ANALISIS BIG GAME : derKlassiker BAYERN VS BVB (5-1)

    ANALISIS BIG GAME : derKlassiker BAYERN VS BVB (5-1)

    1172
    0
    SHARE

    BAYERN MUNICH MERATAH DORTMUND

    PERMULAAN

    SAS

    BAYERN 3-4-3

    Guardiola bermula dengan tactical yang agak narrowed 3-4-3 namun di dalam game ia diluaskan (widen) di sebelah Douglas Costa. Lewandowski diturunkan dan dibantu oleh hole player Thomas Muller. Terlalu banyak false player dalam sistem Guardiola yang menyukarkan kita tahu dimana recogzined position mereka bila dalam game sebenar.

    BVB 4-3-2-1

    Taktikal yang saya suka gelarkan sebagai piramid dimana ia semakin narrowed (menyempit) ke atas. Taktikal ini jelas untuk melepaskan 2 pemain di belakang Aubameyang bila perlu iaitu Shinji Kgawa dan Mkhitaryan.

    ANALISIS

    PERLAWANAN BERMULA LOW TEMPO

    Kedua dua pasukan dilihat berhati hati dan tak ada arahan yang mendesak daripada manager untuk rushing serangan. Ia lebih kepada observasi taktikal yang kerap dilakukan Pep Di Barca. Dimana mereka akan cuba melorongkan bola ke semua kawasan (all over the pitch) untuk melihat bagaimana pasukan lawan bertindak balas. Dortmund dilihat selesa dengan taktikal menyerap tekanan daripada Bayern. Dalam 20 minit pertama cuma 3 shots on goals yang berkualiti rendah diepaskan oleh kedua dua pasukan. 1 free kick , dan 2 long shot.

    DORTMUND DAN BAYERN MENYESAKKAN ZONAL AKSI

    Setiap kali Bayern mendapat bola dan masuk ke kawasan mereka, organisasi BvB akan menolak seramai mungkin pemain ke zonal atau box yang ada aksi (bola). Prinsip dia adalah mudah iaitu untuk mendesak Bayern hilang bola sama ada melalui failed dribble atau hilang bola kerana sesak. Ini kerana, corak serangan Bayern adalah berorientasikan quick low passes atau one two passes.

    Prinsip yang sama digunakan oleh Bayern untuk mengepung Dortmund. Kemampuan untuk memahami sistem half space amat penting dan gerakan dalam kordinasi yang sudah dirancang di latihan apabila mahu menukar kepada serangan.

    133BAYERN ATTACK DARI WING KIRI

    Douglas Costa sangat menyerlah dalam game ini. Namun Dortmund ada plan yang baik pada awalnya untuk meneutralisasikan method ini. Dortmund tidak mengenakan marking yang terlalu tight dan juga sangat moderate tahap agrression. Boleh dikatakan memang tak agresif. Ini kerana, Costa mahupun Gotze ada kemampuan untuk melepasi aggresive fullback dan amat sukar mengejar Costa jika sudah hilang langkah.

    Di bawah adalah rajah bagaimana Sokratis cuma ‘contained’ atau mengawasi Costa dengan shadow play yang berkesan. Pemain back 4 menjarakkan diri daripada attacking 3 Bayern dan pada masa yang sama anda boleh melihat GK mengarahkan left back untuk memperbaiki containing Gotze yang turut diberi perhatian oleh Hummels.

    4Satu pendekatan yang bijak daripada Tuchell untuk menangani pemain agile dengan big defender. Costa first half memang berpengaruh dari segi penglibatan dalam serangan tetapi beliau sangat low untuk melakukan lebih daripada sekadar gerakan bahaya. Beliau dijatuhkan oleh Mkhitrayan dengan silly challenge yang membawa kepada gol kedua Bayern.

    BAYERN DENGAN BOATENG VERTICAL LONG PASSES SYSTEM DAN KERAPUHAN HIGH LINE DEFENSIVE LINE DORTMUND

    Selepas wing system mereka dineutralisasikan, Guardiola menggunakan plan yang sama bagaimana mereka mendapat gol pertama dalam game ini iaitu vertical long pass dari backline ke hadapan. Ia dilakukan orang yang sama iaitu Jerome Boateng. Plan ini berkesan untuk mengatasi high line defending BvB yang bermain dalam zonal marking dimana seperti yang saya jelaskan di atas, marking yang mereka kenakan sangat moderate dan tak tight. Ia diburukkan dengan pace yang terlalu lemah dimiliki 2 CB Dortmund untuk mengejar Lewandowski yang bukanlah pemain yang terlalu laju.

    gol

    High line defending mereka dihukum kali ke 3 untuk gol ke-4 oleh Lewandowski selepas gol pertama (Muller), kedua (lewa). Tuchell nampaknya tak mahu membuang ego untuk memansuhkan sistem ini walaupun beterusan dihukum. Guardiola adalah pakar dalam mengatasi high line lebih lebih lagi dengan taktikal 3-4-3.

    high

    IMPROVISASI BAYERN 

    Jika pada first half mereka banyak diancam melalui sayap. Namun di second half , impak itu dikutangkan dengan adanya plan untuk mengawal wide area. Ia satu langkah bijak Guardiola yang tahu kulaiti seperti Aubameyang yang suka menggunakan chanel wide untuk menyerang ke dalam. Guardiola mengarahkan 2 Side Center back (dalam sistem back ) untuk ke wide area dan pemain di center half akan turun membantu di center area.

    wing

     

    cover

    INFLUENCE DI FINAL THIRD

    Bayern sangat dominan di final third manakala Dortmund semakin merosot dalam game ini. Keupayaan Bayern adalah tinggi untuk memecah masuk ke dalam kotak penalti dan beterusan mencipta peluang. 11 shots inside the box oleh Bayern dan cuma 4 sahaja oleh Dortmund. Shot BvB banyak dilakukan melalui long range yang lebih kepada dilakukan selepas buntu.

    inside

    outse

    PENILAIAN AKHIR

    Ia adalah kekalahan yang disebabkan oleh Tactical Error oleh Tuchel. Beliau kemudian agak stubborn untuk mengubah organisasi high line pressing beliau. Dalam game ini, Bayern semakin memanipulasi ruang yang diberikan oleh Dortmund . BvB dilihat berkesan meneutralisasikan ancaman Bayern dari wide area tetapi Bayern mengubah plan dengan long ball dari belakang dan menewaskan high line defending dengan berkesan. Satu perlawawan DerKlassiker yang berat sebelah selepas Tuchell tak mampu membalas corak taktikal Guardiola dan pada satu ketika seperti BvB sudah menyerah. Mungkin akan ada akan mengatakan BvB tewas sebab ramai pemain utama tak bermain, tetapi bagi saya ia bukan soal tewas ia soal 5-1.

    MOTM : THOMAS MULLER (BAY)

    STATISTIK

    SA