TAKTIKAL ANALISIS (LIVERPOOL vs SPARTAK MOSCOW)

    TAKTIKAL ANALISIS (LIVERPOOL vs SPARTAK MOSCOW)

    2177
    0
    SHARE

    LIVERPOOL

    Pabila line up dikeluarkan ramai beranggapan Klopp bakal bermain menggunakan formasi kegemaran beliau. 4-3-3.

    Namun ketika perlawanan sedang berlangsung. Dilihat Liverpool mengunaka formasi 4-4-2 secara asasnya. Dengan Salah Dan Firmino sebagai Striker. Floating Striker. Kedudukan mereka berubah ubah dan tidak statik.

    Dan ketika menyerang Liverpool akan bertindak menjadi 2-4-4. Dimana Coutinho dan Mane masing-masing akan menjadi insde forward dibantu oleh Fullbacks masing-masing di wide area.

    Untuk kali ini. Liverpool dilihat membenarkan Spartak memiliki penguasaan bola. Dan akan membuat pressing yang agresif ketika bola di kaki pemain pertahanan Spartak atau pemain tengah mereka. Dan beberapa kali taktik ini berhasil dan Liverpool berjaya mendapatkan gol melalui serang balas pantas.

    Dua pivot ditengah. Emre Can dan Wijnaldum tidak terlalu dikerah untuk melakukan key passes kreatif atau membawa bola kedepan. Tugas mereka mudah. Hanya menyalurkan bola daripada defend ke bahagian serangan sahaja. Dan Emre dan Wijnaldum melakuakan dengan baik dan cepat.

    Masuk separuh masa kedua. Liverpool yang sudah mendahului 3-0. Dijangka mengendurkan sedikit perlawanan. Tapi. Mereka terus membuat pressing dan tidak membenarkan pasukan Lawan untuk settle down.

    Kawasan Kiri Spartak menjadi tumpuan Liverpool dengan kelajuan Mane dan kelemahan pertahanan kiri Spartak yang sudah mempunyai kad kuning.

     

    SPARTAK MOSCOW

     

    Jika sebelum ini mereka tampil dengan taktikal yang agak bertahan. Kalo ini. Seimbang. 4-3-3.

     

    Dengan 2 pemain tengah bertahan menjadi pivot bagi memberi perlindungan tambahan buat pertahanan Spartak.

    2 forward Winger yang dibantu oleh penyerang untuk memecahkan pertahanan Liverpool.

    Spartak bermula dengan langkah kiri. Apabila. Mereka gagal settle down. Dan sering membuatkan misplaced pass. Walaupun mereka mempunyai penguasaan bola yang tinggi.

    Mereka terlalu bergantung kepada Inside forward sebelah kiri mereka Quincy Promes yang cuba menyerang Gomez. Setelah tidak berjaya melepasi Gomez. Promes menyerang dibahagian Moreno. Namun hasilnya tetap sama.

    Ketidak efektifnya barisan Tengah membuka ruang buat memudahkan pemain lain membuat hantaran juga merupakan faktor mereka sering tidah menjadi. Terutamanya dibahagian tengah.

    Penyerang mereka yang agak statik dan mengharapkan hantaran tinggi sahaja daripada rakan-rakan membuatkan CB Liverpool mudah membaca taktik tersebut.

    Overall. Spartak bermain sangat teruk. Terutamanya bab hantaran. Membuat hantarann yang tidak tepat dan lemah.

    Kegagalan Defensive Midfielder mematikan serangan 4 serangkai Liverpool juga menjadi faktor kekalahan mereka.

     

     

    PENILAIAN PEMAIN

     

    Clean sheet dan melakukan beberapa saves penting. Tidak mengelabah. Cuma satu ketika tu jela. Keluar terlalu awal padahal Joe Gomez boleh handle. Nasib baik rempuham tu tak buatkan dia injured. Semakin Konfident corak permainannya. Dan boleh buat short pass. Hehehe.
    (Rating:7.5)

    Setelah baik dari sakit. Terus mendapat tempat. Kerana pemain pertahanan Liverpool sangat terhad. Baik persembahan bertahannya. Cuma kadang-kadang ada sedikit leka. Tapi okla. Dapat recover balik dengan kelajuan dan tackle dia. Good job!
    (Rating:7.0)

