TAKTIKAL ANALISIS (LIVERPOOL vs HUDDERSFIELD)

    TAKTIKAL ANALISIS (LIVERPOOL vs HUDDERSFIELD)

    1545
    0
    SHARE

    LIVERPOOL

    Diatas kertas sememangnya Liverpool turun dengan 4-3-3. Dengan sedikit perubahan akibat kecederaan yang dialami oleh Lovren dan Coutinho.

    Wijnaldum dan Milner sebagai 2 Midfield yang akan membantu Henderson sebagai DMF.

    Tapi formasi Liverpool berubah menjadi 4-4-2(rujuk gambar) ketika permainan berlangsung.

    Kebiasaannya. Kedua pemain pertahanan sisi Liverpool akan naik menyerang. Namun kali ini. Hanya Moreno sahaja yang menyerang. Gomez pula. Stay deep dan membentuk Back 4 bersama Matip,Henderson dan Klavan. Ini adalah langkah untuk mengurangkan tekanan apabila Liverpool di serang balas.

    Dengan penguasaan Tengah yang ditunjukkan oleh Milner dan Henderson.ini menjadikan Tugas bertahan Wijnaldum dikurangkan. Dan beliau boleh fokus untuk menyerang.

    Trio serangan juga sering kali berubah posisi antara mereka. Namun perubahan posisi ini sangat sistematik dan penuh disiplin. Jika Firmino turun. Salah dan Sturridge menjadi penyerang. Begitu juga sebaliknya.

    Liverpool cuba menyerang dari arah kiri menggunakan Moreno dengan begitu kerap. Dan hasilnya Moreno sahaja telah melakukan lebih daripada 20 crossing.

    Selain itu. Extra playmaker yang dihasilkan oleh Liverpool (Firmino/Wijnaldum/Salah/Milner/Henderson). Membuatkan pasukan Huddersfield sukar untuk membuat man marking.

     

    HUDDERSFIELD

    Huddersfield turun dengan formasi 4-2-3-1. Di atas kertas. Tapi sebenarnya mereka lebih kepada 4-1-4-1. Kesemua 4 orang Midfield akan membuat pressing keatas pemain Liverpool dan Hogg iaitu pemain Defensive Midfield mereka akan menjadi rintangan bagi pemain Liverpool sebelum berhadapan dengan pemain pertahanan mereka.

     

    Masih segar dengan kejayaan menewaskan Man Utd minggu lalu. Huddersfield cuba mengecewakan Liverpool dengan corak yang hampir sama. Bertahan dengan compact dan tight berserta pressing. Dan akan cuba melancarkan Counter attack dari 2 keadaan.

    Sama ada menggunakan kelajuan para Winger mereka. Atau melancarkan long ball kearah penyerang tunggal mereka dan mengharapkan pertahanan Liverpool melakukan kesilapan.

    Depoitre cuba menjadikan Klavan dan bahagian pertahanan kiri Liverpool sebagai Lubuk mereka mendapatkan Gol. Namun Klavan yang pada mulanya gugup akhirnya melalukukan kerja dengan baik sekali.

    Setelah gagal. Depoitre cuba menyerang melalui Gomez. Namun juga tetap menemui jalan buntu.

    Seperti pasukan lain yang menentang Liverpool. Mereka akan bertahan dengan defensif shape yang kukuh. Dengan harapan membuatkan moral Pemain Liverpool terganggu.

    Begitu juga. Mereka bertahan lebih deep. Untuk mengelakkan Salah menggunakan kelajuannya untuk menewaskan para pertahanan.

    Idea yang baik dari Wagner. Tapi malam ini. Liverpool lebih bernasib baik. Dan lebih Klinikal.

     

    PENILAIAN PEMAIN

     

    Hmmm. Nak komen apa? Tiada shot on target. Kerja beliau apa malam ni? Penat kutip bola dan buat gol kick je kot. Ahahaha. Steady Migno!

     

    Semakin baik permainan beliau. Untuk perlawanan ini. Ditugaskan untuk stay as flat back 4. Tidak terlalu menyerang macam Moreno. Memenangi aerial duel dengan cemerlang. Pokoknya! Terbaik!

     

    Bab bertahan saya tiada komen pasal beliau. Sebab memang tidak diuji langsung. Bab tanduk time corner nak maki sikit ni. Dari awal musim even musim lepas saya dah cakap. Belajar tanduk oiii. 2 peluang. Free header! Beliau tanduk bukan kearah gol.

     

    Masuk saat saat akhir sebab Lovren cedera. Membuatkan ramai fans gembira sebelum kick off. Kan? Hahahaa. Awalnya gugup. Mana taknya. Depoitre asyik dapat bola kawasan Klavan je. Sempat jugak dia buat beberapa foul yang tidak sepatutnya. Tapi separuh masa kedua. Makin rilek. So Lovren injured. Korang ok tak pakai Klavan lepasni?

