TAKTIKAL ANALISIS (BOURNEMOUTH vs LIVERPOOL)

    TAKTIKAL ANALISIS (BOURNEMOUTH vs LIVERPOOL)

    1029
    0
    SHARE

    LIVERPOOL

    Bermula dengan Formasi kegemaran Klopp. 4-3-3. Coutinho kembali dengan posisi di front 3 attacker. Bermula dari sebelah kiri. Namun beliau mempunyai 2 peranan besar. Satu playmaker. Dan lagi satu. Beliau akan membuat cut inside dan shot. So peranan utama beliau adalah midfield dan juga inside forward.

    Robertson akan membantu beliau memberikan service dari bahagian wide kiri Liverpool. Di bahagian Kanan pula. Role seumpama Coutinho dipegang oleh Chamberlain. Dan beliau dibantu oleh Mo.Salah di bahagian Wide Kanan. Gomez hanya akan overlap jika Mo.Salah masuk ke bahagian dalam cut inside.

    Wijnaldum dengan peranan lebih deep berbanding sebelum ini. Dan menberikan sedikit kebebasan untuk Henderson menyerang. Jika anda perasan. Ada ketika Klopp menegur Wijnaldum yang naik menyerang. Dan selepas itu rata-rata peminat menyatakan Wijnaldum hilang dari radar. Sebenarnya Wijnaldum bermain DMF dan hanya membantu bahagian pertahanan. Beliau juga melakukan kerja dengan baik.

    Keberkesanan Chamberlain dan Firmino melalakukan Pressing juga menjadi Faktor kemenangan Liverpool ini.

    credit:@11tegen11

    BOURNEMOUTH

    Bermula dengan Formasi 4-4-1-1. Dengan Defoe menjadi lone Striker. Dan dibantu oleh King sebagai Attacking Midfielder.

    Bukan itu sahaja. 2 winger dengan different Role juga diletakkan. Classic Winger disebelah kiri(Pugh) untuk menberikan hantaran lintang. Dan Inverted Winger disebelah kanan(Ibe). Membuat Cut Inside dan melakukan rembatan.

    Masalah yang dihadapi Oleh Mereka adalah pemain tengah tidak banyak mendapat bola. Dan juga kurang cermat bila mendapat bola. Mudah diatasi oleh pemain Liverpool.

    credit:@11tegen11

    Lihat passmap ini. Bagaimana Mereka sering kali disconnected dibahagian tengah. Defoe dan King antara pemain yang paling kurang menerima bola. Dan hanya dibahagian wide. Banyak mendapatkan bola dan membuat passing.

     

    credit:@11tegen11

     

    PENILAIAN PEMAIN

    Hampir tidak diuji. Makan gaji buta! Haahaha. Tapi ada satu moment mencemaskan. Masa one-on-one dengan Defoe. Nasib baik bola menuju ke tiang gol. Dan tidak banyak mendapat bola. Cuma tangkap-tangkap biasa je.
    (Rating:7.0)

    Walaupun overallnya nampak baik. Ditambah lagi dengan Cleansheet. Tapi hakikatnya beliau agak struggle untuk mengekang Pemain Bournemouth yang menyerangnya. Separuh masa pertama Pugh. Dan separuh masa kedua Fraser. Tidak dapat membendung mereka daripada melepasi beliau. Dan melakukan Cross. Mujur Lovren onform untuk menidakkan segala hantaran lintang.
    (Rating:6.5)

    Setelah mengharungi minggu yang memedihkan. Kena tuduh buat Foul dan menghadiahkan penalti pada Everton. Beliau akhirnya menjaringkan gol. Satu header berani untuk mendapatkan gol. Dan tiada mistake dalam bertahan. Melakukan beberapa siri clearance yang berjaya hasil daripada hantaran lintang pihak lawan.
    (Rating:8.0)

    Dengan sifatnya yang tenang. Membolehkan Beliau mudah bermain hantaran pendek. Dan ada sedikit salah paham dan kurang komunikasi dengan Lovren pada separuh masa pertama. Membolehkan Defoe mudah terlepas. Tapi. Keseluruhan. Memang baik.
    (Rating:7.5)

    Ramai pundit eropah berpendapat beliau adalah upgrade dari Moreno. Baik ketika bertahan. Dan laju ketika menyerang. Satu assist pada Coutinho. Nampak macam mudah je assist tu kan.? Tanpa larian dia lepas pass bola pada Coutinho tu. Susah jugak Coutinho nak skor. Sebab larian dia. Buat defend Bournemouth terpecah. Dengan intercept yang tinggi. Beliau dapat membaca hantaran pihak lawan dengan baik dan memintasnya.
    (Rating:8.5)

