ANALISIS TAKTIKAL (SEVILLA vs LIVERPOOL)

    ANALISIS TAKTIKAL (SEVILLA vs LIVERPOOL)

    644
    0
    SHARE

    LIVERPOOL

    Bermula dengan formasi kegemaran Klopp. dengan kesemua pemain dan susun atur hampir sama dengan ketika menentang Soton. kecuali Mignolet dan TAA yang ditukar dengan Karius dan Gomez. selebihnya? samaaaa daaa.

    Liverpool bermula baik. dengan mendapatkan Gol awal. dan mendahului 3-0 pada separuh masa pertama.

    Sevilla yang banyak menguasai bola ketika itu. mudah di tewaskan oleh kelajuan trio serangan Liverpool dan dibantu dengan Coutinho. Dan secara mengejutnya Liverpool mendahului dengan gol daripada hasil setpis.

    Namun secara keseluruhannya pada separuh masa pertama, Liverpool adalah pasukan yang baik secara bertahan.

    Masuk separuh masa kedua. Liverpool yang ditekan hebat. gagal keluar dari kepungan Sevilla. area yang ditekan hebat adalah Kawasan antara CB dan Fullback, dan kawasan belakang Henderson. iaitu diantara Henderson dan Klavan Lovren.

    Membuatkan Liverpool bertahan lebih deep dan berterusan memberikan foul,Corner. dan juga menghadiahkan satu penalti.

    Henderson dan Moreno merupakan individu yang banyak sekali diuji, dan Henderson juga gagal membuat hantaran yang baik kepada rakan.

    Bahagian serangan Liverpool juga sedikit kurang bernafsu pada separuh masa kedua. Mempunyai beberapa peluang, namun gagal dimemanfaatkan untuk mematikan sisa-sisa perjuangan Sevilla. dan mereka membayar dengan harga yang mahal untuk itu.

     

    SEVILLA

    Bermula dengan formasi yang sama dengan Liverpool, 4-3-3. dan juga melakukan sistem yang hampir sama. dengan Liverpool iaitu menggunakan Striker yang tidak tetap kedudukannya, iaitu floating striker. untuk membuka ruang antara Henderson dan CB liverpool.

    Pada Separuh masa kedua, Sevilla memasukkan Midfielder yang lebih bertenaga dan laju untuk menyegerakan serangan mereka, dan memanipulasi kelemahan pertahanan Liverpool yang kurang diberikan pelindungan oleh pemain tengah Liverpool.

    Dapat sahaja bola dibahagian tengah. 3 pemain bahagian serangan Sevilla akan mencari dan membuka ruang. Spot yang mereka gemari adalah antara CB dan Fullback. tapi serangan mereka dari bahagian kiri(Gomez dan Lovren) sering kali gagal, namun sebaliknya berlaku di bahagian (Moreno dan Klavan). begitu juga Henderson kurang pantas dan cepat untuk menutupi ruang yang bocor tersebut.

    Mujur sahaja Pertahanan tengah Liverpool dalam form yang baik untuk menidakkan kemaraan penyerang Sevilla.

     

     

    PENILAIAN PEMAIN.

     

    Keseluruhannya just ok. Separuh masa pertama membuat satu save yang penting. Dan cepat menutup ruang. 2 gol awal Sevilla memang tidak dapat beliau selamatkan. Tapi gol ketiga tu. Sepatutnya boleh save. Agak nervous bila mendapat bola. Terus membuat long pass. Walaupun bolos 3. Gaya rambut tetap mantain lawa. Hahaha.

     

    Setelah direhatkan dalam perlawanan liga. Beliau dipilih bermain sebagai pertahanan kanan lagi. Walaupun sangat cemerlang sebagai pertahanan tengah. Aksinya ok. Cuma ada terdapat beberapa keadaan. Beliau seperti tidak perasan yang ada pemain Sevilla di belakangnya. Tapi dengan fizikal yang baik. Laju serta bantuan dari Lovren. Tidak banyak winger Sevilla dapat lakukan.

     

    Antara persembahan terbaiknya musim ini. Cepat Menutup ruang. Dan bijak membaca perlawanan. Bab bertahan kami taknak komen lebih. Sebab dia bermain ok. Cuma ada 2 moments ingin kami highlightkan. Satu gerakan solonya yang cuba mengelecek pertahanan Sevilla. Dari bawah tu lari naik atas. Dan satu lagi melalui corner. Kalau tepat volley beliau. Boleh koyak weyh jaring gol. Tapi tula. Ter miss pulak. Ahhaha.

