Bayern vs Liverpool Medan Uji Nilai Keserasian Pemain

    Bayern vs Liverpool Medan Uji Nilai Keserasian Pemain

    484
    0
    SHARE

    Ketika bertandang ke Allianz Arena stadium sebagai pelawat, pastinya kita akan disajikan persembahan yang mungkin menarik dengan kedua pasukan bukanlah pasukan kerdil di pentas Eropah. Dan sejarah membuktikan kedua-dua pasukan ini pernah mendominasi Eropah.

    Bayer vs Liverpool mane salah

    Bayern turun sebagai pasukan pilihan kejuaraan #AudiCup edisi 2017. Sebagai pendatang, Liverpool pastinya sekadar menguji rantaian pemain dan spot gerak hala dalam uji nilai teknikal dan taktikal menjelang sepak mula piala domestik khususnya.

    Sebagai pemerhati sukan, bukanlah relevan untuk menilai kelemahan dalam kedua-dua pasukan tetapi lebih mudah menilai kekuatan akan senarai ‘ready to play’

    Apakah konsep tema mahupun sistem taktikal dan formasi yg dinilai kali ini?

    Keputusan 0-3 yg memihak Liverpool sedikit sebanyak mengukir senyuman buat peminat skuad anak didik Klopp ini. Saya mengajak anda untuk melihat apakah positif turn out yg ditonjolkan dlm perlawanan ini.

    coutinho-and-sanhes

    – Prediksi
    Klopp seperti sudah dapat mengagak Bayern pastinya kekal dalam permainan yang lebih terbuka dengan defisit kelebihan individual skill pemainnya. Namun, ianya bukanlah jaminan untuk menghukum anak didik Klopp di gelanggang sendiri.

    – Positif
    Apa yang saya nilaikan positif disini. Terapan dalam pembinaan skuad pramusim ini lebih berbentuk ujian dalam sistem ‘buddy’. Adakah ianya wujud? Ya ianya adalah teras dalam sesebuah pasukan itu sendiri. Dan disini adalah medan ujii nilai keserasian pemain baru dan lama.

    – Asas
    Dalam asas bola sepak, anda dilatih bepasangan bukan? Tetapi ini lebih menerankan siapa ‘deliver’ siapa ‘receiver’
    Siapa anda perlu saling berkomunikasi dan anda dilatih mengenali bahasa tubuh pasangan anda. (2 pemain sentiasa bergerak bersama. Siapa nampak peluang dia rencana) konsep dalam serangan yg biasa diterapkan!

    – Peranan
    Apa yang kita perlu diperhati secara mata kasar – peranan Coutinho sebagai feeder lebih optimum kesannya dalam perlawanan ini. Musim sebelumnya kita mungkin nampak paksinya kurang kerana skop pemain lebih kecil. Tetapi kehadiran Salah menjadikan Mane tidak keseorangan. Kedua-dua pemain ini mampu menarik pemain pertahanan lawan ke sisi kanan & kiri. Jadi ruang opponent bahagian tengah padat memberi ruang terbuka untuk Coutinho lebih bebas menari menjadi feeder dalam reaksi serangan.

    salah-mane-sujud

     

    – Bertahan
    Mari kita lihat sistem buddy ini ketika bertahan. Bagaimana jika opponent memegang bola cuba merencana serangan. Seketika Hummel memegang bola kita boleh nampak Matip akan merapat ke arah Hummel sementara Arnold perlu mengagak direksi bola yang bakal dihantar. Kaedah ini sangat berkesan dalam mematikan kredebiliti pasukan yang kita tahu sangat efektif dalam serangan hantaran panjang.

    – Fungsi
    Ini sebenarnya aturan bertahan sebelum bola sampai ke kawasan pemain pertahanan dan membentuk semula organisasi bertahan. Kita sedia maklum counterpress ini taktikal yang tidak tetap dalam apa jua formasi formal. Boleh jadi 2-6-2, 2-5-3 ataupun 2-7-1 ketika menyerang dan berlaku selepas menukaran posisi kepada bertahan. Ianya sekaligus melambatkan hantaran dan membolehkan pemain ke kawasan pertahanan dan membentuk rantaian pemain pertahanan.

    liverpool-vs-bayern-1

    – Dominasi
    Liverpool bukanlah dominan dalam penguasaan permainan ini namun peranan Henderson & Wijnaldum dalam pendekatan ini telah menjurangkan jarak komunikasi antara forward Bayern dan pertahanan mereka. Jadi tugas Lallana & Coutinho adalah sebagai penyekat hantaran jika konsep diiplikasi kan dalam situasi ini. Dan Mane & Salah lebih mudah diklasifikasikan sebagai penerima perlu bersedia dalam reaksi serangan.

    – Sebutan
    Sebenarnya sy cuma menerangkan secara mudahnya sistem ini berfungsi. Namun sistem ini kurang disebut dalam bentuk kaedah bagaimana ianya terjadi dan berfungsi. Namun biasa kita dengar istilah DUO TRIO bukan? Itu adalah tema kepada sistem ini..!