#LIVARS | LIVERPOOL BERKUASA DI WIDE AREA DENGAN PEMAIN TENGAH ARSENAL DIRANTAI

    #LIVARS | LIVERPOOL BERKUASA DI WIDE AREA DENGAN PEMAIN TENGAH ARSENAL DIRANTAI

    751
    0
    SHARE

    Jangan marah apabila wisel perlawanan, hanya satu pasukan beraksi di Anfield.

    Liverpool nyata berkuasa di Anfield jika dibandingkan dengan Arsenal yang ntah dimana silapnya, mereka kurang bernafsu walaupun mereka juga memiliki kualiti lebih kurang sama dengan Liverpool.

    liverpool-vs-arsenal-768x512

    Senjata utama Liverpool adalah trio serangannya iaitu Firmino, Mane dan Salah. Sudah tentu ianya tidak mengejutkan saya kerana mereka semua ada disenarai penjaring pada perlawanan awal pagi tadi.

    Daniel Sturridge pula adalah penambah derita buat Arsenal dan ianya satu perlawanan yang mengejutkan buat saya.

    TAKTIKAL ANALISIS…

    1) LIVERPOOL GEMAR MELAKUKAN DEPTH CROSS?

    Semua orang tahu senjata utama trio serangan Liverpool adalah kepantasan. Ya…amat pantas!

    Namun, saya melihat Liverpool melakukan banyak cross yang dimulakan sama ada oleh full back mahupun Mane dan Salah.

    Secara faktanya, Liverpool melakukan 8 kali cross semalam berbanding 1 kali oleh Arsenal.

    Gol pertama Liverpool yang dijaringkan oleh Firmino terhasil daripada cross yang berkualiti.

    Seperti yang dilakukan ketika Hoffenheim tempoh hari, sekali lagi Mane dan Salah cut inside dan memaksa pertahanan Arsenal narrow.

    Ianya membuka ruang buat Moreno dan Gomez naik keatas dengan selesa dibantu oleh Can dan Wijnaldum.

    Depth cross mereka terlalu bahaya dan pada masa yang sama, 2 gol dihasilkan melakukan cross.

    Seperkara lagi, saya melihat apabila lawan menggunakan 3 center back dengan 2 wing back, hanya satu kelemahan ketara taktikal ini iaitu merantai wing back mereka dan attack dari wide. Nyata, pada perlawanan itu, Ox dan Ballerin amat mengecewakan dengan ketika bola akibat pressing Moreno dan Gomez. Manakala, Holding dan Moreal mengalami mimpi buruk mengawal Mane dan Salah.

    2) PEMAIN TENGAH ARSENAL STATIK…

    Punca sebenarnya kemenangan Liverpool adalah penguasaan bahagian tengahnya yang mana terus menerus pressing dan mencabar Ramsey dan Xhaka sedangkan mereka statik ketika kehilangan bola.

    Kedua-duanya mengikut taktikal Wenger adalah untuk melindungi barisan pertahanan. Namun, gagal!

    Emre Can, Wijnaldum dan Henderson bukan sahaja melindungi pertahanan Liverpool dengan baik malah mereka terus menerus menghancurkan pihak lawan mereka yang mana statik dan kaku.

    Pada mulanya, posisi Ramsey diarahkan sebagai box to box midfielder yang hanya focus untuk naik ke atas manakala Xhaka keseorangan sebagai defensive midfielder – nyata pertahanan Arsenal tidak dilindungi sepenuhnya.

    arsenal-midfield-1-768x431

    arsenal-midfield-2-768x436

    arsenal-midfield-3-768x429

    Ramsey nyata hilang dari radar dan disitulah Firmino memecahkan/membuka ruang kepada pemain Liverpool yang lain.

    Nyata ketika gol kedua Liverpool, Ramsey hanya berjalan di kawasan kawalan dia dimana Mane menerima bola daripada 1-2 short pass dan menghasilkan gol.

    Satu persoalan yang besar buat Wenger adalah Ramsey kelihatan tidak sesuai di center midfielder dalam taktikal 3-4-3.

    Seperkara lagi, Ramsey tidak dibantu oleh Mesut Ozil dalam perlawanan itu.

    Dalam gambar dibawah, kelihatan Can membawa bola bersama-sama Salah dan kelihatan Ramsey dan Ozil hanya jog tanpa pressing bola. Anda tidak boleh lakukan ini jika mereka meceroboh kawasan anda?

    3) KARIUS > MIGNOLET

    Heboh sebelum perlawanan mengatakan kerisauan kenapa Karius diturunkan sedangkan Mignolet ada.

    Apapun, saya setuju dengan pilihan Jurgen Klopp.

    Namun, dia seakan mangsa keadaan kerana Arsenal tanpa shot on target dalam perlawanan itu. Apapun, ramai yang risau akan detik dimanakan dia terlampau cool yang akhirnya menciptakan shaky moment ketika bola berada dengannya.

    Secara faktanya, Mignolet passing lebih baik musim ini dengan 72% pass distribution accuracy jika dibandingkan hanya 42% ketika Karius menentang Arsenal.

    Saya juga melihat Karius lebih gemar menumbuk daripada menangkap bola tinggi – 2 kali menumbuk bola tinggi berbanding tiada tangkapan bola.

    Saya fikir Mignolet sudah sampai ke tahapnya dimana dia sudahpun tidak boleh meningkat lagi. Namun, tahap keupayaan Karius melebihi apa yang Mignolet lakukan diberikan peluang seperti mana Ferguson mempercayai Da Gea.

    #duone_starz #kplm