ANALISIS TAKTIKAL : MD5 MUFC V LIVERPOOL

    ANALISIS TAKTIKAL : MD5 MUFC V LIVERPOOL

    2099
    0
    SHARE

    OLD TRAFFORD @13.09.2015

    Ia adalah hari penuh ceria di Old Trafford menewaskan Liverpool dengan komprehensif. Taktikal, penguasaan dan special goal.

    PERMULAAN

    line lineup

    MUFC – 4-2-3-1 (FALSE 9)

    United menurnkan false 9 Fellaini di hadapan setelah kehilangan Wayne Rooney. Van Gaal mengambil pendekatan konvensional untuk memberikan Martial masa untuk memerhatikan perlawanan (observation) daripada mengunakan beliau direct ke dalam first 11. De Gea Memulakan perlawanan buat pertama kali.

    LIVERPOOL 4-1-2-1-2

    Liverpool bermula dengan diamond midfield dengan Danny Ings dan Benteke di atas Firmino. Namun di dalam game Liverpool agak hilang shape diamond banyak bermain dalam 4-5-1.

    DOMINASI UNITED DAN ISU SERANGAN DI SEPARUH MASA

    Liverpool seperti headless chicken ditekan United dari awal. Banyak gerakan mereka di semua arah, United juga amat banyak gerakan di final third. Ada suatu ketika penguasaan mereka mencecah lebih 70%. Ia membolehkan United lebih banyak intimasi dengan bola berbanding dengan Liverpool.

    Namun United sangat tumpul di cutting edge area. Tak ada penyudah. Dengan dominasi yang cukup besar mereka cuma melakukan 2 keypasses pada 1st half dan 0 shot on target.

    stats: 2 key passes United 1st half
    stats: 2 key passes United 1st half
    Sttas : MUFC first half passes di final Third 74/107
    Sttas : MUFC first half passes di final Third 74/107

    Idea meletakkan Fellaini sebagai false 9 memang agak mengarut kerana mereka ada Depay yang sering bermain role tersebut di kelab lama. Dengan Depay dan Mata di wide area, memang mereka bukan crosser yang klasik. Ini yang menyebabkan United tidak mendapat output lebih baik walapun dominasi di first half terlalu kuat. Luke Shaw memberikan sokongan yang sangat baik pada separih masa pertama namun Depay pula sangat kurang output dan link up.

    LIVERPOOL ‘TAK ADA BOLA’ 

    Rodgers mengubah taktik segera kepada 4-5-1 setelah hampir 10 minit tanpa bola di kaki. Majoriti bola adalah kerana lose possesion oleh United dan sangat minima aksi Liverpool dengan bola. Rodgers mula megarahkan strategi pertahanan yang terlalu deep mirip kepada plan taktikal ketika seri 0-0 menentang Arsenal awal musim ini (rujuk analisis saya ) . Liverpool cuba untuk menjadi lebih padat dan stabil di dalam keadaan zonal marking dengnan blok formasi yang sangat dalam.

    Dalam pada masa yang sama Rodgers memberikan inisiatif jelas 4-1-4-1 untuk menolak Milner ke atas untuk membantu Benteke dengan cross. Boleh dikatakan Diamond Liverpool memang rosak dan tak digunakan sejak awal.

    4141

    Tetapi dominasi United membuatkan struktur 4-1-4-1 menjadi defensive 4-2-3-1 dalam keadaan cukup defensive. Emre Can dilihat cuba diarahkan Rodgers untuk menggantikan role Milner tetapi Can kerap hilang support dari semua arah kerana mobiliti dan gerakan beliau tak cukup bagus dari segi teamplay.

    Milner di atas persis taktikal menentang Arsenal
    Milner di atas persis taktikal menentang Arsenal

    2 DIMENSI INTENSITI

    Terlalu ketara, United bermain intensif tinggi manakala Liverpool dalam intensif rendah. Schweinsteiger kerapkali berada di final third hingga ke kawasan luar kotak penalti untuk membentuk bentuk U / U SHAPE di belakang Fellaini. Anders Hererra  bermain seperti second Striker dan kordinasi ini. Mereka mendesak backline Liverpool melepaskan bola awal. United mengenakan pressuring yang sangat kuat di semua kawasan.