     

    Bermain dengan baik juga. Banyak bola hantaran lintang dan setpis berjaya beliau keluarkan. Dan membantu Moreno dalam bertahan. Bermain dengan cara selamat. Iaitu kurang memegang bola. Dapat terus hantar atau clear. Good!

    Bab beliau ni. Paling sukar. Setelah kami selidiki. Beliau merupakan antara pemain yang dikecam hebat selepas perlawanan ini. Gol pertama. Melakukan foul dan memberi sepakan percuma. Dahtu tak attack bola masa bola datang kearah dia. Sudah kena sambar dengan Striker lawan. Gol kedua pulak. Walaupun kami nampak seperti diving. Tapi dia boleh mengelakkan perkara tersebut. Kenapa tak clear je bola tu weyh? Huhuhu. Selepas separuh masa kedua. Dan Sarabia menukar posisi kearah beliau. Beliau sangat struggle. Walaupun separuh masa pertama beliau ada menyelamatkan 2 keadaan bahaya. Namun biasalah. Fans mana nak nampak kebaikan ye dak? Keburukan walau sebesar zarah pun nampak. Beliau pernah dibenchkan selama semusim kerana prestasi teruk menentang Sevilla. Adakah bakal berulang?

    Gagal melindungi Pertahanan dengan baik. Tapi form Klavan dan Lovren membuatkan kelemahan beliau ditutupi. Tapi. Peratusan ketepatan hantaran beliau membuatkan keadaan pasukan agak terdedah. Kurang power dan seperti orang sedang joging petang. Berlari tanpa tujuan.

    Agak bersahaja. Kurang connection. Banyak bola tak sampai kepadanya. Dan kurang contribution ketika bertahan. Banyak second ball yang gagal dimenangi oleh beliau. Kelihatan “lembik”. Sebab kurang rehat ke?

    Agak “hilang” dalam game ini. Terlalu dikawal oleh pemain tengah Sevilla. Namun tetap juga menampilkan aksi menarik. Tidak terlalu buruk persembahannya. Cuma pressing kurang menjadi. Tidak seperti game menentang Soton.

    Sama seperti Coutinho. Agak tenggelam. Mungkin dengan form beliau dalam EpL. Pemain Sevilla lebih berhati2. Dilihat 2 pemain Sevilla akan mengiringj beliau jika beliau membawa bola. Mempunyai beberapa peluang. Namun satu peluang yang terhidang. Gagal disudahi.

    Aksinya dengan Firmino seperti ada telepati. Smooth dan fluid. Menjaringkan gol melalui tandukan. Dan hampir mendapatkan 2 gol. Satu percubaan tersebut disudahi Firmino. Satu lagi terlalu tergesa-gesa. Hasil Umpanan Emre Can. Nampak seperti sudah menemui rentak. Namun ketepatan dan ketajaman penuudah. Masih lagi ditagih.

    Penjaring 2 gol Liverpool. Bermain sangat baik pada separuh masa pertama. Dan membantu serangan balas pada masa kedua. Belum cukup untuk membantu Liverpool menang. Finishingnya masih perlu dibaiki. Dapat 1 peluang one-on-one dengan keeper. Namun gagal disudahi. Mujur corner selepas itu membuahkan Gol. Overall terbaik. Cuma dilihat sedikit keletihan. Patut dikeluarkan pada minit-minit akhir perlawanan.

     

    Masuk menggantikan Moreno yang teruk dibocori oleh pemain lawan. Menstabilkan kembali permainan Liverpool.

    Memberikan semula “tenaga” pasukan Liverpool dibahagian tengah. Mendapat peluang. Tapi memilih untuk membuat hantaran kepada Mane. Tapi hantaran beliau disekat.

    Terlalu singkat waktu yang diberikan baginya untuk membuat sesuatu. Kesian. Lambat sangat masuk.

     

    RUMUSAN.

    Perlawanan ini bukan lah perlawanan yang baik buat Liverpool. Liverpool dengan bertahan dengan baik. Dan mendapatkan gol awl ketika corner. Dan keseluruhan game Liverpool hanya menyerap asakan Sevilla yang sangat Dominant. Walaupun tidak Kalah. Seri. Tapi seri setelah LIverpool mendahului 3-0 pada separuh masa pertama. agak mengarut weyh!

    Cuma pada separuh masa kedua. Liverpool perlu menterjemahkan peluang yang ada kedalam bentuk gol. Untuk menamatkan sisa sisa perjuangan pasukan lawan.

    Takpa gais. Kalau tak bolos macamni. Asik menang je. Nanti takda pulak pemain defends baru yang Liverpool beli tu. Ahahaha. so ada hikmah jugak sebenarnya, Chill gais!

     

    “You’ll Never Walk Alone”

    “Walk on! Walk On! Walk On!”