TAKTIKAL ANALISIS (LIVERPOOL vs MARIBOR)

    TAKTIKAL ANALISIS (LIVERPOOL vs MARIBOR)

    2370
    0
    SHARE

    LIVERPOOL

    Turun dengan formasi yang hampir sama ketika kunjungan mereka ke Slovenia tempoh hari. 4-3-3 secara asasnya.

    Dan ketika dalam penguasaan bola Liverpool dilihat menekan pihak lawan dengan formasi 3-4-3. Dengan Henderson menjadi extra CB. Dan juga “quater back” untuk menyuap bola dari deep area ke kawasan final third.

    Dengan pihak lawan yang telah di belasah 0-7 ditempat sendiri sebelum ini. Mereka lebih deep defending. Dan Liverpool menghadapi kesukaran untuk memecahkan pertahanan melalui kawasan tengah.

    Liverpool menukar sedikit cara serangan. Lebihkan hantaran lintang dari kawasan sayap untuk memecahkan pertahanan lawan. Dan hasilnya mendapat 2 gol.

    credit:@11tegen11

    Lihat Passmap diatas. Terlihat tidak banyak back passes( Terutamannya ke keeper) yang dilakukan. Dan hanya Moreno dan TAA sahaja yang kerap melakukan backpasses.

    TAA banyak digunakan untuk melancarkan serangan dari sisi. Sementara di sisi yang bertentangan OX menerima begitu banyak bola.

    Dan selain Firmino dan Salah yang menjadi pembuka ruang dibahagian tengah. Milner turut menjadi tumpuan sebagai extra playmaker.

    Sama seperti perlawanan menentang Huddersfield. Liverpool terus bersabar dan mengasak sehinggakan mendapatkan gol pembukaan.

     

    MARIBOR

    Diatas kertas mereka turun dengan formasi 3-4-3. Defensive.

    Tapi sebenarnya. Kebanyakan masa permainan. Dan ketika mereka mengejar bola. Mereka membentuk 5-4-1.

    Mereka cuba bertahan dengan lebih deep untuk melunturkan semangat Liverpool dan cuba menyerang dengan serangan balas. Tapi kebanyakan berjaya dipintas pertahanan Liverpool.

    credit:@11tegen11

    Lihat Passmap diatas. Maribor cuba mengeitploitasikan bahagian pertahanan sisi Liverpool yang begitu menyerang.

    Maribor menggunakan kelajuan 2 wing forwand mereka untuk serangan balas.

    Dengan bertahan lebih deep. Dan memenuhi bahagian tengah. Menyukarkan Liverpool untuk menyerang. Satu cara untuk memecahkan kebuntuan ini adalah dengan menyerang dari bahagian sayap. Hantaran lintang.

    Maribor bertahan dengan baik sekali pada masa pertama. Namun. Selepas Itu.Segalanya tampak Mudah sahaja buat Liverpol mendapatkan gol.

    Selepas dibolosi. Maribor mula melancarkan tekanan. Mula bermain secara terbuka dengan 3-5-2. Dan mula memasukkan berapa pemain serangan mereka.

     

    credit:@11tegen11

     

    PENILAIAN PEMAIN

     

    Selain gaya rambut dan penampilan yang menarik! Save yang beliau lakukan juga menarik. Walaupun hanya berhadapan dengan 1 shot on target. Namun beliau tetap menyelamatkan keadaan dengan baik. Sambil rambut tetap tersikat rapi!

     

    Setelah buntu pada separuh masa pertama. Klopp telah mengarahkan beliau jangan putus asa. Dan menambahkan lagi hantaran lintang ke dalam kotak penalti. 1 assist yang menarik. Dari segi menyerang memang tak dapat disangkal lagi. Tapi bab bertahan. Hmmm. Agak sedikit goyang. Mujur pasukan lawan kurang menyerang dan kurang kualiti bila bola dikaki. Mujur.

     

    Sekali lagi saya nak komen bab tandukan semasa setpis. Terutamanya corner. Menghampakan betul. Bab bertahan sedikit diuji. 2 kali gagal mengekang pemain lawan. Dan berjaya menembusinya dan masuk ke kotak penalti. Mujur Klavan dpt menenangkan keadaan.

     

    Kemas. Simple play. Tiada apa yang mengarut dilakukannya. Bertahan dan membuka permainan dengan baik sekali. Ya kerja utama pertahanan adalah bertahan dengan baik. Dan itulah yang beliau lakukan!

