TACTICAL ANALYSIS : FA CUP SEMIFINAL

    TACTICAL ANALYSIS : FA CUP SEMIFINAL

    188
    0
    SHARE

    Aston Villa v Liverpool 
    19.04.2015 @ Wembley

    Liverpool Tewas Di Separuh Akhir

    470349958

    Permulaan
    Aston Villa 

    Bermula dengan asas formasi 4-3-2-1. Menurunkan N’zogbia dan Grealish di sayap untuk membantu big Centre Forward Christian Benteke. Bak four diketuai oleh Ron Vlaar. Dalam perlawanan mereka banyak berubah kepada classic 4-3-3 dengan active flanker threat.

    Liverpool
    Bermula dengan formasi 3-4-3 yang saya rasa lebih kepada 3-5-2 kerana Gerrard lebih kepada midfield player dan bukan agresive attacker untuk membentuk attacking 3. Markovic kembali diturunkan ke wingback.

    Starting 11 Formation
    Starting 11 Formation

    Aston Villa menekan dari awal (early pressing)

    Aston Villa telah bermula dengan cukup agresif. Mereka menekan Liverpool dari awal dengan rantaian taktikal 4-1-2-3. Plan 2-3 di final third membuatkan mereka sentiasa ada extra man di atas. 5 pemain di final third beraksi dalam kadar tempo dan pace cukup tinggi dan menghalang sebarang build up dari back 3 oleh Liverpool. Sherwood tahu akan sistem Rodgers yang menggemari build up dari belakang yang pernah menjadi senjata digunakan Rodgers untuk menewaskan dia ketika di Spurs 5-0.

    Pressing Awal
    Pressing Awal

    Aston Villa Memanipulasi Kordinasi Pertahanan Liverpool

    Aston Villa  amat manipulatif terutama di final third. Setiap kali dalam build up mereka akan meletakkan seorang pemain di setiap letakan posisi di defensive third Liverpool. Mereka ada kelebihan dari segi fizikal dan pace untuk mengatasi pertahanan Liverpool. Taktikal ini amat berisiko untuk dicounter attack. Kesannya mereka melepaskan satu gol hasil counter attack oleh Liverpool. Namun mereka tetap percaya akan style/cara ini akan memberikan mereka pulangan. Memang kadangkala untuk mendapatkan sesuatu anda harus yakin dan mengambil risiko. Secara majoriti sistem ini lebih memberi manfaat daripada risiko.

    Manipulatif Villa
    Manipulatif Villa
    Salah satu contoh tactical style Aston Villa bila build up
    Salah satu contoh tactical style Aston Villa bila build up

    Grealish-Nzogbia Menjadi sokongan utama di Hadapan

    Jack Grealish dan Charles N’Zogbia telah terus menjadi sokongan/support utama Benteke. Ia juga banyak dibantu oleh bahagian tengah Villa yang sangat fleksibe. Westwood role telah membenarkan Fabian Delph dan Tom Cleverley untuk membentuk kordinasi 5 pemain serangan.

    Heatmap Grealish-Nzogbia dan Benteke cuba memecahkan rantaian defensive Can-Skrtel
    Heatmap Grealish-Nzogbia dan Benteke cuba memecahkan rantaian defensive Can-Skrtel

    Taktikal Liverpool
    Brendan Rodgers menukar lebih kurang tiga formasi dalam perlawanan itu tetapi masih gagal memberikan impak. Gol Coutinho adalah quick counter attack dan juga deflected shot. Dan selebihnya, memang ia adalah milik Aston Villa. Rodgers membuat pertukaran drastik pada separuh masa kedua namun terpaksa menelan hakikat yang pasukan Liverpool lebih banyak preventing and terminating the Villans attack daripada buat build up.

    GERRARD-STERLING-COUTINHO

    Hubungan atau connection di antara Sterling-Coutinho agak berbahaya tetapi Gerrard banyak menghabiskan sebahagian besar separuh pertama dengan menjadi penonton gerakan laju daripada Sterling serta pemain lawan dan gagal memberikan support secara zonal di atas. Kemasukan Balotelli mengubah sistem kepada crossing play namun masih gagal. Ini kerana pemain yang di supporting role adalah bukan crosser sebenar. Henderson dan Gerrard adalah long passer tetapi bukan crosser yang efisien.

