Playoff CL : Taktikal Hoffenheim Lebih Mantap?

    Playoff CL : Taktikal Hoffenheim Lebih Mantap?

    1217
    0
    SHARE

    Perlawanan pusingan pertama kelayakan Champions League berjaya dimenangi oleh Liverpool dengan keputusan 1-2 ditempat lawan, satu keputusan yang cukup bagus dengan away goal.

    Namun, saya lebih tertarik berbual bicara dengan taktikal Hoffenheim.

    Bagaimana jurulatih muda ini mengusai liga?

    Pelik bukan?

     

    MENYERANG DARI BAWAH SECARA WIDE

    IMG_20170816_214117Secara amnya, Hoffenheim menggunakan ruang antara barisan pemain defensive line Liverpool untuk melakukan passing ke final third Liverpool.

    IMG_20170817_193846

    Secara asasnya, Hoffenheim menggunakan 3 centerback yang mana dibantu Demirbay yang mana bertindak sebagai defensive midfielder.

    Manakala Rupp bertindak lebih keatas dengan membentuk 3 pemain serangan yang mana mereka sentiasa berada di garisan pertahanan Liverpool.

    Oleh kerana, posisi Kramaric dan Gnabry sentiasa diatas, ianya menyebabkan Trent dan Moreno lebih ke dalam untuk membentuk pertahanan kompak.

    Sebagai balasanya, Hoffenheim menggunakan kawasan wide dari bawah untuk melakukan serangan.

    IMG_20170817_193849Selain daripada itu, apa yang menariknya adalah apabila Hoffenheim mengusai bola, 3 center back mereka akan sebaris dibawah untuk mengelak pressing daripada Firmino.

    Justeru, mereka menggunakan kawasan wide untuk memulakan serangan seperti gambar diatas oleh Bukak-cic. Malangnya, kita boleh lihat bagaimana Can terpaksa menjaga 3 orang pemain kearahnya dan membuatkan Liverpool tidak menguasai kawasan itu.

    IMG_20170817_193851

    Apabila bola dimainkan secara wide oleh Hoffenheim, barisan serangan Hoffenheim akan berada diantara barisan pertahanan dan tengah Liverpool dengan melakukan larian ke hadapan. Menariknya, barisan serangan Hoffenheim juga adakalanya turun ke bawah sedikit untuk mengutip bola dan memberikan masa yang cukup kepada penerima bolanya iaitu rakan sepasukan.

    IMG_20170817_193853

    Selepas Hoffenheim memecahbelahkan barisan midfield Liverpool, mereka mula melancarkan serangan ke defensive line Liverpool yang mana sebelum ini saya katakan terpaksa narrow disebabkan pressure oleh Kramaric dan Gnabry. Lantas, terdapat ruang kosong yang luas.

    MENYERANG MELALUI TENGAH

    Cara lain yang digunakan oleh Hoffenheim adalah memulakan serangan melalui tengah dimana disinilah, cara mereka memecahbelahkan midfield line Liverpool.

    IMG_20170817_223328Seperti contoh diatas, cara lain adalah straight pass kepada Wagner. Kelihatan yang mana Demirbay berada berhampiran bola tetapi fungsinya adalah menarik Wijnaldum kearahnya supaya membuka ruang kepada direct pass Wagner.

    Disamping itu juga, kelihatan pemain serangan akan turun ke bawah untuk mengutip bola kerana disitulah terdapat masa dan ruang oleh pertahanan Liverpool.

    IMG_20170817_223332

    Apabila pemain serangan turun mengutip bola, ianya pasti sukar untuk memusingkan semula badan kerana Matip dan Trent sudahpun mark. Namun, kelihatan Wagner tetap mempunyai pilihan pass kembali kepada wing back mereka dan berterusan menggunakan  zig zag pass.

    IMG_20170817_223335

    Disana, mereka mula menyerang secara wide yang mana wing back memiliki 4 pilihan pemain serangan yang boleh pass kehadapan.

    Keadaan serangan agak kompak dihasilkan namun, Hoffenheim memiliki banyak pilihan gaya serangan.

    BAGAIMANA LIVERPOOL MENGATASINYA?

    Untuk mengelak daripada ruang terbuka luas, secara amnya Liverpool tidaklah press pada kebiasaannya.

    Klopp mengarahkan pemain menyimpan tenaga dan menlancarkan serangan 20 minit terakhir. Sebab itilah saya fikir, pada akhir perlawanan, Liverpool mula menguasai lawan.

    Akhirnya, saya fikir Liverpool bernasib baik untuk menang 1-2. Ya. Menang tetap menang.

    #duone_starz #kplm