ANALISIS TAKTIKAL (LIVERPOOL vs CHELSEA)

    ANALISIS TAKTIKAL (LIVERPOOL vs CHELSEA)

    1064
    0
    SHARE

    LIVERPOOL

     

    Bermula dengan formasi kebiasaannya 4-3-3. Namun Klopp membuat 5 pertukaran daripada skuad menentang Sevilla. Karius/Lovren/Wijnalnaldum/Mane/Firmino antara nama yang direhatkan.

     

    Liverpool bermula dengan baik, menguasai permainan. dengan Coutinho dan Ox menjadi pusat utama serangan pasukan Liverpool. sementara Salah dan Sturridge akan menjadi pemain yang akan menyudahkan peluang yang dicipta oleh Coutinho dan Ox.

    Namun ianya bertahan selama 15 minit sahaja, sebelum Chelsea pulih dan selesa dengan permainan ketika itu,

    Liverpool dapat mengurangkan tekanan serangan Chelsea yang bertubi-tubi dengan baik oleh kerana Pressing yang menjadi oleh Henderson.

    Dan Kawasan kiri pertahanan Liverpool menjadi tempat tumpuan serangan oleh Chelsea oleh kerana Moreno dan Klavan yang agak kurang baik ketika bertahan dan juga bantuan yang kurang diberikan oleh Henderson ketika Liverpool sedang diserang.

    PassMap dibawah menunjukkan serangan atau hantaran pasukan Liverpool kurang tertumpu dibahagian tengah. oleh kerana lemahnya Support dari Milner dan juga connection yang sering terputus ketika Sturridge memegang bola. Keadaan yang jarang berlaku sekiranya Firmino main.

    Dan Chamberlain bersama dengan Coutinho hanya memenuhi kawasan yang sama setiap kali cuba merencana serangan.

    Dalam perlawanan ini. bahagian Pertahanan Liverpool agak baik, akan tetapi. Selepas Chelsea membuat pertukaran yang lebih menyerang. dan kurangnya bantuan bertahan dari bahagian tengah membuatkan pertahan Liverpool mudah dibolosi. Coutinho/Milner/Henderson terlalu lambat untuk menutup ruang kerana sudah kepenantan, dan menjadikan bahagian tengah Liverpool mudah ditembusi dan kekurangan pressing.

    Credit:@11tegen11

     

    CHELSEA

    Bermula dengan 3-5-1-1. dan seiring dengan kelangsungan perlawanan dilihat Chelsea lebih kepada 5-3-2. Dengan rantaian 5 pemain pertahanan untuk menuetralkan bahagian serangan Liverpool yang agak laju.

     

    Hazard menjadi titik serangan pasukan Chelsea. Dan kemudian akan cuba menyalurkan bola kepada Morata. Dan tanpa dijangka Danny DrinkWater menjadi 3rd man runner atau extra attacker yang bertindak sebagai box-to-box bagi pasukan Chelsea.

    Dilihat beberapa Kali Drinkwater mudah menyelusup masuk tanpa diberikan hadangan oleh pemain Liverpool yang menjangka Bakayoko bakal menjadi box-to-box. What a suprise by Conte.

    Credit: @11tegen11

    Chelsea menumpukan serangan mereka dibahagian kanan. dengan Zappacosta lebih advance kedudukannya, sementara Alonso akan stay bersama back 3 sebagai langkah berjaga-jaga daripada counter attack pantas Liverpool. dan taktik ini berjaya. kerana setiap kali Liverpool ingin membuat serangan balas. pemain Chelsea sudah memenuhi kawsan pertahanan mereka.

    Antara punca Chelsea kurang menyengat dalam perlawanan ini adalah Morata. Morata gagal memberikan impak dan sering kehilangan connection bersama Hazard. Kebiasaannya Bola daripada Hazard ibarat magnet yang sentiasa melekat di kaki Morata.

    Setelah ketinggalan, Conte menukar pemain dan meningkatkan intensiti permainan mereka. menambahkan pemain yang lebih laju dan menyerang di kawasan sebelah kanan mereka. Willian dan Pedro dimasukkan untuk memanipulasikan kelemahan Moreno di kawasan kiri Liverpool.

    dan Mereka berhasil mendapatkan gol. dan keputusan seri ini bagi saya adalah adil buat kedua pasukan yang mencipta banyak peluang.

     

    PENILAIAN PEMAIN.

     

    3 big Saves beliau lakukan pada separuh masa pertama. Dan beberapa tangkapan kemas beliau lakukan pada separuh masa kedua. Dilenyapkan oleh gol tidak sengaja dari Willian. Untuk bolos tersebut. Beliau sedikit tidak bernasib baik. Beliau kedepan sedikit untuk bersedia daripada rembatan Willian. Namun Willian membuat cross yang akhirnya menerjah jaring. Overall performance!? Ok. Saya lagi prefer dia dari Karius.

