TAKTIKAL ANALISIS (LIVERPOOL vs EVERTON)

    TAKTIKAL ANALISIS (LIVERPOOL vs EVERTON)

    1028
    0
    SHARE

    LIVERPOOL

    Bermula dengan formasi 4-2-1-3. Chamberlain/Firmino/Mane sebagai trio serangan dan dibantu oleh Lallana dibelakang mereka. Milner dan Emre Can sebagai 2 pivot.

    Emre Can lebih bertahan manakala Milner kerap membantu bahagian serangan sebagai penyerang tambahan jika diperlukan.

    Kunci utama Liverpool kali ini adalah pertahanan yang stabil membolehkan mereka tenang merencana serangan.

    Kebolehkan Firmino dan Mane membuka permainan dan melancarkan serangan memberikan Everton sedikit kesukaran dalam sistem bertahan mereka.

    Namun kekurangan cengkaman dan ketajaman ketika membawa bola dan merencana serangan membuatkan Lallana dan pemain tengah Liverpool yang lain seperti ketandusan daya kreativiti untuk menyerang.

    Dua pertahanan sisi memberikan impak yang baik ketika menyerang dan memanipulasi kawasan sayap Everton sementara pemain serangan mengekalkan kedudukan mereka di separa tengah bahagian serangan.

    EVERTON

    Turun dengan formasi 4-2-3-1. Calvert-Lewin sebagai penyerang tunggal dibantu oleh Sigurdson/Rooney/Bolasie dibelakangnya. Dan Morgan Schnerderlain bersama Mccharthy sebagai pelindung kepada back 4 mereka.

    Keseluruhan permainan Everton banyak bertahan dengan disiplin yang baik. 4-5-1 ketika bertahan dan memadatkan kawasan tengah untuk menolak serangan Liverpool kebahagian tepi.

    Everton cuba menggunakan kelajuan dan kelincahan yang ada pada Bolasie untuk menyerang balas namun Robertson dan VvD mudah mematikan ancaman tersebut.

    Dari segi serangan, tidak banyak yang Everton dapat lakukan selain membuat hantaran lintang yang merupakan kelemahan Liverpool ketika ini.

    Beberapa kali hampir berjaya memanipulasikan kelemahan Joe Gomez ketika bola diudara. Namun finishing lemah dari Calvert-Lewin menghampakan Everton.

    PENILAIAN PEMAIN

    Walaupun hampir keseluruhan permainan tidak diuji. Tapi ada beberapa moments yang tidak enak dilihat. Walaupun mulanya nampak tenang bila mendapat bola, tapi selepas gol Everton beliau agak gabra. Nak keluar clear bola pun nak kena panggil. Bab bolos tu. Susah jugak. Sebab dia tak berapa nampak bola tu dan bola menuju bucu.
    (Rating:6.0)

    Bermula dengan baik sekali. Membantu barisan serangan dan bertahan dengan baik. Masuk separuh masa kedua,pabila Everton mula main cross nampak sangat goyah. Hampir sahaja bolos.
    (Rating: 6.0)

    Agak perlahan dan lembek ketika bertahan. Tidak cepat menutup ruang dan agak “malas” nak menanduk bola. Matip dilihat serba tidak menjadi. Mujurlah cara beliau menyerang membuat hantaran agak baik.
    (Rating:6.5)

    What a dream debut! Satu gol dan merupakan gol kemenangan. Apa lagi yang dimahukan oleh seorang pemain baru?. Sangat “vokal” dipadang, terlihat beberapa kali menjerit dan mengarahkan rakan-rakan lain untuk bertahan. Paling ketara bila 2 kali beliau menyuruh Karius keluar untuk melakukan clearance. 3 chances 2 on target 1 gol. Power?
    (Rating : 8.5)

    Antara persembahan terbaiknya setakat ini. More to come! Satu Shot on target. Dan bertahan dengan baik bagi menidakkan kelicikan Bolasie. Perlu lebih tenang dan membuat hantaran lintang yang tepat ketika menyerang. Selebihnya. Baek!
    (Rating: 7.5)

    Ketiadaan Henderson bermakna beliau menggalas tugas sebagai DMF. Baik juga permainannya kali ini, agak tenang dan cepat menghantar bola. Memberikan khidmat yang baik dibahagian pertahanan.
    (Rating: 7.0)

    Satu gol dari beliau, tenang menyempurnakan sepakan penalti. Agak baik permainannya cuma agak kurang membuat hantaran kehadapan,maksudnya killer pass. Tapi dilihat beberapa kali masuk ke kotak penalti. Satu peluang dengan half volley tapi tersasar.
    (Rating : 7.0)

    Agak “berkarat” dan kurang sharp dalam persembahannya ketika ini. Namun pressingnya tidak dinafikan antara yang terbaik. Cuma ketika bola dikakinya agak kurang yakin. Terdapat satu peluang, namun rembatannya tersasar. Sangat hampir menuju ke prestasi asal beliau.
    (Rating : 6.5)

    Antara pemain yang baik ketika membuat pressing. Namun decision makingnya ketika menyerang kurang tepat. Beberapa kali dilihat gagal melalukan hantaran yang baik kedalam kotak penalti. Tapi bab hantaran semasa setpis. Memang terbaik, dah 2 games berturut-turut hantarannya membuahkan gol.
    (Rating : 7.0)

    Menunjukkan potensi yang baik. Pergerakan, pengawalan bola dan gelecekan yang baik ditunjukkan cuma rembatan 2 kali tersasar. Diharapkan beliau dapat mendapatkan kembali formnya yang hilang.
    (Rating:7.0)

    Dengan pertahanan Everton yang agak deep bertahan. Beliau sesekali terpaksa turun kebawah untuk membuka ruang dan mendapatkan bola. Secara tak langsung menarik pertahanan Everton keluar. Agak menarik juga. Cuma kurang percubaan dan gerakan mengancam dari beliau. Hampir gaduh!
    (Rating : 7.0)

    Masuk bagi menstabilkan bahagian tengah. Memperlahankan rentak serangan Everton. Bermain dengan baik terutamanya bab bertahan.
    (Rating : NA)

    Setelah Gomez agak Goyah. Klopp terus mengantikan dengan beliau. Membuat beberapa larian menyerang dengan baik. Bab bertahan tak nampak sangat. Sebab kurang diberikan tekanan oleh pihak lawan.
    (Rating : NA)

    Dibawa masuk untuk membantu barisan hadapan pressing dan memegang bola. Tapi agak gagal kerana sering dirampas dan dijatuhkan oleh pertahanan lawan. Masih menunggu gol pertama beliau.

     

    RUMUSAN

    Dalam perlawanan ini, kita lihat kenapa Klopp tidak mahu beli pertahanan lain selain VvD.

    Dengan suara yang lantang dan mengarah rakan-rakan dari belakang. Inilah yang Liverpool hilang sejak sekian lama. Tapi rileks la baru satu game. Jangan puji melambung sangat.

    Dengan kemasukan VvD dilihat kesemua pertahanan tersusun dan nampak sangat solid.

    Kalaulah dia masuk awal musim haritu… Hahahaha.

     

    “You’ll Never Walk Alone”

    “Walk on! Walk on! Walk on!”