    Sterling dan Coutinho terus menjadi satu-satunya ancaman yang sebenar, dengan  Markovic dan Moreno seakan akan terlalu gemuruh dalam game ini. Akhirnya Villa menutup semua pemain di belakang Sterling dan Coutinho dan memutuskan supplying kepada mereka.

    Balotelli 
    Tidak ada sokongan yang cukup kepada Balotelli. Jika dalam 50 minit pertama mereka menutup supplier kepada Sterling-Coutinho kini mereka menutup supplier kepada Balotelli iaitu Coutinho dan Sterling. Kesannya sistem target man Liverpool gagal berfungsi dan kebanyakan cubaan adalah long range effort.

    Namun kita harus menerima hakikat yang Balotelli memang tak cukup laju untuk mengatasi backline Villla yang sangat bersemangat dan sentiasa mengejar bola. Saya merindui aksi Daniel Sturridge yang cedera kerana dia adalah tipikal pemain yang boleh menghukum Villa yang terlalu roburst.

    GOL BENTEKE DAN DELPH , VILLAN’S TRIANGLE TACTIC

    Ia adalah respon segera kepada jaringan Coutinho. Liverpool dikuasai oleh triangle play oleh Villa di sebelah sudut Emre Can. Kerap kali area ini bocor. Benteke melepaskan shot padu dan menewaskan Mignolet. Pada minit ke-54 Delph memberi pendahuluan hasil tactical plan yang sama iaitu triangle. Ia adalah horrible defending oleh Can dan Lovren. Delph menerima bola terlalu mudah dan cut back terus melakukan shot. Kredit untuk Grealish yang cukup efisien dalam taktikal popular pada era 90-an ini.

    Villan's Triangle Tactic
    Villan’s Triangle Tactic
    Build Up Gol Kedua, Triangle Tactic
    Triangle Tactic
    Triangle , Build Up Gol Kedua
    Triangle , Build Up Gol Kedua

    VERDICT

    Liverpool adalah tewas kerana aspek teknikal dan taktikal. Secara teknikal, pemain gagal memulakan perlawanan dengan baik dan nampak gemuruh. Kemungkinan kerana rata rata pemain yang beraksi adalah muda. Saya juga merasakan reverting to back 4 adalah salah satu isu yang jelas mengganggu. Ini kerana Rodgers terpaksa mengorbankan Markovic. Sedangkan dalam separuh masa pertama dia semakin meningkat dan memberi ancaman. Balotelli berjaya melakukan gol namun luck kepada Villa kerana keputusan silap linesman menyelamatkan mereka daripada beradu di masa tambahan setelah menggunakan energy yang terlalu banyak.

    Liverpool kembali dengan 3-4-3 dengan kemasukan Johnson dan nampak lebih baik walaupun Villa akhirnya mengambil keputusan untuk fokus kepada safe play dan counter attack. Namun aspek intensiti memang Villa berhak menang kerana mereka kekal dalam taktikal manakala Liverpool nampak panik. Pemain seperti Moreno dan Can sekali lagi gagal mengawal gemuruh untuk perlawanan besar walaupun mereka adalah good player dalam perlwanan yang kurang tekanan dan harapan.

    Ron Vlaar dan Grealish adalah 2 nama yang paling penting dalam kejayaan Villa. Liverpool ‘tidak cukup’ bersedia seperti Villa untuk game ini. Kedua dua pasukan mahu menjadikan piala FA sebagai penutup ‘kecacatan’ kempen namun pemain Aston Villa lebih bertanggungjawab untuk memikul amanah itu.

    Tim Sherwood adalah pemenang sebenar. Dia memberi perubahan mood dan suasana dalam pasukan. Dia berjaya survive walau tanpa pemain yang tervcedera seperti Agbonlahor. Taktik  beliau cukup efektif dan efisien

    Kepada Steven Gerrard, ia adalah perpisahanyang cukup sentimental kepada FA Cup .  Saya tak mahu komen lebih akan persembahan beliau kerana satu pasukan bertanggungjawab dan buka Gerrard seorang.

    STATISTIK

    10 12 13 stats

    YNWA