    Walaupun sering kali diasak. Namun beliau tenang mengawal keadaan. Menyelamatkan beberapa ancaman daripada Hazard dan Morata. Tidaklah begitu buruk persembahannya. Dari segi menyerang juga tidak kurang hebatnya. 3 key passes daripada beliau

    Baru pulih dari kecederaan dan terus bermain dalam kesebelasan utama. Nampak sedikit kurang cergas. Ada beberapa agakan dari beliau tidak tepat.

    Bermain dengan baik. Dan dapat menyerap asakan dengan baik. Dan build up games dengan baik. Melakukan 85% hantaran tepat. Cuma untuk gol Willian tu. Agak kurang komunikasi dengan Moreno untuk menutup ruang dan prestasinya agak goyah setelah kemasukan Pedro dan Willian. kenapa? ya kurang backup dari pemain tengah Liverpool. Overall. Makin baik.

    Seperti biasa. Tempat beliau memang menjadi tumpuan serangan pihak lawan. Boleh jadi kelebihan buat Liverpool. Boleh jadi keburukan. Dapat membuat beberapa recovery dengan baik. Tapi most of the time. Klavan terpaksa datang membantu. Dan juga sering kali Moreno ditewaskan oleh Zappacosta. Mungkin boleh try rehatkan beliau pula?

    Bagus ketika pressing. Tapi masa deep defending. seperti clueless. Blur. Perlu lebih mengasak pemain midfield pihak lawan. Dan ada kalanya beliau membuat keputusan kurang wajar dengan membuat pressing bersendirian dan melulu. Membuatkan pertahanan terdedah. Tiada tackle berjaya dilakukan. Tiada interception. Hurmmm.

    Bukanlah persembahan terbaik darinya. Separuh masa pertama terutamanya. Passing tidak tepat. Bola mudah hilang bila dipressing oleh Chelsea. Seperti gugup dan kurang bersedia bermain di bahagian tengah Liverpool. Peluang diperolehi pun terus sahaja membuat rembatan melulu. Sampaikan kena maki dengan Klopp.

    Beberapa kali cuba membuat gelecekan yang tidak berjaya melepasi pemain Chelsea. Pergerakan mudah dibaca dan body kurang tegap dan mudah jatuh. Namun. Tetap juga membuat 3 keypasses dan salah satunga Hampir membuahkan Gol. Overall performance below par. Perlu tingkatkan lagi permainan.

    Kurang menjadi. Diletakkan diposisi menyerang. Namun gelecekannya mudah dibaca pihak lawan. Tapi dari segi defensiv duty. Memang terbaik. 3 intercept. Pressing membuahkan hasil menjadi kelebihan beliau pada perlawanan ini. Ya. Jangan lupa. 1 assist.

    Man of the Match? Dan hampir membawa balik bola perlawanan jika Willian tidak menjaringkan Gol. Memberikan defend Chelsea kesukaran sepanjang 90 minit.
    Terdapat 3 peluang yang terhidang. Bagi saya. Sekarang beliau nampak sedikit tamak. Klopp suruh atau sebab dah selalu gol. Tu yang nak gol lebih? Ahhaha.

    Workrate yang agak tinggi. Keinginan membantu pasukan ada. Cuma agak kurang support dari pemain lain. Membuat beberapa gerakan menarik. Namun gagal dimanfaatkan oleh rakan2.

    Bagi saya. Sepatutnya beliau bermula berbanding Milner. Tapi yela. Klopp nak buat rotation skuad. Hampir menjaringkan gol. Tapi rembatannya terkena tangan Gary Cahill.

    Nampak seperti belum kembali 100% fit. Masuk terlalu lewat. Tiada peluang.

    Nampak ada sedikit komen kurang puas hati daripada beliau kepada Klopp. Yela. Masuk lewat sangat. Kalau admin akan bagi beliau main lepas Salah Gol. Kenapa? Sebab Chelsea akan menyerang. Dan Liverpool perlukan kelajuan untuk membuat counter attack.

     

    RUMUSAN.

    Keputusan yang adil. Kerana kedua dua pasukan mempamerkan aksi menyerang dengan baik. Dan kedua duanya juga mendapat gol nasib.

    Liverpool bermain baik pada separuh masa kedua. Tapi apa yang saya perhatikan. kekurangan stamina pada penghujung perlawanan membuatkan Chelsea mendapat gol tersebut. Kelewatan Klopp membuat pertukaran menjadi punca bahagian tengah Liverpool kehabisan tenaga,

    Defend kali ini bermain dengan baik. Dan semakin baik.

    Dengan jadual perlawanan yang padat bermula harini. Klopp terpaksa membuat pertukaran pemain. Dan bergilir. agar tiada kes kecederaan berlaku akibat tiada rehat dan overuse.

     

    “You’ll Never Walk Alone”

    “Walk on! Walk on! Walk on!”