     

    Bab bertahan ok. Walaupun beberapa kali kantoi kat kawasan dia. Tapi dengan semangat dan kelajuan dia. Dapat recover balik. Cuma cara recover tu tak berapa saya gemar. Nasib kurang baik. Boleh dapat free kick weyh tim lawan. Dahtu buat 22 hantaran lintang. Dan takda satu pun disambar member. Hahahaha.

     

    Separuh masa pertama banyak buang bola. Sebab long diagonal passnya ke dalam kotak penalti sering kali gagal. Mungkin sebab tertekan selalu kena kecam asyik buat backpasses je. So dia cuba la long pass. Bertambah baik di separuh masa kedua. Tapi ada dapat satu peluang. Lepas Salah miss penalti tu. Rembatan lak tersasar. Nasib.

     

    Enjin pasukan! Masa Salah Ambik penalti tu sebenarnya saya tutup mata. So tak tahulah Salah yang ambil. Ingatkan Milner yang Miss Penalti. Apsal tak kasi Milner angkat eh Klopp? Nampak kerjasama beliau dengan bahagian serangan sangat menarik. Kehadiran Milner juga menbuatkan Wijnaldum boleh fokus lebih untuk menyerang.

     

    Satu gol! Biasa beliau ni. Home je dia skor. Hahahaha. Gila glamer betul. Ketiadaan Coutinho. Bermakna sesiapa saja boleh jadi playmaker. Wijnaldum antara salah satunya. Begitu juga dia menjadi pembuka ruang dan sering kali maju sampai ke kotak penalti.

     

    Penalti yang mudah dibaca dan sedikit ketengah. Dengan pertahanan Huddersfield yang agak deep. Membuatkan Salah sedikit sukar mendapat ruang. Berjaya membuat satu assist. Dan beberapa percubaan. Satu terkena tiang. Kesalahannya gagal menyempurnakan penalti tu tak kecoh sangat. Sebab Liverpool menang. Cuba kalah. Ramai fans serang sosial media dia tu. Hahaaha.

     

    Saya je ke yang perasan. dia agak menonjol kalau tanpa Coutinho? Membuka ruang dengan baik. Gol pertama hasil dari off ball movements yang baik olehnya. Membuatkan pemain pertahanan Huddersfield hilang tumpuan keatas Sturridge. Hampir meng”assist” Sturridge sebelum beliau akhirnya mendapatkan gol melalui tandukan.

     

    100 gol di Epl buatnya! Dan 62 untuk Liverpool. Itu pun hampir ¾ perlawanan dia miss. Ahhahha. Bayangkan kalau dia “sihat” sepanjang musim? Ahhaha. Walaupun tak banyak percubaan. Kehadiran pure striker dalam pasukan. Sentiasa memberikan kelebihan.

     

    Antara pencetus gol ke3. Makin konfident dan sharp persembahan beliau. Tidak terlalu ke kawasan sayap. Skuad depth yang bagus. Harap dia diberikan peluang menentang Maribor minggi ni.

     

    Masuk untuk meneruskan intensiti dan penguasaan dibahagian tengah. Jika dia dikritik hebat oleh admin minggu lepas. Aksi dia minggu ini adalah baik. Berjaya menbuat tekanan dan merampas bola dengan baik. Dan memberikan suntikan tenaga dibahagian tengah.

    Dah skor 3 bijik tu. Bagi beliau main awal sikit tak boleh ke??? Walaupun bermain hanya 10 minit. Namun pergerakan beliau. Hantaran dan cara hold bola. Sangat mengujakan dan baik. Fuhhh. Start dia lawan Maribor boleh???? Hhaah.

    RUMUSAN

    Dari segi taktikal dan corak permainan. Tak banyak yang Liverpool tukar dari game sebelum ini. Cuma. Penambahan lebih fokus dan lebih pemain dibahagian pertahanan ketika sedang menyerang diperbaiki. Dan juga kualiti penyudahan ketika mendapat peluang juga dipertingkat.

    Saya percaya. Selepas ini akan ada lagi keputusan-keputusan positif seperti ini. Untuk menaikkan moral pemain.

    Jika individual mistake dapat dikurangkan. Maka pressure terhadap sesetengah individu dapat dikurangkan. Dan mereka dapat beraksi baik dan tenang.

    Good 3 points gais! Biasanya kita struggle nak menang dengan team biasa. Harap musim ni. Dapat menang dengan semua team biasa! Aaminn~

     

    You’ll Never Walk Alone!

    Walk on! Walk on!