Analisis Taktikal Liverpool v Manchester United (1-2)

    Analisis Taktikal Liverpool v Manchester United (1-2)

    287
    0
    SHARE

    Anfield @ 22.03.2015

    rooney sakho allen


    ‘United Unggul Di Anfield’

    Ia adalah perlawanan yang lengkap dengan pakej yang sama dengan edisi edisi sebelum ini. Penuh drama. Kemenangan daripada unexpected sources, jika dahulu Berbatov pernah melakukan surprise hatrik, kini Mata dengan surprise doubles.
    Ia adalah perlawanan terbesar dalam sejarah dan kalendar bola sepak Inggeris. Kali ini ia lebih daripada kempen peribadi dan rivalry sebaliknya lebih kepada fokus untuk layak ke UCL musim hadapan. United mendahului 2 mata di atas sebelum wisel kick off.


    ‪#‎Permulaan‬

    united liverpool

    ‪#‎Liverpool‬ bermula dengan taktikal berbisa 3-4-3 dengan Gerrard diketepikan. Sterling bermain di wingback dan still learning Daniel Sturridge diturunkan sebagai ketua di serangan.
    ‪#‎MUFC‬ kehilangn Van Persie dan Evans. Nmaun dari segi teknikal, kehilangan mereka tidaklah begitu besar dengan RvP pun di bawah prestasi Rooney. Rooney bermain sebagai single striker dalam formasi 4-1-4-1 yang cukup anjal dan wide. Namun dalam game United banyak bermain 4-3-3


    ‪#‎UnitedBermulaGarang‬

    flow united

    United bermula amat dominan hampir tak memberi peluang untuk Liverpool meyimpan bola. Liverpool cuma mampu cuba untuk merampas bola dan quick counter namun, organisasi LvG sangat sistematik. Mereka ada taktikal yang komprehensif dan intensif.


    ‪#‎United‬ Possesion Football dalam 4-3-3

    united shape

    United berjaya menarik compactness shape Liverpool dengan possesion football di wide. Ia membuatkan pemain Liverpool dipaksa berlari dan pressuring ke tepi padang. Liverpool adalah bukan pasukan cross. Jadi risiko untuk Lose ball di wide area tidak begitu besar impak. Dalam bahasa lain, United menjemput (inviting) Liverpool untuk masuk ke kawasan mereka. Mereka memaksa Liverpool berlari ke sisi padang untuk memenangi bola. Pada masa inilah mereka akan menggunakan incisive passes untuk fast break attack.


    #United Off Ball Movement dan Build Up dari Wing Kiri

    direct play liverpool

    Van Gaal menggunakan pengalaman taktikal beliau yang kerap menggunakan back 3 dalam karier beliau. Beliau serba serbi tahu akan kelemahan back 3. Jelas sekali banyak offball movement di kawasan bahu ‪#‎Sakho‬ dan ‪#‎Can‬. Hantaran dan gerakan banyak Dilancarkan ‪#‎Blind‬ dan juga ‪#‎Valencia‬. Ketika mereka memegang bola, pada masa inilah pemain seperti Mata akan bergerak dalam off ball movement dan menyebabkan pemain seperti Moreno kerap tak sedar akan gerakan itu.

    Build up mereka berasaskan wing kiri dan hantaran atau gerakan diognal ke kanan. Henderson dan Allen terpaksa ke kanan dengan kerap dan meninggalkan balance di kiri


     

    #United High Line defending , Jones dan Smalling

    united shape

    Tak tahu apa dah jadi dengan attacking Liverpool. Kebiasaannya , Liverpool amat gemar akan sistem high line. Liverpool berjaya mengatasi Spurs dan Soton sebelum ini yang bermain high line. Issue jelas ialah, organisasi defensive play United yang akan cepat cepat turun kerana tahu kemampuan Liverpool untuk
    mengatasi high line. Pemain seperti Young, Fellaini termasuk Rooney sendiri turun sehingga ke bawah. Kredit ke atas Jones dan Smalling yang mengambil pendekatan safe play berbanding defenders Liverpool yang terover fancies.

