TAKTIKAL ANALISIS (LIVERPOOL vs SOUTHAMPTON)

    TAKTIKAL ANALISIS (LIVERPOOL vs SOUTHAMPTON)

    2535
    0
    SHARE

    LIVERPOOL

    Bermula dengan formasi kegemaran Klopp. 4-3-3. Dengan Coutinho dan Lovren kembali dipilih untuk memulakan permainan.

    Henderson akan menjadi Defensive Midfielder sambil dibantu oleh Wijnaldum yang akan menjadi extra attacker jika diperlukan. Dan menjadi pendamping Henderson ketika di serang. Sementara Coutinho akan diberikan lesen untuk lebih menyerang bagi menyuap bola kepada trio serangan Liverpoool.

    Dan Liverpool akan membentuk 4-5-1 ketika ketiadaan penguasaan bola. Ini memberikan lebih perlindungan buat pertahanan. Lihat bagaimana Salah membantu TAA ketika bertahan dan Mane membantu Moreno.

    Dengan Southampton dilihat agak baik secara defensifnya. Klopp cuba menggunakan Kawasan tengah untuk memecahkan benteng Southampton.

    credit:@11tegen11

    Lihat. Henderson berada betul-betul dihadapan Center Back dan Wijnaldum akan berhubung dengan beliau.

    Sementara Coutinho dan Firmino akan bergandingan untuk memberikan suapan dan membuka ruang untuk Salah dan Mane yang menunggu sebagai inside forward.

    Dan Moreno dan Taa akan memberikan bantuan sekiranya Liverpool memerlukan lebih pemain dibahagian sayap.

    Pertukaran dan kelajuan pada Mane Dan Salah. Membuatkan Coutinho Mudah untuk membuat “killer pass” dan sekaligus menyukarkan pertahanan Soton untuk membuat marking.

     

     

    SOUTHAMPTON

     

    Bermula dengan formasi 4-2-3-1 dan bermain secaara counter attack. meletakkan 3 pemain serangan yang laju dihadapan 2 defensif midfielder. Dan penyerang mereka Shane Long yang mempunyai kelajuan yang baik dan agak hebat jika perebutan bola diudara.

    25 minit pertama Southampton bermain dengan baik. berjaya mengekang barisan serangan Liverpool dan sangat disiplin bertahan. tapi setelah gol pertama Liverpool terhasil, mereka agak kucar kacir, seperti kehilangan semangat.

    credit:@11tegen11

     

    Lihat passmap ini, kelihatan Soton cuba menyerang dari sebelah Kiri dan Kanan pertahanan Liverpool dimana untuk Kali ini Liverpool menggunakan pendedahan yang agak tinggi oleh pertahanan sisi Liverpool.

    Ruang antara pertahanan tengah dan pertahanan sisi dalam taktikal Liverpool merupakan ruang yang paling terdedah, namun kelemahan pemain tengah Soton gagal menghukum kelemahan Liverpool ini, Steven Davis beraksi dibawah par. Dan sering kali gagal melindungi barisan pertahana Soton dan memaksa Romeu bekerja sendirian.

    Dan juga Boufal agak kerap melakukan aksi solo dan berjaya dikekang barisan pertahanan Liverpool.

     

    credit:@11tegen11

     

    PENILAIAN PEMAIN

     

    Tiada shot on target yang Soton lakukan? Bermakan Beliau tak diuji. Cleansheet lagi buat beliau! Ada satu moment tu. First Half. Selamber je dia gelecek striker Soton. Hahaha.

     

    Antara aksi terbaiknya dalam Liga. Walaupun gagal memberikan impak yang wow dalam bab serangan. Tapi sangat komited dan cepat menutup ruang ketika.bertahan. dan walaupun diuji oleh Boufal dan Redmond. Beliau tetap tenang. Ada satu moment dia hampir menjaringkan gol. Tp berjaya di halang VVD dan Keeper Soton.

     

    Ramai yang menjangkakan Liverpool akan bolos lepas sahaja berita Matip tak dpt diturunkan. Membuktikan yang ramai fans silap pasal beliau termasuk saya. Bermain dengan baik sekali dibahagian CB kanan. Membuatkan penyerang Soton kelihatam kecil semasa perebutan bola diudara. Antara faktor lain. Henderson lebih memberikan tumpuan pada membantu bahagian pertahanan. Tapi moment yang saya tak dapat lupakan dan tergelak. Macam mana dia boleh bertindak kasar kat VVD. macam nak patahkan je kaki member tu. hahahha.

     

    Macam biasa. Susah nak carik salah dan nak komen beliau. Menjaga kawasan dengan baik sekali. Passing yang tepat untuk membantu pasukan build up game dengan baik sekali dari bahagian bawah. Macam biasa skill acah2 dia memang terbaik!

