TAKTIKAL ANALISIS (BRIGHTON vs LIVERPOOL)

    TAKTIKAL ANALISIS (BRIGHTON vs LIVERPOOL)

    1653
    2
    SHARE

    LIVERPOOL

    Agak mengejutkan. Tatkala line up keluar. kesemua menerangkan bahawa Emre Can dan Lovren bakal digandingkan dibahagian paling Kritikal dalam pasukan Liverpool iaitu Center back(CB).

    line up asal sebelum berlangsung perlawanan

    Namun, setelah wisel dibunyikan. ternyata Klopp mengejutkan ramai pihak, bukan saja ramai pihak. Pemain itu sendiri terkejut apabila beliau dimainkan diposisi tersebut. Liverpool sebenarnya dengan formasi 3-4-3 pada asasnya. Dan menyerang dengan 3-2-5.Dengan WingBack menjadi wing forward jika diperlukan,

    Formasi asas ketika menyerang

    Dan membentuk 5-2-2-1 ketika bertahan. dengan wingback akan membantu CB bagi mengurangkan tekanan pada CB.

    Wijnaldum dan Emre Can masing-masing sebagai LCB dan RCB dan Lovren sebagai last man. dibantu oleh Robertson yang tidak terlalu ghairah menyerang dan TAA.

    Henderson dan Milner berperanan sebagai pembekal bola kepada 3 pemain serangan Liverpool dan juga sebagai extra defender jika diperlukan. namun Milner lebih sikit tugasnya. jika masa dan ruang yang sesuai, beliau akan menjadi extra attacker bagi membantu Firmino/Coutinho/Salah.

    Credit:@11tegen11

    Rujuk Pass map ini. Liverpool lebih cenderung untuk memulakan serangan dari bahagian Kanan. kerana Emre Can sebagai RCB lebih selesa untuk memulakan dan merencana serangan berbanding Wijnaldum yang agak gugup. kebanyakan bola Wijnaldum adalah backpasses kepada Mignolet dan Lovren.

    Tumpuan Liverpool bertukar kearah Firmino dan Coutinho di bahagian serangan oleh kerana Mo.Salah dijaga rapi dan ketat oleh pertahanan lawan.

    Dan hantaran Lintang banyak digunakan sebagai kaedah serangan sebelum gol pertama terhasil, kerana Liverpool agak sukar menguasai Zon Pertahanan Brighton yang dipenuhi dengan lambakan pemain Brighton. Dan selepas 2 gol pantas Liverpool. Brighton mula membuka ruang kerana mereka perlukan gol.

     

    BRIGHTON

    Brighton bermula dengan formasi 4-4-1-1 dengan Glenn Murray menjadi target man dan dibantu oleh Propper dan Gross dibelakangnya Sementara Stephens sebagai Dmf yang akan melakukan kerja kerja bertahan,

    ketika bertahan Brighton menggunakan formasi 6-3-1. dengan kedua-dua belah side midfielder mereka akan turun menjadi wingback untuk mengawal dan menjadi pertahanan tambahan ketika diserang Liverpool dengan formasi 3-2-5.

    Brighton berjaya mengekang dan bertahan dengan baik pada awalnya. namun selepas 2 gol pantas Liverpool Brighton lebih terbuka dan mudah dibolosi.

    credit:@11tegen11

    Jika dilihat Pass Map pasukan Brighton. Mereka lebih menumpukan serangan dibahagian kanan Liverpool kerana kelemahan aeriel duel TAA. Dan Brown menggunakan pacenya untuk memanipulasikan keadaan tersebut. LongBall kepada Murray dikawasan tersebut, dan akan disambung oleh Brown.

    Pada awalnya mereka cuba menembusi menerusi Knochaert. namun Kualiti bertahan Robertson yang agak baik, membuatkan mereka beralih arah.

     

    Credit:@11tegen11

    PENILAIAN PEMAIN

    Satu save penting untuk menidakkan gol Brighton pada awal separuh masa pertama sebelum Liverpool mendapatkan Gol Ke3. Pasal penalti tu. Tak payah cakaplah. Very good penalti. Selain itu. Beliau juga tenang dan rilek dalam mengawal bola. Terlalu banyak backpasses kepadanya. Tapi beliau rilek je clear bola. Mungkin lepasni boleh dah main Midfield kot. Haaha.
    (Rating:7.0)

    Walaupun kerap diasak. Dan menjadi tumpuan serangan Brighton. Terutamanya diseparuh masa kedua. Namun recovery beliau sangat baik. Dan dalam satu keadaan. Berjaya membuat hadangan penting.
    (Rating:7.0)

    Bukan sesuatu yang baru buat beliau. Dah selalu sangat main masa zaman Brendan Rodgers kat posisi ini. 1 gol daripadanya. Powerful towering header. Gol sebegini yang Liverpool dah lama takda. Jaranglah berlaku. Sering membuat hantaran yang baik. Dan juga dapat membezakan bila hendak menyerang dan bila hendak bertahan. Menjadi extra midfielder kadang-kadang. Dari segi defending. Baik!
    (Rating:8.5)

