TAKTIKAL ANALISIS (LIVERPOOL vs LEICESTER CITY)

    TAKTIKAL ANALISIS (LIVERPOOL vs LEICESTER CITY)

    993
    0
    SHARE

    LIVERPOOL

    Bermula dengan Formasi 4-2-1-3. Emre Can dan Milner sebagai pivot ditengah sementara mereka dibantu oleh Coutinho sebagai playmaker utama Liverpool dalam perlawanan ini.

    Dalam perlawanan ini, keutuhan benteng pertahanan Leicester dan penjagaan rapi para pertahanan tengah mereka kepada Firmino memaksa pemain tersebut bertindak lebih kebawah untuk merencana serangan.

    Secara keseluruhannya bentuk formasi Liverpool seperti 4-2-2-2. Firmino akan turun sedikit untuk mencari bola dan bergandingan dengan Coutinho di kawasan separa tengah pasukan Leicester.

    Sementara itu, Mo.Salah dan Mane akan menyelusup masuk ke tengah untuk menjadi penyerang walaupun pada awalnya mereka dikedudukan sayap.

    Taktik ini berjaya mengelirukan pertahanan Leicester dan beberapa kali Mane dan Mo.Salah berjaya melepasi penjagaan rapi pertahanan mereka,namun penyudah yang agak tumpul membuatkan Liverpool gagal menjaringkan gol pada separuh masa pertama walaupun memiliki 7 percubaan kearah gol.

    Credit: @11tegen11

    Lihat Passmap diatas. Antara kegagalan Liverpool bermain dengan baik pada separuh masa pertama adalah Emre Can. Emre Can hilang keberadaannya dipadang,seperti tidak ada fungsi, dengan hantaran yang tidak tepat, juga kurang memberikan bantuan pada pertahanan juga membuatkan setiap serangan daripada Leicester nampak merbahaya.

    Namun mujur kelemahan itu ditutupi oleh Firmino yang turun sedikit kebawah untuk memberikan impak dari kawasan tengah lawan.

    Setelah menjaringkan gol ke-2. Pemain tengah Liverpool makin kehilangan cengkaman. Klopp memasukkan Chamberlain dan juga Wijnaldum untuk membentuk 4-5-1 ketika bertahan.

     

    LEICESTER CITY

    Bermula dengan formasi 4-4-1-1. Dengan Gray bermula sebagai penyerang bantuan kepada penyerang utama mereka Jamie Vardy.

    Iborra dan Ndidi menjadi tunjang utama pasukan untuk menyekat kemaraan serangan pasukan Liverpool dimana mereka berjaya mengekangnya pada separuh masa pertama dibantu juga dengan pertahanan mereka yang sangat ketat dan disiplin.

    Leicester yang mendapat gol awal, hanya mampu bertahan dan menunggu serangan balas pada separuh masa pertama. Bertahan dengan 4-5-1 memaksa Liverpool berundur dan tidak dapat menyerang lebih kerap dari kawasan tengah atau separa tengah Leicester.

    Prestasi Morgan dan Maguire yang melakukan jumlah clearance dan tackle yang banyak juga membuatkan serangan Liverpool sedikit tumpul.

    Credit: @11tegen11

    Lihat Passmap diatas, bagaimana Leicester beroperasi. Mereka akan cuba melancarkan bola lebih cepat kepada Vardy/Albrighton/Mahrez yang sering kali menunggu bola sebaris dengan pertahanan Liverpool.

    Tidak banyak pertukaran hantaran diantara pemain tengah dan Vardy. Ini kerana Vardy hanya menunggu umpanan dari jauh dan juga thru passes sahaja.

    Setelah ketinggalan,Leicester melakukan pertukaran dengan memasukkan 2 penyerang. Mereka memperbanyakkan hantaran kedalam Kotak Penalti untuk disudahkan oleh penyerang mereka tersebut. Melalui hantaran lintang dan juga keadaan lontaran masuk. Namun gagal menembusi pertahanan Liverpool.

