ANALISIS TAKTIKAL : EVERTON 1 LIVERPOOL1

    ANALISIS TAKTIKAL : EVERTON 1 LIVERPOOL1

    1216
    0
    SHARE

    GOODISON PARK 04.10.2015

    DEFENSIVE ERROR DAN KECEMERLANGAN MIGNOLET, MERSEYSIDE BERKONSI MATA.

    ANALISIS

    Permulaan 

    3-4-1-2

    LIVERPOOL 3-4-1-2

    Liverpool bermula dengan back 3 dan twin striker. Ia adalah formasi yang sama ketika Liverpool menewaskan Aston Villa sebelum ini.

    EVERTON 4-2-3-1

    Vertin turun dengan 4-2-3-1 dengan Naismith menggantikan Mirallas di wide area. Tumpuan pasti kepada classic no.8 style Ross Barkley.

    LIVERPOOL BERKEMBANG DENGAN BAIK PADA PERMULAAN

    Saya tak menjangkakan pasukan ini akan settle down dengan cepat. Namun skuad Rodgers membuktikan mereka merampas dominasi dari Everton seleasp minit ke-8. Dalam tempoh 20 minit terawal, Liverpool menguasai 54% possesion dalam perlawanan ini, 5 shots on gaols, 3 corner dan 81 hantaran tepat. Liverpool menamatkan separuh masa pertama dengan 52% penguasaan. Liverpool adalah pasukan yang lebih fluid dalam perlawanan ini terutama dalam separuh masa pertama.

    MCCARTHY ‘MERANTAI’ COUTINHO

    Dari pada awal perlawanan lagi jelas diarahkan untuk mengeluarkan Coutinho daripada organiasi Liverpool. Namun saya leih melihat aksi Coutinho yang agak average memudahkan lagi tugas McCarthy dalam game ini. Kesannya pada separuh masa kedua impak semakin teruk apabila Sturridge dan Ings boleh dikatakan gagal berinteraksi dengan PC10. Ini memaksa Rodgers memasukkan Adam Lallana untuk menjadikan 2 feeder di belakang no.9. Tetapi impak Lallana amat minimum dalam game ni kerana Everton lebih dominan menjelang 15 minit terakhir perlawanan.

    lock

    Capture

    MC

    EVERTON HIGH BLOCK TACTIC

    Mereka tahu Lucas Leiva bukan pemain yang talented dengan bola. Jadi mereka akan cuab mendesak back 3 Liverpool untuk melepaskan bola. Pada masa yang sama akan ada pemain yang akan pressuring Lucas Leiva apabila Barkley meneka pemain lain. Dalam keadaan ini, build up Liverpool menjadi lemah, sama ada Luas dan back 3 akan bermain backpasses dan terpaksa mencari wide player. Satu taktik yang menarik dan kerapkali mendesak Liverpool sukar untuk melepaskan bola. Dalam rajah di bawah saya cubA bagi gambaran ringkas. Barkley menekan Emre Can, ini bermaksud Lucas dalam space yang besar. Jadi, Verton akan mengarahkan mana mana pemain di balakang high block 3 pemain untuk menekan Lucas Leiva.

    PRSSUREbloksasaKERAPUHAN BACKLINE LIVERPOOL

    Ini adalah sisu yang masih menghantui pasukan ni. Menyebabkan saya masih belum menarik label pasukan ini sebagai tak ada potensi untuk menang dengan single goal margin. Kerap leka dan memberikan ruang kepada pemain lawan. Mignolet melakukan 2 keysaves dengan refleks ‘kucing’ dalam game ni pada separuh masa pertama. Naismith menguji Mignolet dengan free header yang terlalu mudah apabila pemain sekecil itu tidak dikawal Skrtel.

    Individual error Oleh Emre Can adalah pelengkap cerita kegagalan backline untuk terus clean sheet. Pertahanan Liverpool terlalu casual dengan bola. Seakan akan mereka berada di zon middle third untuk melepaskan fancy ball dan bola bola yang berisiko.

    Di wing area, Moreno adalah pemain yang sangat low untuk membantu di defensive half pada separuh masa pertama. Dalam sistem single Pivot 3-4-1-2 amatlah penting untuk Wingback menyerdari tugas bertahan. Amat payah untuk Lucas mengawal wide area.

