TAKTIKAL ANALISIS (LIVERPOOL vs EVERTON)

    TAKTIKAL ANALISIS (LIVERPOOL vs EVERTON)

    835
    0
    SHARE

    LIVERPOOL

    Bermula dengan formasi kegemaran Klopp. 4-3-3. dan Menyerang menjadi 4-2-3-1. dengan Mane/Chamberlain/Salah bermain dibelakang penyerang tunggal Liverpool,Dominic Solanke.

    Dengan ketiadaan Coutinho dipadang trio Mane/Chamberlain/Salah menjadi titik punca serangan Liverpool, sementara Henderson dan Milner lebih deep bagi bagi membantu pertahanan.

    credit:@11tegen11

    Dengan Everton yang secara taktikalnya bertahan dengan all out defense membuatkan Liverpool perlu bantuan pada bahagian sayap.

    Lihat pass map ini. Robertson dan Gomez merupakan pemain yang membantu bahagian serangan dari kawasan wide. dan ketika sangat menyerang Liverpool membentuk formasi 2-4-4 untuk memecahkan blok pertahanan Everton.

    Liverpool mencuba memainkan bola secepat mungkin ke kawasan pertahanan everton. namun penyudah lemah dari pasukan Liverpool sering kali menghampakan pasukan.

     

    EVERTON

    Bermula dengan Formasi 4-4-2 dan agak bertahan. tiada sekalipun Everton terpecah daripada disiplin bertahan ini, thanks to Sam Alardyce yang membebel kat tepi padang.

    Pelan Everton mudah. Bertahan, dan bila dapat penguasaan bola. terus dihantar kepada Niasse atau Calvert Lewin. itu cerita separuh masa pertama. kedua mereka menukar peranan yang diambil oleh Niasse kepada Rooney.

    credit:@11tegen11

    Lihat passmap ini, Jordan Pickford yang merupakan Keeper Everton adalah pemain yang paling banyak terlibat dalam penguasaan bola Everton. dan pemain Everton yang paling banyak menyentuh bola.

    Perasan tak Pickford akan buat satu rembatan yang agak jauh dan keluar padang? Saya tak tahu apa term tepat untuk taktikal ini, tapi dia ada ala-ala ragbi sikit. Buang bola kebahagian pertahanan Liverpool dan samasa Liverpool ingin Buat throw in, mereka akan cuba menekan pemain Liverpool dan berharap pertahanan Liverpool akan melakukan kesilapan.

    Everton juga berharap serangan melalui Setpis untuk menyerang Liverpool, tapi Liverpool dapat menangani situasi tersebut.

    Separuh masa kedua. Mereka lebih kepada formasi 4-4-1-1 dengan Rooney bermain dibelakang Calvert-Lewin. dan hasilnya mereka mendapatkan Penalti yang akhirnya disempurnakan oleh Rooney.

     

    credit:@11tegen11

    PENILAIAN PEMAIN

     

    Tidak langsung benar benar diuji. Antara 90minit ter rileks yang pernah beliau rasakan. Tapi pedih untuk ditelan. Sebab bolos satu. Powerful penalty dari Rooney hampir merobek gawang beliau. Tapi overall game. Ok.
    (Rating:6.5)

    Dari segi bertahan memang tak banyak diuji. Dan menjalankan tugas bertahan dengan baik sekali. Dan membantu bagahian serangan dengan baik sekali. Liverpool Futute Center Back!
    (Rating:7.0)

    Keseluruhan permainan memang tak diuji langsung. Tapi satu moment membunuh segalanya. Satu hantaran yang gagal ditampan oleh beliau dan satu diving dari Calvert Lewin. Memberikan hadiah paling bermakna buat Everton. Bagi saya. Ada sentuhan dalam kotak penalti membuatkan pengadil tiada pilihan lain selain memberikanan sepakan penlti. Unlucky!
    (Rating:6.0)

    Solid performance dari beliau. Mengekang segala serangan dari pemain Everton. Tiada Klavan turn kali ini. Selepas bolos nampak pertahanan Liverpool sedikit longgar. Tapu Klavan kekal tenang.
    (Rating 6.50)