    ‪#‎Gol‬ Pertama United dan Role Juan Mata

    Fellaini menerima bola dan melepaskan kpd Herrera yang sangat banyak space di tengah sepanjang perlawanan. Dari segi movement Can jelas dia dalam keadaan revert to fullback untuk membentuk back 4 tetapi Moreno masih dalam mode wingback. Ini yang menyebabkan ruang cukup besar di kawasan Moreno-Sakho. Juan Mata menerima bola di belakang Moreno dan mengatasi Moreno dengan speed. Dia melakukan gol dengan kaki lemah.

    Mata menghadirkan ancaman sepanjang game ini. Kedudukan beliau terkadang seakan akan dia adalah false no.9 bila Rooney sendiri di deeper area. Mata offball running dan kelemahan Moreno untuk track back menyebabkan Mara senang melakukan gol.


    #Gol Kedua United

    emre can liv united

    Kemasukkan di Maria memberikan ancaman lebih besar daripada Young yang terlalu wide. Di Maria lebih diognal dan gemar masuk ke kotak penalti. Dia berjaya menerima hantaran Mata dan melakukan incisive airbone through passes yang disudahkan dengan sepakan gunting Mata. Liverpool ada pemain yang cukup pada kuantiti namun bukan kualiti untuk menghalang gol itu. Tak banyak yang dapat dilakukan Mignolet.


    ‪#‎Kelemahan‬ Serangan Liverpool

    direct play liverpool

    Liverpool amat ‘poor’ terutamanya dalam aspek serangan. Cuma ada 1 on target daripada cuma 4 shots on goal. Pasukan yang sebelum ini gemar melakuakan shots in goal sekitar 10-20 per game kali ini seakan akan tak bermaya. Lallana gagal menyempurnakan sitter. Gol Sturridge lebih kepada kelemahan De Gea. amat mengejutkan bila kualiti De Gea memberikan Sturridge gol daripada angel cukup tight.

    shot liverpool united

    #Liverpool Gameplay dan Gerarrd Dismissed

    Tak ada build up yang dominan bila United akan cuba menghentikannya dengan apa cara sekalipun termasuk professional foul. Dalam 10 orang pemain Liverpool terpaksa bermain direct football. Dapat bola hantar ke depan ke kawasan target man. Kesilapan Gerrard amat menyukarkan Liverpool. Namun dari segi intensity dan fokus, Liverpool adalah lebih baik dalam 10 orang. Sehinggakan tekanan dirasai United sehinggakan Rooney gagal dalam penalti.


    #Liverpool Too Soft ?

    low tackle liverpool

     

    Mungkin ya. Tak banyak tackles dan defensive action dilakukan. Pemain lebih selesa untuk tidak melakukan tackle. Kesannya, terlalu soft play ! Dalam game sebegini pemain patut lebih agresif. Kemasukan Baloteli barulah meningkatkan mentaliti pemain. Namun tak banyak boleh dilakukan apabila LvG selesa untuk bertahan dan melakukan Counter attack jika perlu sahaja.

    stats liverpool united1


     

    #‎Kesimpulan‬

    Dari segi gameplay, ia bukanlah too offensive game bila kedua dua pasukan tak banyak melakukan shots. Namun United lebih opprtunist mengambil kesempatan ke atas 2 weak defensive organization Liverpool. Liverpool serba tak menjadi dari awal lagi. LvG berjaya menjadi pengurus pertama pada 2015 memghalang
    Liverpool melakukan pressing yang kuat. Dia berjaya menghuraikan compactness Liverpool dengan gameplan dia. Pada masa yang sama disiplin pemain United ketika bertahan juga menjadi masalah kepada Liverpool. Smalling dan Jones dalam top form pada masa yang terbaik.

    stats liverpool man u

    Yang pasti ia adalah kemenangan beharga United dan mencatatkan kemenangan ke 11 di Anfield dalam sejarah mereka. Akhirnya United di driving seat untuk ke UCL. Pasukan Liverpool jauh lebih nervy dan gugup menghadapi perlawananan ini. Isu Sturridge dalam 3-4-3 masih dalam pembikinan dan dia masih belum intergtrated
    secukupnya.

    MOTM: Juan Mata