    Menjadi last man. Dibelakang Emre Can dan Wijnaldum. Kerjanya tidak terlalu sukar. Mungkin patut kekalkan back 3 taktikal? Huhuhu. Tidak mudah panik bila di pressing. Dari segi bertahan. Terdapat beberapa kali terlihat. Gagal mengekang Murray. Mujur kualiti finishing Murray agak kurang baik dalam perlawanan ini.
    (Rating:7.0)

    First time bermain sebagai CenterBack. Dahtu main lak kat sebelah kiri. Lagi la susah. Dan kerap sekali membuat backpasses ke Mignolet. Kelihatan sangat gugup.
    (Rating: 6.50)

    Setelah 11 minggu disisihkan oleh Klopp. Akhirnya Beliau dipilih kali ini. Nampak sangat seperti bersungguh untuk menunjukkan sesuatu. Dari segi bertahan. Memang lagi baik dari Moreno. Tapi. Dari segi menyerang. Seperti kurang chemistry dan kesefahaman dengan Coutinho. Takpalah. Lama2 ok la tu. Membuat satu defensive error. Mujur dapat dipulihkan.
    (Rating:6.5)

    Mengawal tengah dengan baik. Walaupun dihujung-hujung perlawanan kelihatan seperti tak larat. Kadar ketepatan passing beliau lebih baik berbanding perlawanan sebelum ini. Pasal penalti tu. Memang referee akan hadiahkan kalau kurang bernasib baik. Tapi minimal sangat sentuhan tu.
    (Rating 6.5)

    Enjin pasukan. Kerja-kerja bertahan diakukan dengan baik sekali. Walaupun ada beberapa ketika membuat passing yang kurang tepat. Namun peranan beliau yang lebih bertahan membuatkan beliau kurang melibatkan diri dalam serangan.
    (Rating:6.5)

    Dijaga dengan ketat dan rapi oleh pertahanan pihak lawan. Atas sebab formnya ketika ini. Walaupun demikian. Masih lagi dapat membuatkan pertahanan pihak lawan kucar kacir. Dengan larian pantas beliau. Satu assist untuk gol kedua Firmino dan ketiga Liverpool.
    (Rating:7.0)

    Man of the Match! 1 gol dan 3 assists! Power kan? Dengan direhatkan ketika menentang Stoke. Coutinho kembali dengan magisnya. Cuma. Agak sedikit hilang pada awal separuh masa pertama. Sehinggakan dimaki oleh Henderson kerana berkedudukan terlalu kebawah. Keseluruhannya. Beliau bermain dengan baik sekali. Harap kekalkan prestasi dan bukan kontroversi. Ahhaah.
    (Rating:10)

    2 gol daripadanya membantu Liverpool dalam kedudukan selesa. Selepas sebelum ini beliau hanya menjadi pembuka ruang dan pembantu jaringan je. Kali ini beliau sendiri melalukan jaringan. Bukan sahaja jaringan. Malah beliau terlibat dalam beberapa rampasan bola dikawasan Brighton. Untuk menjadikan Gegenpressing Liverpool berhasil.
    (Rating 9.5).

    Masuk menggantikan Salah. Dari segi Menyerang Chamberlain dilihat pantas dan cepat membuat hantaran. Dan beliau kelihatan sangat bersemangat. Memberi kelebihan kepada Liverpool. Boleh bermain sebagai pemain utama. atau backup.
    (Rating:N/A)

    Masuk dihujung perlawnan untuk memberikan rehat kepada Firmino. Kehadiran Beliau dalam kotak Penalti membuatkan Pertahanan Brighton terpaksa bertindak dengan kelam kabut. Sehingga menghadiahkan gol sendiri. Ahhaha
    (Rating:N/A)

    Terlalu singkat masa bermain. Namun terlihat sedikit gugup. Dan kurang aggressive ketika membuat pressing. Masih menunggu lagi perlawanan penuh pertama daripada beliau.
    (Rating:N/A)

     

    Rumusan

    Experiment yang berisko daripada Klopp. Meletakkan hanya satu recognized Centerback daripada keseluruhan 3 Centerbacks yang bermain,

    Result yang baik untuk momentum pasukan walaupun aksi yang ditunjukkan kurang menarik. Tidak seperti perlawanan sebelum ini.

    Namun dalam Bola sepak. Paling utama sekali adalah gol. Tak kira main tak cantik pun atau mempunyai penguasaan bola yang tinggi sekalipun tidak menjamin apa-apa sekiranya tiada gol.

    Kualiti Serangan dengan counter attack yang pantas dan klinikal. Membuatkan Liverpool menang kali ini.

    Harap mereka dapat meneruskan momentum ini.

     

    “You’ll Never Walk Alone”
    “Walk on! Walk On! Walk on!”

    • Sayed Noordin

      suatu analisis yg.jitu dan objektif…tetapi saya tidak begitu pasti kesalahan henderson..sehingga dihadiahkan penalti kpd.BHA.

      • Alimin Mashudd

        terima kasih atas komen.

        pasal penalti tu. memang normal. kalau tengah lompat. sebarang tekanan atau tolakan kepada pihak lawan tidak dibenarkan. Cuma bagi saya ianya sangat “soft”. biasanya pengadil tak bagi penalti tu. tapi kadang2 keputusan tak berpihak kepada Liverpool.