TAKTIKAL ANALISIS (LIVERPOOL vs MANCHESTER CITY)

    TAKTIKAL ANALISIS (LIVERPOOL vs MANCHESTER CITY)

    2914
    0
    SHARE

    LIVERPOOL

    Bermula dengan formasi 4-3-3. Mo.Salah/Firmino/Mane dibarisan hadapan. Di bahagian tengah pula Emre Can Wijnaldum dan Chamberlain.

    Untuk perlawanan ini. Liverpool tidak banyak berlengah dengan penguasaan bola.

    Mereka cepat untuk menghantar bola kepada bahagian serangan.

    Firmino yang bermain sebagai false 9 sangat effektif dalam perlawanan ini. Menarik perhatian pertahanan lawan dan membawa mereka keluar dari posisi asal.

    Kekosongan posisi yang ditinggalkan oleh pertahanan pihak lawan itu terus segera diisi oleh Mo.salah atau Mane.

    Struktur tengah Liverpool yang baik membuatkan kurangnya ruang buat pemain tengah Man City merencana serangan.

    Antara 3 pemain tengah. Mereka akan bergilir. Terutamanya Chamberlain dan Wijnaldum. Jika salah satu naik menyerang, seorang lagi akan stay deep bersama Emre Can untuk mengelakkan Liverpool mudah dibolosi ketika counter attack.

    Dengan Serangan City yang banyak tertumpu ditengah dan akan melancarkan bola ke kawasan sayap jika terlalu padat di tengah. Kedua pemain pertahanan sisi Liverpool nampak bersedia dengan situasi tersebut.

    Pressing yang menjadi keatas pertahanan Man City juga merupakan punca mudahnya Man City melepaskan gol.

    Lihat Passmap ini. Bagaimana pergerakan Liverpool diatur. Chamberlain dengan posisi yang lebih menyerang berbanding Emre Can dan Wijnaldum. Firmino banyak turun ke bawah untuk membuka ruang.

    credit:@11tegen11

     

    MAN CITY

    Bermula dengan formasi 4-1-2-3. Fernandinho akan menjadi defensive Midfield juga quarter back pasukan. Dan didepanya adalah Gundogan dan De Bruyne yang berrindak sebagai free roaming playmaker.

    Dan Aguero/Sterling/Sane sebgai bahagian serangan.

    Man City lebih banyak mengusai bola namun pressing yang padu dari Liverpool membuatkan playmaker City kurang selesa dan melepaskan bola mudah.

    credit : @11tegen11

    Lihat passmap ini, ianya menunjukkan buat pertama kalinya pemain serangan Man City berada jauh dari kotak penalti pasukan lawan. Memeranjatkan?

    Ketepatan dan kelajuan pemain Liverpool melalakukan pressing dan juga dibantu dengan garisan pertahanan yang tinggi membuatkan Man City terpaksa turun sesikit untuk merencana serangan agar tidak terlibat dalam keadaan Offside.

     

    credit : @11tegen11

    PENILAIAN PEMAIN

    Bayangkan berhadapan dengan 4 shot on target dan bolos 3. Anda nilai sendiri. Gugup atau memang dia ada problem nak rebahkan badan? Bolos di near post adalah sesuatu yang memalukan buat penjaga gol. Tapi ada yang positif daripadanya dalam perlawanan ini. Rembatannya agak baik.
    (Rating : 5.5)

    Salah agakan ketika bola diudara adalah masalah utama buatnya. Ingat balik gol pertama Man City. Overall dalam pertembungan bola bawah adalah sangat baik dan mudah menjaga Sane. Bab bola tinggi tu problem sikit.
    (Rating : 6.0)

    Agak baik persembahannya. Menyelamatkan beberapa keadaan bahaya dan melakukan beberapa hadangan penting. Tidak terlalu mengambil bahagian dalam serangan. Tak seperti biasa. Banyak melakukan long pass.
    (Rating : 6.5)

