PERTAHANAN LIVERPOOL IBARAT HONDA C70 VS SEVILLA – GOL ANALISIS

    PERTAHANAN LIVERPOOL IBARAT HONDA C70 VS SEVILLA – GOL ANALISIS

    651
    0
    SHARE

    Malu!

    Tidak dinafikan lagi, kesilapan pertahanan merugikan 3 mata pertama buat Liverpool di Champions League. Jangan terkejut sebab ianya seakan perkara biasa buat Liverpool semenjak Rafa Benitez meninggalkan Liverpool lapan tahun lepas.

    Daripada sebuah pasukan yang kebal di Eropah kepada sebuah pasukan yang amat “lemah”. Sepanjang 7 perlawanan yang dilangsungkan musim ini, mereka bolos 13 kali.

    Anda tentu marah dengan jumlah gol yang saya sebutkan tetapi jika saya buang 5 gol ketika Liverpool tewas sekalipun, rekodnya masih buruk dengan 8 kali bolos daripada 6 perlawanan.

    DIMANA ASASNYA?

    Asas kekuatan pasukan adalah pertahanan malah kata-kata yang bagus untuk Jurgen Kloop:

    Jika anda mahu menang, anda perlu penyerang yang bagus.

    Jika anda mahu menang liga, anda perlu pertahanan yang bagus.

    Liverpool mengutip 2 clean sheets ketika lawan Crystal Palace dan Arsenal. Maknanya Liverpool bolos 8 kali dengan 4 perlawanan – Watford, Hoffenheim dan Sevilla.

    Dimanakah asasnya?

    BAGAIMANA GOL DIJARINGKAN?

    1) LIV 0-1 SEVILLA

    Liverpool bermula dengan agak malang dengan Sevilla berjaya mendapat gol awal. Pandangan saya mengatakan 2 perkara terjadi disini iaitu Sevilla melakukan pergerakan yang bagus dan Lovren memberikan peluang mereka menjaringkan gol.

    Joe Gomez gagal menutup ruang menyebabkan bola dari kawasan wide masuk ke dalam kotak penalti menerusi hantaran silang (cross) berjaya dilakukan.

    Maka, center defender (Lovren) terpaksa turun untuk mengejar bola. Bola yang sepatutnya mudah dipatahkan oleh Lovren, namun dia lalai.

    Selebihnya, Moreno juga harus dipersalahkan kerana posisinya tidak kena pada tempatnya. Wasim Ben Yedder bernasib baik kerana bola itu bocor dan berjaya menjaring gol.

    ANFIELD TERKEJUT…

    Boleh dikatakan Anfield terdiam seketika kerana ramai menjangkakan Liverpool akan mendominasi perlawanan pembukaan Champions League ini.

    Selepas itu, barulah Liverpool build up kembali konfiden dengan beberapa gerakan bagus di final third Sevilla.

    2) LIV 1-1 SEVILLA

    Dengan beberapa peluang dihasilkan, gol berjaya dihasilkan daripada gerakan yang bagus oleh Moreno dan deep cross olehnya berjaya dihidu oleh Firmino.

    Ianya bermula daripada beberapa passing di luat kotak penalti Sevilla dengan JH14 berjaya membuat 1-2 pass dengan Moreno.

    Moreno bagus membaca pergerakan itu dan hantaran yang tepat dimanfaat sepenuhnya.

    Saya juga mengatakan Jesus Navas membuat kesilapan kerana tidak mengekori Moreno dan memberikan masa secukupnya buat Moreno melakukan perfect cross.

    3) LIV 2-1 SEVILLA

    Liverpool tetap mencipta beberapa percubaan dengan pertahanan Sevilla kelihatan sibuk dengan permainan high pressing Liverpool.

    Salah berjaya menjaringkan gol kedua buat Liverpool – bernasib baik dengan lambungan bola hasil terkena pertahanan Sevilla.

    Sebelum ini, pemain antarabangsa Mesir sebenarnya kehilangan bola. Namun, dia kejar kembali dan berjaya merampas bola.

    Steven Nzonzi harus dipersalahkan dengan kehilangan bola di kawasan bahaya dengan mudah.

    Hasilnya, Salah melakukan 360° turn dan melakukan cubaan dengan lantunan bola oleh pemain Sevilla gagal dibaca oleh Rico, penjaga gol Sevilla.

    Daripada gambar diatas, boleh dikatakan sedikit memberi keraguan tentang keputusan pengadil tidak memberikan faul kepada Salah diatas body contact Nzonzi. Ianya situasi 50-50 dan pengadil memilih Liverpool.

    SEPARUH MASA KEDUA…

    Apabila separuh masa kedua dimulakan, Sevilla mula menguasai ball possession dimana Liverpool hanya menguasai ketika gaya counter attack, tidak sama seperti yang dipamerkan di separuh masa pertama.

    Sadio Mane banyak melepaskan peluang menjaringkan gol dan Salah dikatakan kurang sihat dihari sebelumnya. Kedua-duanya dikeluarkan oleh Jurgen Kloop.

    Malangnya….

    4) LIV 2-2 SEVILLA

    Sevilla berjaya menjaringakn gol daripada bola throw in yang pantas diambil dimana Emre Can dan JH14 tidak dapat mengejarnya.

    Ini memberikan Luis Muriel ruang dan masa untuk menlancarkan serangan dan berjaya mencari Correa yang berada diantara

    Lovren dan Moreno.

    Gambar diatas menunjukkan sekali lagi masalah pertahanan Liverpool yang teruk.

    KESIMPULAN…

    Apa lagi yang boleh disimpulkan dengan pertahanan Liverpool?

    Dominasi dalam perlawanan dan akhirnya memberikan lawan 1 mata berharga.

    Dua momen terbaik buat Sevilla dan kedua-dua itulah mereka berjaya menjaringkan gol. Menuduh pemain memang mudah tetapi jika malam itu Lovren tiada, pastinya Liverpool lebih bagus.

    Persoalannya, adakah anda merasakan Liverpool berjaya dengan pertahanan sebegini?

    #duone_starz #kplm