    Man-Utd-press-man-for-man

    Pressuring yg sama di second half
    Pressuring yg sama di second half

    United jelas mahu menambah kuantiti pemain untuk akses ke dalam kawasan pertahanan Liverpool. Cuma masalah mereka adalah tidak ada no.9 tulen atau moden. Saya pernah menggariskan dalam reviu sekilas saya menyatakan , sikap Liverpool yang pasif dan naif membuatkan United semakin berani untu invest pemain yang ramai di final third.

    Apabila berada dalam too deep zonal marking keupayaan Liverpool untuk Counter attack memang terhad. Ini kerana pasukan seperti Arsenal, Spurs dan Liverpool sebelum ini memang kerap menghukum United dengan counter attack cuma plan komposisi mereka tak terlalu deep atau orientasi garisan tinggi (high line).

    LIVERPOOL ‘TAME’ COUNTER ATTACK

    Ada berberapa kali Liverpool melakukan recoveries dan counter attack, tetapi sangat tame atau jinak . Danny Ings antara pemain yang kerap generate build up bersam dengan Emre Can. Tetapi United sangat cepat untuk kembali. Pendekatan 1 vs 1 oleh pertahan United amat mebuahkan hasil dan mereka berjaya mengasingkan (isolated) Benteke daripada supplying sources (sumber servis). Mungkin mereka mengkaji bagaminana West Ham dan Arsenal menggunakan taktik yang sama untuk mengurung/ isolating Benteke.

    Isu lack of support dan compactness adalah antara punca. Sangat jauh jarak antara pemain pada first half. Pemain kerap kehilangan bola kerana tidak ada sokongan di final third.

    UNITED POSSESSION FOOTBALL

    Van Gaal mulai semakin bagus dalam mengaplikasikan possesion football. Sebelum ini possession football Van Gall bermotiftkan spread the attack atau expanding the pitch. Dalam erti kata lain Van Gaal gemar mendominasi perlawanan untuk meletakkan Unit yang akan bergerak dari blind area dan mencipta peluang. Kali ini Van Gall lebih kepada penguasaan untuk kestabilan dalam pasukan dan bukannya syok sendiri. Balance juga dititikberatkan terutama 2 pivot. Hererra dan Bastian Schweinsteiger akan berkadar songsang, jika seorang naik, seorang akan turun. Mereka tak akan membiarkan Carrick berseorangan.

    Man-Utd-attacking-issues

    Tactical shape adalah lebih penting daripada kuaniti dalam unit tactical. Schweinsteiger dan Carrick menjadi pivot yang berorientasikan struktur positional untuk menggerakan serangan dari tengah. Sekali lagi saya ingin membidas taktikal Liverpool yang terlalu pasif untuk tidak ‘counter’ atau menentang shape ini dengan high line pressing dan bertarung teknikal habis habisan. Ini kerana kualiti United dan Liverpool pada pendapat saya tidaklah terlalu jauh beza cuma inisiatif yang membezakannya.

    PERTUKARAN TEKNIKAL DAN TAKTIKAL VAN GAAL

    Pertukaran teknikal yang pertama memberikan kesan adalah Ashley Young setelah Depay agak clueless menentang salah satu benchmark terbaik fullback Liga Inggeris Nathaniel Clyne. Depay terlalu fancy dengan bola dan Clyne pula ada kemampuan interceptions yang tinggi. Van Gaal mahukan channel ini dibuka dan beliau mahukan Clyne mengurangkan game beliau. Berbeza dengan Young yang lebih kepada direct footballer. Bermula dengan foul di luar kotak, Clyne diberikan kad kuning. Pada pendapat saya , ini adalah turning point terbesar dalam game ini. Saya berkata begitu kerana, ia punca kepada gol pertama.