    Diberikan mandat khas dalam perlawanan ini. Menjadi kapten! Tidak memberikan Aguero peluang sama sekali. Tapi bila Emre Can keluar,beliau agak hilang cengkaman ketika bertahan. Gol ke3 Man City akibat beliau gagal tanduk bola.
    (Rating : 6.5)

    Top performer perlawanan ini. Melakukan kerjanya dengan baik. Sehinggakan kita tak perasan bahawan Raheem Sterling bermain. Nampak cara dia pressing? Admin tengok dia pressing,admin yang penat. Terbaik!
    (Rating : 8.0)

    Memberikan komitmen yang baik. Menutup ruang yang ada buat De Bruyne dan Gundogan. Beberapa tackle bersih yang baik dengan rampasan yang baik beliau lakukan. Stay la Can. Sign Kontrak baru oi!
    (Rating : 8.0)

    Menjadi pengapit Emre Can(pivot). Membatu juga barisan serangan jika diperlukan. Mendapat beberapa peluang sebenarnya tapi ada sedikit lambat merembat bola tersebut. Overall sangat baik. Menyambungkan bola dari pertahanan ke pemain serangan dengan baik sekali.
    (Rating 7.0)

     

    Padu! Itulah satu perkataan yang tepat mengambarkan Chamberlain ketika ini. Dengan pressing yang mantap body contacr yang sado membuatkan beberapa orang pemain lawan terpelanting. Hahaha. Satu gol menarik dan assist kepasa gol Firmino sudah membuatkan peminat Lupa akan penjualan Coutinho ke Barcelona. Man of the Match!
    (Rating : 9.5)

    Satu gol. Satu assist. Sudah cukup untuk melengkapkan malam gemilang beliau dan meneruskan rentak cemerlang beliau musim ini. Walaupun pada awalnya dikawal ketat oleh Walker. Lama kelamaan bertambah baik dan lincah. Umpama belut yang sukar buat Walker pegang. Hahaha.
    (Rating:8.5)

    Work rate nya memang tidak dapat disangkal lagi. Dari menyerang sampai bertahan. Semua beliau terjah. Membuat satu track back yang baik dengan menidakkan De Bruyne. Satu gol chipp yang sexy dan satu asisst kepada Chamberlain untuk gol pertama Reds.
    (Rating : 9.0)

    Agak tenang dan tidak terburu-buru. Sebelum menjaringkan gol. Beliau mempunyai peluang terhidang. Percubaannya terkena tiang gol sebelah kiri Ederson. First half agak sendu dan mula agresif pada separuh masa kedua.
    (Rating : 8.0)

    Masuk menggantikan Emre Can namun gagal mengekang kemaraan pasukan Man City. Bolos 2 gol mudah selepas beliau dimasukkan dan memberikan sepakan percuma dengan cuai sekali.

    Agak sedikit try hard. Mendapat peluang dan cuba melakukan gerakan solo. Kalau beliau membuat pass kepada Mane. Mungkin Liverpool dapat merasai gol ke 5.

    Masuk untuk mempertahankan gol dari dibolosi pada penghujung perlawanan. Job done!

     

    RUMUSAN

    Kemenangan yang baik dan penting buat pasukan Liverpool tatkala kelab dikejutkan dengan perpindahan sensasi Coutinho.

    Namun pemain seperti Chamberlain membuktikan bahawa Liverpool bukan “one man team show” dengan Firmino/Mane/Salah beraksi dengan baik sekali.

    Pressing yang menjadi dari pemain Liverpool membuatkan Man City sedikit kurang selesa merencana serangan.

    Karius perlu diberikan sedikit lagi masa untuk membuktikan sesuatu.
    Apa-apa pun kemenangan tetap kemenangan. Enjoy the moments gais!

     

    “You’ll Never Walk Alone”

    “Walk On! Walk On! Walk On!”