    Role yang berbeza untuk game kali ini bagi beliau sebenarnya. Dialah DmF. Bukan Henderson. Nampak tidak banyak terlibat dalam aksi menyerang. Namum jika diserang beliau orang pertama yang akan cuba merampas bola. 4 interception yang dilakukan. Menunjukkan kepekaan beliau dalam membaca serangan pihak lawan.
    (Rating:7.0)

    Nampak tak bila tak main Dmf. Dia tak banyak backpasses? Maksudnya. Bukan salah dialah banyak backpasses. Tu memang arahan Manager. Membuat hantaran jauh yang paling banyak dalam pasukan. 9 hantaran jauh. 7 tepat. Lagi 2? Hahaha. Beliau sangat mahir dalam role ini. Dulu Zaman Brendan Rodgers. Berapa banyak gol dia sumbat dan assists? Heehe.
    (Rating:7.5)

    Man of the Match! Persembahan terbaik beliau setakat ini. Itupun Klopp kata. Beliau(Ox) belum tunjukkan lagi permainan sebenar. Melakukan satu Assist di padang. Dan satu assist kepada Coutinho semasa interview selepas perlawanan. Ahahaha. Dan paling utama. Pressing yang baik daripada beliau. Membuatkan pemain Bournemouth sukar bermain dengan baik.
    (Rating:9.0)

    Melakukan persembahan memukau. Antara top performer dalam perlawanan ini. Satu gol dan satu assist membantu Liverpool membuka tirai jaringan dan menutup harapan Bournemouth untuk membuat comeback. Tidak lupa juga sepakan percuma beliau yang menerpa tiang gol. Walaupun nampak kurang happy. Tapi yang penting persembahannya dalam padang!
    (Rating:9.0)

    Jaringannya semalam mencipta rekod. Pemain pertama melakukan Gol ke20 dalam semua pertandingan sebelum Christmas. Kali terakhir dilakukan oleh Ian Rush 20 tahun lepas. Walaupun bagi kami. Beliau agak sedikit tamak. Yela. asal Cut Inside je. Mesti shot. Tapi ada gol. Okla. Hahhaha. Macam biasa membuatkan Defend kiri lawan mengalami keadaan buruk. Penat woii nak jaga Salah. Laju!
    (Rating:8.5)

    Memanfaatkan ruang. Memberikan rakan2 pilihan mudah untuk menbuat hantaran. Tak berputus asa dalam mengejar bola. Dan pressing king! Ini antara ayat yang menggambarkan prestasi beliau setakat ini. Dan memperbaiki rekod gol individu. Melebihi gol yang dijaringkannya sebelum ini. 11 gol keseluruhannya pada musim pertama. 12 dalam musim kedua. Dan kini 13 dan belum habis musim lagi.
    (Rating:9.0)

    Salah satu top presser Liverpool dah kembali. Masuk je memang dah nampak komitmen beliau. Terus dapat yellow. Haahah. Masuk lebih kepada memberikannya masa bermain. Semakin hampir untuk membuat penampilan penuh.
    (Rating:N/A)

    Masih menunggu gol pertama beliau. Membuat 1 shot on target. Namun diselamatkan Begovic. Mungkin Begovic dah selalu usha cara shooting dia kot. Satu tim kan musim lalu. Tapi saya percaya. Lepas dia dapat gol je. Komfem. Meletup Si Solanke ni!
    (Rating:N/A)

    Gembira melihat beliau kembali beraksi. Walaupun hanya sebentar. Ahhaha. Menunjukkan Liverpool semakin kuat dibangku simpanan. Jika sebelum ini pemain dibangku simpanan hanyalah pemain akademi sahaja. Sekarang Liverpool menpunyai pemain berpengalaman di bangku simpanan. 7 minit bermain tapi pressing yang ditunjukkan agak padu.
    (Rating:N/A)

    RUMUSAN

    Pemain Liverpool lebih berkeyakinan dan lebih tajam pemusnahannya jika mereka mendapat gol awal.

    Dengan taktikal yang tepat. Ditambah dengan sedikit luck dan technically gifted player. Pasukan Liverpool hampir sempurna.

    Namun beberapa isu perlu diambil kira. Iaitu ada sedikit kelekaan ketika sedang mendahului. Perlu menguasai betul-betul permainan dan tidak .Membuat sebarang kesilapan mudah ketika bertahan dan membuat hantaran. Walaupun jarak mata dengan pendahulu liga agak jauh. Tapi siapa boleh pastikan!? Siapa boleh jangka kan. Keep it up guys!

    “You’ll Never Walk Alone”

    “Walk on! Walk On! Walk on!”