    Mendapat peluang setelah kecederaan Moreno. Membuat 6 crosses yang gagal mencari rakan pasukan. Tapi hantaran lintang dari beliau sangat padu dan menarik. Seimbang dari segi bertahan dan menyerang. Antara pemain Liverpool yang mendapatkan banyak penguasaan bola.
    (Rating:7.0)

    Setelah teruk dikecam oleh kerana kerap melakukan “backpasses”. Dalam separuh masa pertama. Beliau melakukan 5 pass lebih banyak. Daripada keseluruhan pasukan Everton. Dan 75% daripadanya adalah pass kehadapan. Ahhaha. Rasanya dia ada baca sosial media kot. Tapi masuk je separuh masa kedua. Nampak penyakit lama berulang kembali. Dan paling mengecewakan. Last minit shot. Nak bagi bola kat fan? Hhaha.
    (Rating:6.5)

    Setelah mendapat hatrick assist beliau mendapat tempat dikesebelasan utama. Bermain dengan baik disamping Henderson. Cuma. Banyak hantaran gagal disudahkan oleh barisan hadapan. Kawalan tengah yang baik membuatkan pemain tengah Everton hanya mampu bertahan.
    (Rating:7.0)

    Berperanan sebagai pemain tengah yang lebih menyerang antara 3 pemain tengah Liverpool. Beliau dilihat laju. Bertenaga. Namun. Hantaran akhirnya sering mengecewakan. Tapi tak semua lah. ada satu hantaran cross yang cantik. Namun gagal disudahkan oleh Mane.
    (Rating:6.50)

    Tidak pernah menghampakan. Satu gol daripadanya hampir membantu kemenangan Liverpool tapi diragut oleh penalty Rooney. Walaupun dijaga ketat dan hampir 3 orang menjaganya setiap kali mendapatkan bola. Namun beliau tetap tenang. Kawalan bolanya pada perlawanan kali ini. Nampak sedikit kurang kemas. Faktor padang licin.
    (Rating:8.0)

    Beberapa kali terjatuh ketika ingin membuat percubaan menunjukkan yang keadaan padang ketika itu sangat licin. Tapi. Selepas gol Salah. Beliau ada mendapat satu peluang. Tapi sayang. Selfish action daripadanya membuatkan Liverpool gagal mendapatkan gol ketika itu.
    (Rating 6.5)

    Bermain baik bagi pemerhatian admin. Mudah memenangi aerial duel dengan pertahanan Everton. Sama seperti Mane. Kerap tergelincir. Overall permainannya menarik. Cuma. Gol sahaja belum terhasil. Cuba lagi!
    (Rating:7.0)

    Masuk menggantikan Salah. Nampak usaha kerasnya untuk mendapatkan gol buat Liverpool. Terlepas beberapa peluang tap in kerana bola hantaran lintang menarik tetapi terlalu laju akibat keadaan padang. Kehadirannya dan pergerakannya membuatkan pertahanan Everton sedikit terbuka. Patut masuk pada awal permainan.
    (Rating:7.0)

    Setelah gol penyamaan Everton. Klopp cuma membuat perubahan memasukkan beliau. Tapi. Sedikit terlambat. Walaupun sempat memberikan beberapa ancaman. Namun kegagalan menyudahkan peluang dan pertahanan berlapis Everton mematahkan usaha Liverpool untuk mendapatkan gol kemenangan.
    (Rating:7.0)

    Gembira melihat beliau kembali. Tapi masa dan keadaan yang tidah sesuai. Dimasukkan pada hujung separuh masa kedua. Tiada apa yang dapat Ings tonjolkan.
    (Rating:N/A)

     

    RUMUSAN

    Liverpool menguasai hampir 80% penguasaan bola. Tapi. Kegagalan Liverpool mendapatkan gol tambahan membuatkan Mereka terpaksa kehilangan 2 mata berharga. Kerap kali sudah terjadi perkara seperti ini.

    Tiada masalah jika ingin membuat perubahan pemain demi merehatkan pemain. Tapi setiap pemain. Perlulah mengambil peluang yang ada dan menjaringkan gol.

    Diharap perlawanan selepas ini mereka memperolehi kemenangan untuk meningkatkan moral dalam bulan yang padat ini.

    “You’ll Never Walk Alone”
    “Walk on! Walk on! Walk on!”