    Main diposisi CB sebelah kanan. Memang jaranglah beliau buat silap dalam posisi ini. Dengan bantuan dari Emre Can dan Wijnaldum begitu juga ketepatan beliau membaca serangan lawan. Membuatkan pertahanan Liverpool nampak kuat. Cuma. Ketepatan hantaran jauhnya untuk perlawanan ini. Agak kurang. Dikeluarkan awl untuk simpan dia la game ahad ni.
    (Rating:7.0)

    Ada 2 hadangan penting dalam kotak penalti dari beliau. Selain membaca serangan lawan dengan tepat. Beliau membuat beberapa hantaran jauh yang baik kepada Mane. Macam biasa. Takkan terlepas untuk membuat aksi “Klavan Turn”. padu!
    (Rating:7.5)

    Sebelum dikeluarkan akibat kecederaan. Beliau beraksi baik sekali. Membuat beberapa larian kedalah kotak penalti. Dan membina kesefahaman yang baik dengan Coutinho.
    (Rating:7.0)

    Dengan formasi ini. Beliau tidak perlu menyerang dan terlalu kedepan sebenarnya. Tapi dah kalau kepala dah terbiasa pikir menyerang je. Memang akan menyerang la. Membuat beberapa hantaran menarik. Salah satunya membuatkan gol. Awal mendapat kad kuning. Tapi sebenarnya tackle yang baik. Cuma sebab dia hulur stud dan agak tinggi. Nampak macam bahaya.
    (Rating:8.0)

    Berpasangan dengan Emre Can di bahagian tengah. Membuat permainan yang mudah sahaja. Simple pass. Dan membuka ruang kepada rakan lain. Defensive contribution yang sangat tinggi daripada beliau. Tak sempat pemain pasukan lawan nak serang. Bola dah kena rampas. Good!
    (Rating:7.0)

    Man of the Match! 3 gol. Hatrick! Membuatkan serangan Liverpool cepat dan tajam. Sudah 2 game perform. Dan harap dikekalkan la konsistensinya tu. Hahaha. Dan harapnya tak sakit belakang la. Hahahah.
    (Rating:10)

    Walaupun banyak peluang terhidang untuknya pada separuh masa pertama. Beliau gagal menyempurnakan satu pun. Tapi. Masuk je separuh masa pertama. Beliau menbuat satu volley yang menarik. Dan menambah satu lagi gol hasil umpanan yang menarik dari Struridge. Nasib la Sturridge tak tamak.
    (Rating:9.0)

    Setelah beberapa kali mendapatkan ruang dan peluang. Dan membuat satu assist (mendapatkan penalti). Salah akhirnya mendapat gol juga pada minit akhir perlawanan. Selain itu. Salah kerap mencipta peluang untuk rakan sepasukan. Kelajuan dan gelecekan beliau sentiasa menjadi masalah kepada pasukan lawan.
    (Rating:9.5)

    Satu gol dan satu assist. Antara pemain yang menjayakan pressing dalam pasukan Liverpool. Cepat bertindak dan juga tidak tamak. Selain itu. Beliau juga bertanggung jawab memecah belahkan pertahanan pasukan Lawan dengan fake runnya. Good job!
    (Rating:9.5)

    Hatrick juga! Tapi hatrick assists. Gol ke 4,5 dan 7. Power. Membuktikan bermain dimana sahaja bahagian bukan penghalang untuk beliau membuat hantaran menarik. Haahha.
    (Rating:8.5)

    Masuk bagi merehatkan Lovren. Dan menolak Gomez menjadi CB. Tidak diuji dengan serius oleh pihak lawan. Tapi. Cara dia intercept dan mendapatkan bola semula memang terbaik. Mungkin dia banyak lagi tenaga masa tu. Yela. Baru masuk lak.
    (Rating:7.00)

    Walaupun agak lambat diturunkan. Namun begitu. Tetap juga Sturrigde membuat 1 assist. Agak bernafsu menyerang. Namun sayang. Masa menyumburi beliau. Berjaya mengelecek keeper dan dijatuhkan. Tapi tiada sebarang sepakan penalti diberikan.
    (Rating:6.5)

    RUMUSAN

    Keberkesanan pressing telah membuatkan semuanya nampak mudah dan pantas buat Liverpool. 2 floating striker ternyata membuatkan pertahanan lawan lagi keliru dan sukar membuat marking.

    Diharapkan para pemain dapat meneruskan momentum dan konsistensi pasukan ketika ini.

    Lepas ni Merseyside Derby gais!

     

    “You’ll Never Walk Alone”

    “Walk On! Walk On! Walk On”