EMIRATES

    20 MINIT LUAR BIASA ARSENAL

    PERMULAAN 

    ARSENAL 4-2-3-1

    Arsenal bermula dengan sistem false no.9. Namun mereka ada keupayaan tinggi untuk melepaskan Alexis dari wide area kerana pemain itu adalah goalscorer terbaik mereka dalam team sheet permulaan/ starting lineup.

    MANCHESTER UNITED 4-4-1-1

    United menurunkan Young di left back dan ia memang langkah berani mati dalam game ini. Walaupun Young ada pace, tetapi dia bukan defensive minded. Rooney diarahkan bermain di hole manakala Mata dan Depay di wide area.

    Capture

    UNITED ‘TIDUR’ DI PERMULAAN DAN ARSENAL WORLD CLASS FOOTBALL DALAM 20 MINIT AWAL

    Arsenal mendapat dua gol dalam tujuh minit awal dan menyukarkan United untuk settle down dalam game ini. United ada masalah besar untuk menghentikan pemain seperti Ozil dan gagal mendiamkan Alexis Sanchez. Carrick adalah low pace holding midfielder dan Schweinsteiger pula tak cukup combative di tengah. Boleh dikatakan cara United memulakan perlawanan adalah punca utama rentak mereka terencat.

    Alexis Sanchez memecah kebuntuan selepas hanya enam minit apabila berkolaborasi dengan baik dengan Mesut Ozil. Seminit kemudian Ozil menggandakan kedudukan untuk Arsenal. Arsenal pada awal perlawanan mendominasi sehingga lebih 70% penguasaan bola. Arsenal bermain bolasepak yang sangat berbeza dan overperform dalam 20 minit pertama perlawanan.

    Di bawah adalah rajah 24 succesful passes daripada 32 passes Arsenal dalam 20 minit pertama di final third. Cuma 8 sahaja yang gagal.

    succ

    UNITED SUPPORT ISSUE DI FINAL THIRD

    Mata antara pemain yang menjadi harapan LvG untuk mencipta lebih kreativiti di atas. Dengan jelas sekali Martial juga kerap berada di sisi yang ada Mata untuk menerima bola. Tapi dalam game ini Martial kerap berseorangan dan sangat low link up dengan Mata untuk bertukar tukar hantaran. Faktor kegagalan Mata adalah Aaron Ramsey yang beraksi dalam prestasi terbaik untuk mematikan ancaman Juan Mata. Manakala Coquelin turut menyukarkan gerakan United di tengah.  Peningkatan yang mendadak oleh Ramsey untuk bermain role lebih deep.

    MSRTI

     

    United cuma melakukan 2 sahaja cubaan di dalam kotak penalti, selebihnya adalah long range.

    Cubaan gol,United
    Cubaan gol,United

    ARSENAL FREE FLOWING FOOTBALL DAN KUALITI PACE

    Arsenal ada pace yang sangat sukar dibendung oleh Manchester United. Dengan backline yang agak tinggi tetapi pasif, dimana mereka sangat lambat untuk melancarkan tackle. Mereka seakan akan menjemput Arsenal untuk mara lebih jauh. Offball movement Arsenal memang senjata utama untuk mengatasi Carrick dan Bastian di tengah serta wrong player seperti Blind dan Young di backline. Saya tak faham kenapa Van Gaal menggunakan secondary player untuk game sebesar ini.

    Mungkin beliau terbuai buai dengan kejayaan mengatasi Liverpool dengan meletakkan Blind di CB. Bagi saya Blind bukan good CB cuma sebelum ni mereka ada Shaw untuk membantu di backline. Dalam rajah di bawah, ia adalah build up yang menjadi punca kepada gol Arsenal. Bagaimana anda mahu mengatasi Arsenal bila on form dengan Young di side back ??

    pace

    Gol kedua adalah counter attack yang sekali lagi United tak ada kemampuan menghentikan ancaman daripada pacey football. Di dalam box Ashley Young clueless nak buat apa. 4 pemain mengepung Walcott seorang dan tak satu pun cubaan tackle dilancarkan. Saya dapat bayangkan jika Vidic atau Ferdinand dalam backline itu, sudah pasti at least cubaan blocking berani mati dilancarkan dengan Walcott yg mengambil 2 atau 3 saat untuk release pass.

    11 22

    UNITED HIGH LINE DEFENDING DAN TACTICAL SHAPE

    Walcott dan Sanchez sangat menikmati peluang untuk menewaskan high line defending seperti ini. Adakah ia pendekatan yang kurang bijak apabila di tidak ada solid fundamental untuk tracking back bila diserang. Space antara pemain yang selesa serta kegagalan defensive midfielder untuk membantu backline. Ashley Young mungkin  ada pace, tetapi beliau sangat lemah dalam defensive duty. Gol kedua dan ketiga adalah hasil daripada high line yang lemah dalam mematikan ancaman lebih awal.

    Tactical shape United sangat jarak. Saya mula mula merasakan LvG mahu bermain lebih banyak long ball dengan jarak seperti ini. Tetapi tidak, United cuma bermain 58 long ball sahaja dan 569 short passes. Wow!! Dengan team yang super short passes dalam shape sebesar ini memang berpeluang untuk dirampas kerana jarak yang sangat jauh. Mereka hilang bola sebanyak 18 kali dalam game ini.

    unitedd

    psss

    UNITED MENDOMINASI SEPARUH MASA KEDUA

    Berbeza dengan 45 minit pertama lebih banyak bertahan pada separuh masa kedua dan United terlalu dominan pada second half. Aksi Cech, Gabriel dan Metersacaker memang cemerlang untuk menafikan cubaan United. Arsenal mengeluarkan Walcott, Sanchez dan Ozil dan memasukkan Chamberlain, Gibbs dan Giroud yang lebih kepada untuk fresh leg subs dan recognition / standing ovation kepada aksi mereka.

    United sukar untuk menembusi Arsenal kerana mereka sangat lack quality di final third apabila Martial gagal mendapat support dan service sebaik mungkin , manakala Rooney dan Depay agak out of form. Isu kualiti di final third ini adalah masalah lanjutan United walaupun sudah ada striker utama, Martial.

    stast

     

    KESIMPULAN

    Ia adalah tactical error oleh Louis Van Gaal yang meletakkan pemain yang lemah di posisi penting dalam berdepan game besar dan pacey team seperti Arsenal. Meletakkan Young di side back adalah tak sepatutnya berlaku dalam game seperti ini. Blind adalah pilihan lebih baik untuk bermain side back. United tak ada pelan untuk menghentikan pemain seperti Mesut Ozil. Arsenal menyelesaikan pertarungan ini dalam 20 minit dan pada separuh masa kedua lebih selesa untuk menyerap asakan United. Tahniah Arsenal kerana menang perlawanan besar ini.