TAKTIKAL ANALISIS (HUDDERSFIELD TOWN vs LIVERPOOL)

    TAKTIKAL ANALISIS (HUDDERSFIELD TOWN vs LIVERPOOL)

    1168
    0
    SHARE

    Liverpool

    Bermula dengan formasi 4-3-3. Dengan Henderson kembali ke peranan Dmf nya dan membuatkan Emre Can dan Milner sebagai CMF.

    Liverpool menyerang dengan 3-1-3-3 atau 3-4-3. Dengan Gomez atau Henderson menjadi extra CB yang akan cuba melancarkan bola dari bahagian bawah pertahanan Liverpool.

    Sementara Emre Can akan menguasai kawasan separa tengah kanan dan Milner dibahagian kiri untuk menekan dan memberikan pertahanan lawan sedikit kepayahan.

    Faktor utama kemenangan kali ini adalah gol awal Liverpool dan gol tambahan sebelum berakhirnya separuh masa pertama memadam sisa-sisa perjuangan Huddersfield Town.

    Ketika menyerang juga Liverpool sering kali berhadapan dengan 5 pertahanan lawan.

    Jadi Liverpool mengambil tindakan dengan memberikan pertahanan sisi mereka posisi yang lebih keatas membentuk 3-2-5 dan pertahanan sisi menguasai kawasan sayap dan memaksa pemain tengah Huddersfield lebih kebawah dan sukar untuk membuat counter attack.

     

    Huddersfield Town

    Bermula dengan formasi 5-3-2 dengan keadaan semua pemain membuat zonal marking dan bertahan di kawasan masing-masing.

    Pada awalnya membuatkan pasukan Liverpool terpaksa membuat serangan dari bahagian sayap sahaja. Namun penjagaan yang sangat ketat oleh pertahanan tengah Mereka membawa padah, apabila terlalu rapat dan menjaga pemain serangan Liverpool ianya memudahkan lagi pasukan Liverpool untuk memanfaatkan peluang.

    Sebagai contoh Salah dan Mane terlalu di marking dengan sangat tight oleh Zanka dan Kongolo. Zanka dan Kongolo akan terkeluar daripada kawasan jagaan mereka dan membuatkan Firmino, Milner atau Emre Can mudah menyelinap masuk ke kawasan yang ditinggalkan Center back tersebut.

    Satu lagi kelemahan Huddersfield adalah mereka tidak ghairah dan seperti tidak berkeinginan mendapat bola atau merebut bola.

    Walaupun ketinggalan 2 gol. Mereka tetap dengan cara dan taktik sama. Membuat zonal marking dan berharap Liverpool membuat kesalahan ketika di bertahan dan membuat counter attack.

    Namun perlawanan ini berjaya di kawal temponya oleh Henderson sambil pertahanan Liverpool bertahan dengan kemas sekali.

     

    PENILAIAN PEMAIN

    Satu on target dari Huddersfield yang beliau hadapi. Dan satu save yang beliau lakukan! Wow! Clean sheet dan tiada perkara teruk yang dilakukannya. Cepat melakukan balingan dan rembatan pabila mendapat bola. Good job!

    Tidak berapa diuji oleh pemain lawan. Tapi ada satu ketika dalam separuh masa pertama, macam biasalah misjudge bila bola tinggi membuatkan Huddersfield mendapat peluang 2 lawan 1 di kawasan kanan Liverpiil nasib baik Karius Saves oi!

    Pemain Liverpool dengan hantaran yang paling banyak dalam sejarah EPL! Walaupun ada satu hantaran melalut. Tapi dimaafkan sebab tak bolos. CB utama pilihan Klopp kerana keupayaannya merencana serangan dari bahagian bawah!

    Terbaik! Solid! No nonsense defending! Antara top performance perlawanan ini. Mempertahankan pertahanan dengan baik.

    Kalau menurut saya. Beliau lah penyebab kenapa pertahanan Liverpool teruk perlawanan lepas. Bukan sahaja membantu Lovren. Tapi memberikan masalah kepada pertahanan lawan ketika menyerang. Satu shot blocked.

    Kapten is back gais! Mengawal tempo permainan dengan baik sekali. Tidak terburu-buru untuk menyerang. Dan memberikan beberapa hantaran yang ke bahagian serangan.

    Man of the Match! Satu gol. 2 peluang diciptakannya untuk Mane. Nampak sangat selesa dan bernafsu jika diletakkan dalam peranan CMF. Selain mempunyai visi hantaran yang baik. Beliau juga mempunyai gelecekan dan tenaga yang baik ketika membawa bola.

    Memberikan ‘tenaga’ dan persembahan yang baik ditengah. Cepat mendapatkan semula bola jika Liverpool kehilangan bola. Dan tidak membuat “foul” seperti ketika menentang Man City. Sering kali bergandingan dengan Robertson disebelah kiri untuk membuka kunci kepada “parking bas” Huddersfield.

    Kelihatan ada sedikit berbincangan sebelum sepakan penalti diambil. Sepatutnya Milner yang akan ambil penalti jika Milner bermain. Tapi bagi saya mungkin Mo.Salah ada misi balas dendam, sebab perlawanan di Anfield dulu Mo.Salah miss Penalti menentang penjaga gol yang sama. Keseluruhannya seperti biasa, beliau dijaga rapat,namun tetap berjaya melepaskan diri. Terbaik!

    Satu gol menarik, selain itu ada satu peluang dicipta untuk Mane namun first touch yang kurang baik oleh Mane membuatkan gerakan tersebut gagal menghasilkan gol. Rembatan on target pada awal perlawanan hampir disempurnakan Mo.Salah. Keseluruhannya Firmino adalah pemain penting yang sentiasa boleh membuka ruang untuk pemain lain dan membuka jalan walaupun pasukan lawan parking bas!

    Ada masalah keyakinan mungkin? Agak mengecewakan first touch daripada beliau. Beberapa keadaan terlepas bola ketika pasukan sedang dalam mode menyerang. Tidak kelihatan begitu gembira. 2 umpanan daripada Emre Can, 1 daripada Firmino dan satu rembatan dalam kotak penalti yang menyebabkan beliau tergelincir dan bola kelaut. Beliau perlu mencara kembali form beliau yang hilang tersebut.

    *Pemain gantian Chamberlian, Wijnaldum dan Solanke tiada komen yang banyak untuk mereka kerana masuk pun dilewat waktu permainan dan contribution sangat minima, hampit sahaja tiada.

     

    RUMUSAN.

    Gol awal dan Huddersfield dengan mode pasif membuatkan perlawanan ini nampak mudah buat Liverpool.

    Setelah kalah 2 perlawanan berturut-turut, kemenangan ini mesti melonjakkan mood dan semangat pasukan terutamanya dengan perlawanan besar selepas ini menentang Tottenham.

    Dengan pasukan di top 6 ketika ini mempunyai perbezaan mata yang sangat dekat. Liverpool perlu kekalkan momentum kemenangan dan menjarakkan kedudukan sambil mengukuhkan kedudukan untuk menjamin tiket Liga Juara Juara Eropah musim hadapan.

     

    “You’ll Never Walk Alone”
    “Walk On! Walk On! Walk On!”