    Di bawah adalah data hantaran United di second half lihat hantaran di Area Clyne di separuh masa kedua.

    snd

    Dalam usaha mendapatkan gol ketiga mereka jelas sekali menyerang dari arah Clyne berkali kali dan tahu , Clyne tidak boleh melakukan sebarang aggresive challenge. Martial dimasukkan dan mendapat gol dari zonal Clyne-Skrtel. Martial adalah no.9 dan sudah pasti ia adalah pertukaran taktikal.

    martial

    ANALISIS 3 GOL UNITED DAN 1 LIVERPOOL

    Gol pertama adalah memang satu gameplan yang cukup teratur dan ia diakui oleh Blind dalam temuramah selepas perlawanan. Ia dibantu oleh backline yang berada dalam keadaan deep zonal marking. Secara logiknya, jika ada pemain sperti Blind yang sebenarnya CB tetapi tak berada di luar kotak penalti, Liverpool harus tahu Blind memang shooter dan free kick taker. Apa relevan beliau di luar kotak penalti jika tak ada special plan.

    Cuma Clyne yang perasan namun beliau dirantai Schweinsteiger. Sekali lagi isu naif, kenapa Clyne tak cuba menjerit bila dipegang ketat untuk meminta pengadil memberikan perhatian, at least mencuba.

    Gol kedua adalah sekali lagi, Gomez mungkin diturunkan atas faktor statikal yang cemerlang pada awal musim, namun beliau amat mentah dalam menangani isu ini. Anders menunggu challenge dan beliau memberikannya. Gomez patut berterusan shadow play defending kerana Herrera semakin ke zon yang tight angle. Commentator menyatakan , gesrture Gomez yanag tak ada isu dengan foul diberi juga menjadi punca.

    Gol Benteke membuktikan , United bukanlah pasukan yang cukup kebal dalam bertahan. Mereka meletakkan false player di CB iaitiu Blind. Anders Hererra bertahan secara pasif dan memang tak siapa mahu challenge badan yang dihayun Benteke, tetapi saya mengusulkan mereka tak ada pemain seperti Vidic dan Ferdinan d yang tak akan membiarkan keadaan itu berlaku tanpa sebarang active blocking.

    Gol ketiga adalah sangat mengecewakan setelah perlawanan ‘hidup’ semula. Skrtel sangat lemah berdepan dengan Martial. Ia Martial dalam game ini melakukan 3 unsuccesful dribbling namun kali ini berjaya kerana Skrtel defensive error. Ia adalah execution tenang dan cantik.

    IBE-ORIGI-MORENO

    Kemasukkan mereka memang ada mengubah tempo dan pace pasukan Liverpool. Ini adalah aspek yang sangat hilang dalam game ini. Tempo dan pace. Ibe berani untuk dribble dan masuk ke dalam kotak secara diognal. Beliau mencipta gol untuk Benteke. Origi dan Moreno menambahkan lebih speed dalam gerakan dan build up.

    TEAM RATE

    MUFC – 8.0
    – ATTACK FROM WIDE LEFT
    – FLUID DI CENTER AREA
    – POSSESSION FOOTBALL
    – CLINICAL DI DEPAN GOL

    LIVERPOOL – 6.0
    – ATTACK DARI CENTER AREA
    – DEEP ZONAL MARKING
    – LOW POSSESSION
    – LEMAH BERTAHAN DALAM BOLA MATI

    stast

    MOTM : BLIND

    KESIMPULAN

    Best team win, dan Liverpool agak pasif dalam game ini dan mungkin cuma menganggap ini sebagai bukan must win game, ia lebih kepada not to lose game. United lebih dahaga dan desire. Kualiti hantaran dan jumlah penguasaan United adalah lebih baik. Cuma isu adalah United masih memerlukan sistem no.9 yang betul. Martial adalah potensi yang bagus untuk mereka. Liverpool nyata jauh lebih baik di second half untuk  mengakhiri hantaran lebih daripada 300 selepas United sangat dominan di first half.

    lfc

    Sekian

    YNWA