     

    Sama seperti TAA. Klopp arahkan lebih banyak hantaran lintang. Tidak seperti perlawanan sebelum ini. 22 cross 0 assist. Kali ni ada satu assist. Hahaha. Bab bertahan ok sikit. Dapat recover dengan baik. Larian laju dan pintas balik bola. Cuma crossing tu. Kalau curl sikit. Cun kot. Tahla. Apa apa pun terbaik!

     

    Bermain sebagai DMF. Tp hanya 18 minit je. Sebelum Wijnaldum injured. Dan naik pangkat sikit lepas Hendo masuk. Satu gol yang menarik. Menariknya dari segi build up gol tu. One-two power dengan Milner. Banyak passingnya kurang tepat game ini. Tapi cara dia merampas bola agak menarik. Cuma tengok. Macam sikit kurang nafsu. Sebab kontrak ke?? Huhuhh.

     

    Main hanya 18 minit. Salah step masa berlari. Membuatkan buku lali dia terpeleot. Ahhaah. Kesian. Kalau main. Tu komfem ada gol. Home kan.

     

    Masuk menggantikan Wijnaldum dan terus membuat impak yang baik. Hantaran jauhnya agak tepat berbanding perlawan sebelum ini. Dan kurangnya backpasses dari beliau ketika ini. Kecergasan dan ketepatan beliau membanteras serangan pihak lawan. Membuatkan Milner dan Emre Can tidak perlu terlaku memikirkan soal bertahan. Good job kapten!

     

    Fuhhhh. Sejak beliau main semula. Liverpool telah mencatatkan 3 kemenangan. Impressive bukan? Satu miss penalti! Hmmm. Penalti yang baik sebenarnya. Tapi keeper tu membuat agakan yang tepat dan keeper tersebut juga tinggi woi. Membalas kekhilafannya dengan satu Assist untuk Can! Kehadiran Milner memudahkan dan melancarkan serangan Liverpool. Milner ada di mana2. Dan beliau juga menjadi tunjang utama ketika pressing. Bayangkan nanti Lallana dah fit. Ada 4 presser terbaik Liverpool main sekali. Firmino/Henderson/Milner/Lallana. Perghhh!

     

    Pecutan. Kelajuan. Teknik dribble dia memang ok. Hampir saya ingat. Coutinho ada dalam padang(sebab main tempaf Coutinho). First half ok. Cuma kurang power sikit. Tapi second half mula meningkat. Crossingnya juga diperbaiki. Dan ada satu peluang. Tp diblock pertahanan lawan.

     

    7 shot. Hanya 1 gol je dihasilkan. Hehehe. Kena tajamkan lagi finishing tu. Ada 2 kali dia dalam keadaan tak sedia menerima bola. Dan 1 kali clear cut chances dia tanduk melepasi palang. Tapi nasib baik dapat gol. So dapatlah cover semua kekhilafan kan? Hahaha.

     

    Skill dia masa dapat penalti tu? Bukan biasa biasa tu. Tapi tula. Penalti tak masuk. Ahahha. Baik dan menyeluruh permainan dia harini. Dapat buat 3 steal. Dan membuka ruang dengan baik. Ada connection la orang putih cakap. Huhuhu. Sayang tak dapat gol je.

     

    2 gol dalam 2 perlawanan! Not bad ha. Adakah dia akan kembali ke prestasi “SAS”??? Tu kena tunggulah. Satu peluang 1 gol. Clinikal dan typikal bagi seorang striker. Dan khabarnya akan jadi starter untuk EPL. Khabarnya lah.

     

    Masuk untuk mendapatkan minit bermain. Dan mengekalkan intensiti bahagian tengah. Mengawal keadaan dengan baik. Tetapi masa main pun 5 minit je. Takleh puji lebih.hahaha.

     

    RUMUSAN.

    Kemenangan yang baik untuk Liverpool. Menentang pasukan yang bertahan dengan blok rendah. Dan sesekali membuat serangan balas. Dan mendapatkan 3 gol dan tanpa bolos. Apa lagi yang penyokong nak? Bersyukurlah weyh. Ahahah.

    Cuma. Kalau tingatkan intensiti dari awal perlawanan. Mungkin dapat banyak lagi gol(tak bersyukur admin ni).

    Perkara positifnya lagi. Liverpool semakin berani mempelbagaikan serangan mereka. Kali ini dengan memperbanyakkan cross. Ya. Lawan team parking bas ni. Kena la main cross. Kalau tak macam mana nak lepas.

    Good win. Good job. And Good 3 points for the team.

    ” You’ll Never Walk Alone”

    “Walk on! Walk on! Walk on!”