     

    Agak sedikit tenggelam aksi beliau. Ya. Memberikan bahagian kiri Liverpool lebih pilihan ketika serangan. Tapi final ballnya mengecewakan. Hantaran lintangnya tidak menepati sasaran. Dan di halang. Hurmmm. Takpalah. Janji tak bolos. Walaupun ada beberapa ketika kawasannya dipelopori oleh pemain Soton. Namun dapat kembali dan recover dengan baik.

     

    Lebih deep. Dan lebih fokus membantu bahagian pertahanan. Dan kurang backpasses dari beliau kali ini. Ada satu moments beliau di tegur oleh fans Liverpool dalam Stadium kerana melambatkan hantaran kedepan walhal pemain lain sudah berlari. Namun beliau tenang. Sambil membuat isyarat tangan agar mereka semua tenang. Hahaha.

     

    Membantu menstabilkan dan menjadi penyambung antara bahagian pertahanan dan serangan. Sesekali menjadi extra attacker apabila Liverpool menyerang. Membuat satu shot menarik dari luar kotak penalti namun berjaya ditepis keluar keeper Soton.

     

    Lincah. Kreatif. Padu. Dan muka ada senyum. Merupakan beberapa perkataan yang mengambarkan aksi beliau. Nampak cergas dan sharp. Dikeluarkan awal atas faktor nak mainkan dia pada UCL minggu ni la. Satu gol dan satu assist menarik. Not bad ha? Jangan sakit belakang lagi dahla. Hahaha.

     

    Man of the Match. 2 gol sumbangannya menjadikannya pemain dengan jaringan terbanyak dalam 12 penampilan liga untuk LFC. Dengan 9 gol. Memadam rekod yang dipegang Robbie Fowler sebelum ini. Walaupun terdapat 2 lagi peluang yang mudah untuk diterjemahkan menjadi gol. Tapi takpalah 2 gol. Jangan tamak sangat. Nanti orang lain sambar. Ahhahaha.

     

    Setelah dikhabarkan mengalami kecederaan. Akhirnya Mane turun menentang bekas rakan sepasukannya. Walaupun kelihatan sedikit kurang cergas dan sharp. Beliau tetap mempamerkan persembahan yang baik. Mengucar ngacirkan perrahanan lawan.

     

    “Hero yang tak didendang” antara komen yang fans berikan terhadap penyerang Liverpool ini. Beliau nampak seperti terlalu “try hard” untuk menjaringkan gol. Teruramanya pada separuh masa kedua. Tapi ketiga-tiga gol berpunca daripada beliau. Tahu tak? Gol pertama. Beliau merampas balik bola setelah Liverpool gagal dalam Corner. Gol kedua. Beliau membuat larian masuk ke dalam dan membuatkan VVD keluar dari posisinya untuk merapati Beliau. Dan membolehkan Salah mendapat ruang di belakang VVD. Gol ketiga. Setelah membuat pertukaran hantaran yang baik bersama Mane. Hasil daripada rembatan padu beliau. Bola muntah dan jatuh betul-betul dihadapan Countinho. Ok. Awak MOTM di hati saya!

     

    Hmmm. Agak kecewa sebenarnya bila melihat beliau dimasukkan. Hahaha. Dahla taknak sambung kontrak kan. Larian masuk ke dalam Kotak penalti tu dah padu dah. Tapi sayang. Taknak pass kawan. Patut bagi je Grujic main. Pendapat peribadi saya.

     

    Setelah beraksi cemerlang dalam beberapa perlawanan. Beliau di mainkan dari bangku simpanan semula. Beraksi baik. Dan hampir membuat assist. Tapi sayang Firmino gagal menyungkit bola. Dalam 15 minit masa beliau bermain. Tidak banyak aksi yang dapat beliau rakamkan. Dengan Liverpool dah selesa mendahului pulak.

     

    Patut masuk lebih awl mengantikan Coutinho. Dan Can tak perlu masuk. Ahhaaha. Macam biasa. Tak pernah mengecewakan bila dimasukkan. Bertenaga. Dan berjaya menyerap serangan Soton pada lewat permainan.

     

    RUMUSAN

    Satu lagi kemenangan buat pasukan Liverpool, satu Lagi 3 mata berharga dan satu lagi kemenangan dengan perbezaan 3 gol.

    Dan yang baiknya, Liverpool sangat jarang memenangi perlawanan selepas berakhirnya rehat antarabangsa, diharapkan pemain Liverpool terus konsisten. Next Game? Sevilla dalam Liga Juara Juara Eropah sebelum menentang Chelsea awal pagi ahad ini.

    Dengan kembalinya Pemain pemain utama yang sebelum ini tercedera. diharap Klopp mampu merencanakan sesuatu yang lagi power selepas ini.

    Tiada gol lagi untuk Firmino? tak mengapa. kami semua nampak usaha anda. keep it up Firmino! YNWA.

     

     

    “You’ll Never Walk Alone”

    “walk on! walk on! walk on!”