    BACKLINELIVERPOOL TERLALU WIDE

    Saya sentiasa merasakan pasuka ini amat tak sesuai bermain terlalu wide. Namun dalam gam ini compoactness sangat tak stabil. Mungkin Moreno dan Clyne perlu lebih diognal atau memecah mauk ke dalam dan bukannya terlalu kerap ke wide area. Ini yang terpaksa menarik Lucas dan Milner untuk balancing shape di tengah. Ia adalah half space play yang sangat low oleh Livepool. Kesannya adalah akan menarik backline ke high line sedangkan kita bermain back 3, ia terlalu berisiko.

    wide

    KERAPUHAN SISTEM PERTAHANAN EVERTON

    Mereka terlalu fokus kepada supplier dalam pasukan Liverpool iaitu Phil Coutinho. Bila sahaja build up, mereka kerap melepaskan Danny Ings tanpa ada vision yang baik untuk mengawasi pemain ini. Secara keseluruhannya, mereka masih dikra cemerlang. Tetapi ia lebih kepada penurunan aksi Ings dan Sturridge pada second half yang gagal memberikan ancaman berteruan. Ings ada peluang untuk assisting Stuuridge namun dia agak selfish dan cuba untuk cut inside the box dan akhirnya dimatikan oleh pertahanan Everton. Reds patut seal the game pada first half.

    Pertahanan Everton terlalu congest/sesak di dalam box bila ditekan dan kerap menghasilkan situasi pergelutan. Di separuh masa kedua isu ini diperbaiki dan mereka lebih banyak menyerang.

    EVERTON GET IN BOX TACTIC

    Everton akan cuba memenuhkan kawasan kota penalti Liverpool setiap kali menyerang. Namun mereak banyak lose ball dan possesion ketika berada di dalam box. Ia adalah taktik yang sangat ofensif oleh Roberto Martinez. Tetapi hasilnya masih lemah. Kredit kepada unti back 3 Liverpool yang tak melepaskan penalti kerana taktik ini salah satu sebabia digunakan adalah untuk mewujudkan movement yang banyak di dalam box.

    ISU IMPAK PEMAIN GANTIAN

    Boleh dikatakan pemain gantian kedua dua pasukan gagal untuk memberikan impak. Lennon dibawa mauk untuk mengekalkan pace di wide area selepas Delofeu mungkin sudah menurun aksinya, ia adalah direct subs. Kone pula adalah pelaburan untuk mengekalkan pace pada Naismith, juga direct sub pada pandangan saya. Juga gagal memberikan impak.

    Untuk Liverpool, Allen adalah technical sub selepas Lucas yang mengutip kad. Manakal tactical change adalah Adam Lallana mengantikan Danny Ings. Namun Lallana juga gagal memberikan impak kerana Everton menguasai babak akhir dengan cemerlang.

    ADAKAH IA KEPUTUSAN YANG ADIL

    Saya rasa agak tak adil untuk Everton dan ia adalah good result untuk Liverpool yang diselamatkan Mignolet dalam game ini. Namun saya akhirnya merasai intensiti perlawanan derby kali ini berbanding dengan inter city derby antara Liverpool dan United sebelum ini. Pemainan yang sangat panas namun pemain masih fokus kepada bolasepak. Emre Can dan Sakho yang sejuk tu pun boleh jadi panas. Ia adalah suasana derby yang sebenar. Manager terpaksa mengeluarkan pemain sebab isu kad kuning.

    WISEL AKHIR

    Ia adalah perlawanan yang wrong result sekali lagi dan membawa kepada pemecatan Rodgers mengulangi sejarah Roy Hodgson yang juga dipecat selepas Derby ini. Banyak isu yang harus diperbaiki Liverpool. Daripada isu fancy and casual defending sehinggalah isu kebergantungan kepada sumber Coutinho. Sebelum ini Moreno memberikan variasi dalam supplying plan tetapi kali ini agak lemah. Tahniah Ings, menjaringkan gol pada Merseyside Derby yang pertama sebaris dengan nama nama seperti Kewell, Torres, Suarez, Carroll, Luis Garcia, Peter Crouch, John Arne Riise dan Nick Barmby.

    MOTM : MIGNOLET

    STATISTIK

    passes sasass statsa