    Credit: @11tegen11

    PENILAIAN PEMAIN

     

    Hampir keseluruhan permainan tidak diuji. Bolos awal tu tak boleh salahkan dia. Poor passing dari defender. Beberapa kali menangkap bola dengan baok ketika situasi bola mati daripada pihak lawan. Overall baik. Cuma. Clearance kurang power. Sikit nervous gitu.
    (Rating: 6.5)

    Agak kurang padu persembahannya kali ini. Hantaran lintang agak merapu. Ketika bertahan pulak agak sedikit “goyang”. Mujurlah Leicester tak dapat tambahan gol. Poot defending bersama Matip.
    (Rating : 6.0)

    Antara pemain dengan prestasi yang kurang memuaskan semalam. Hantarannya yang tidak tepat kepada Emre Can merupakan punca bolosnya pada minit ke2. Tapi selepas itu beliau beraksi dengan lebih baik dari segi build up games. Beberapa kali dilihat kurang ” komited” ketika bertahan. Beberapa kali mudah saja ditewaskan oleh Vardy dan kemudian Okazaki.
    (Rating : 6.0)

    Bermain dengan baik. Membantu Matip. Membuat satu hadangan penting dari rembatan Mahrez. Mengeluarkan banyak bola hantaran lintang. Ketepatan hantaran 86%. Tiada kesalahan dalam bertahan. Cukup baik. Pair VvD? Mungkin.
    (Rating : 7.0)

    Gagal mengambil bola hantaran ke Mahrez untuk gol pertama. Tak cukup panjang kaki. Hantaran lintang daripada beliau agak kurang menjadi pada perlawanan ini. Ada satu assist, tapi tula Mane Offside. Ahahaha.
    (Rating : 7.0)

    Persembahan yang agak mengecewakan. Kurang memberi perlindungan kepada pertahahan. Terutamanya ketika Liverpool diasak. Kelihatan hilang dari pandangan. Tapi sangat aktif dan berkesan ketika counter attack. Malas nak bertahan ke tu?
    (Rating : 6.5)

    Sama seperti Can. Banyak kali kelihatan goyah dan juga agak kurang cermat ketika membuat hantaran. Mujur beliau memberikan sumbangan terhadap pertahanan. Rasanya tak sesuai dipairkan dengan Emre Can sebagai pivot ditengah. Tapi. Ada jugak assist.
    (Rating : 7.0)

    Agak kurang bebas pergerakannya. Sering di jaga oleh Ndidi. Hantarannya juga kurang menjadi(killer pass). Rembatannya juga banyak diblock oleh pertahanan lawan.
    (Rating : 7.5)

    Bertambah baik permainannya. Satu bantuan gol. Backheel menarik yang di sudahkan oleh Mo.Salah untuk gol pembukaan Liverpool. Tapi beliau ada sedikit masalah dengan first touch dan shooting. Kelaut gais! Ahhaha. Takpa. Pelan-pelan.
    (Rating 7.5)

    Man of the Match. Match winner. Penyelamat? Apa lagi? Ahhaha. Tapi first half ada 2 clear chances tapi tak dapat disudahi dengan baik. Mujur second half gol. Gandingan beliau dengan Mane sudah pulih.
    (Rating : 9.0)

    Bermain lebih “deep” kali ini. Kerana kawalan ketat oleh CB pasukan lawan dan juga DMF. Lebih kurang macam perancang dah. 2 shot on target dari beliau. Kedua-dua jaringan tu, berpunca dari gerakan beliau tau.
    (Rating: 8.5)

    Agak kurang keras sikit permainannya. Banyak melepaskan bola-bola yang tidak sepatutnya. Mujurlah Leicester tak mengambil peluang dengan baik.

    Masuk untuk mengimbangi bahagian tengah yang mula merosot akibat stamina berkurangan. Baik ketika bertahan. Tapi bila dapat bola untuk membuat serangan balas. Agak tamak dan lambat. Entahla.

    Memperkukuhkan lagi benteng pertahanan Liverpool yang diasak hebat ketika itu. Lepas sahaja kemasukannya Leicester terus gagal menyerang dengan baik. Nampak tak?

    RUMUSAN.

    3 mata berharga lagi berjaya dikutip. Kali ini mereka berjaya mengutip mata yang agak sukar. Kemenangan tipis ini menyaksikan Liverpool kekal ditangga ke4 liga.

    Pendakian liga diteruskan lagi, Liverpool kini dibezakan dengan 4 mata daripada pasukan di tangga ke 2 dan 3 mata dibelakang pasukan di tangga ke-3.

    Dengan kemasukan VvD kelak menambah lagi semangat pasukan dalam bertahan.

    Bahagian serangan? dah cukup power dah. hehehe.

     

    “You’ll Never Walk Alone”

    “Walk On! Walk On! Walk On!”