TAKTIKAL ANALISIS (LIVERPOOL vs SWANSEA)

    TAKTIKAL ANALISIS (LIVERPOOL vs SWANSEA)

    622
    0
    SHARE

    LIVERPOOL

    Liverpool bermula dengan Formasi kegemaran Klopp. 4-3-3. Dengan Emre Can sebagai Defensive Midfielder dibantu oleh Chamberlain dan Wijnaldum.

    Coutinho di bahagian serangan Kiri dan Mo.Salah dikanan. Firmino sebagai peneraju utama serangan Liverpool sebagai false nine.

     

    Serangan Liverpool lebih berpusat disebelah kiri. Dengan Coutinho sebagai perancang utama. Beliau bermain disebelah kiri dan akan menyelusup masuk ke kawasan tengah ketika mendapatkan bola. Sambil kawasan kiri tersebut akan digantikan oleh pertahanan kiri Liverpool iaitu Robertson untuk memberikan pilihan di kawasan wide pertahanan lawan.

    Firmino juga akan kerap turun kebawah untuk membuka ruang dan pilihan bagi pemain Liverpool lain untuk membuat hantaran kepadanya. Sambil Mo.Salah mengambil peluang menyelinap masuk ke kawasan tengah pertahanan lawan.

    Ketiadaan pemain yang dapat membuat hantaran kehadapan dengan baik dalam skuad Liverpool memerlukan Wijnaldum, Emre Can dan Chamberlain mengerah tenaga untuk membawa bola kehadapan.

    Mo.Salah yang sering kawasan tengah kotak penalti lawan membuatkan Trent Alexander-Arnold sering kali terlepas dari jagaan pertahanan pihak lawan.

     

     

    SWANSEA

    Swansea bermula dengan formas 4-5-1 flat. Dengan Midfield berlima mereka akan cuba menghalang bahagian serangan Liverpool dengan cara memblock ruang. Dan tidak dengan pressing yang agresif.

    Cara ini menyebabkan taktikal pressing Liverpool kurang efektif pada separuh masa pertama.

    Masalah utama Swansea adalah. Ketiadaan pemain yang dapat memberikan sumbangan ditengah kawasan pertahanan Liverpool.

    Lihat Passmap diatas. Leroy Fer kurang mendapat bola. Dan juga McBurnie juga.

    Oleh kerana kawasan tersebut merupakan kawasan yang paling mudah untuk Liverpool mendapatkan bola jika pasukan Lawan masuk ke kawasan tersebut.


     

     

     

    PENILAIAN PEMAIN

    Walaupun melakukan persembahan yang teruk pada perlawanan lalu. Tetap menjadi pilihan Klopp untuk memulakan perlawanan ini. Hampir tidak diuji dalam keseluruhan permainan. Tapi ada percubaan menarik dari penyerang Swansea pada masa kecederaan. Hampir gol. Mujur dapat diselamatkannya. Kalau tak. Memang jadi bahan makian la. Hahahah.
    (Rating:6.5)

    Bermain agak goyah pada separuh masa pertama dan awal separuh masa kedua. Dan tiba-tiba mendapat rentak. Kena rasuk ke? Hahha. Sering kali gagal bertahan dengan baik. Terutamanya bola tinggi. Masuk Separuh masa kedua bermain dengan baik. Melakukan 3 interception yang baik. Dan gol! Gol pertamanya di Anfield. Lepas skor. Terus bernafsu!
    (Rating:7.5)

    Sekembalinya dari kecederaan. Terus bermain sebagai pemain utama. Yela. Bagi merehatkan Lovren. Walaupun tidak banyak diuji. Namun ada beberapa keadaan cemas dan gagal dikeluarkan baik oleh Beliau. Cuma dari segi passing. Hampir sempurna. Ketepatan 86%. Cuma defending tu. Kena keras sikit.
    (Rating:6.5)

    Pertahanan Terbaik Liverpool ketika ini. Long passes yang menarik. Beberapa kali hampir membuahkan gol. Tu belum cerita pasal dia punya Turn yang mengelirukan pihak lawan. Terlalu tenang ketika bawak bola. Dan sangat rilek la. Hahaha. Melakukan satu block penting selepas Matip tersalah defending. Overall. Memang terbaik!
    (Rating:7.5)

    Semakin baik dan utuh permainannya. Bab bertahan memang baik. Walaupun ada beberapa ketika terlepas. Namun berjaya mengawal keadaan. Melakukan satu rembatan yang sedikit sahaja tersasar diatas palang.
    (Rating:7.0)

    Separuh masa pertama agak sedikit suram. Dan banyak bola daripadanya kurang tepat. Dan hampir dikeluarkan akibat kecederaan. Namun dalam separuh masa kedua. Beberapa kali berjaya melakukan pass yang menarik masuk ke dalam kotak penalti. Overall persembahannya ok. Cuma. Macam kurang inzal. Sebab tak dapat naik menyerang. Klopp suruh stay deep.
    (Rating:7.0)

    Peranan beliau adalah untuk mengawal tempo permainan. Tiada kesilapan dalam permainannya. Cuma kadang-kadang try hard sangat nak bawak solo sampai ke dalam kotak penalti. Hahaha. Tapi overall permainan baik. Mengawal tengah dengan cemerlang.
    (Rating:6.5)

    Menjaringkan 1 gol. Dan mempunyai beberapa rembatan kearah gol. Namun. Prestasinya tidak begitu baik. Kerana beberapa pressing yang kurang cepat dan pantas. Tapi semangatnya untuk mengejar kembali bola. Dan membantu rakan bertahan sangatlah dipuji. Gol pun cantikk oii.
    (Rating:7.0)

    Man of the Match kali ini! Satu gol pembukaan yang menarik. Dan 1 assist kepada Firmino untuk gol pembukaan separuh masa kedua. Dan beberapa lagi hantaran yang baik. Dengan kelajuan yang Pemain Liverpool miliki. Mudah buat beliau membuat hantaran thru ke hadapan.
    (Rating:9.5)

    Walaupun tidak dapat menjaringkan gol. Dan banyak peluang yang gagal diterjemahkannya. Assist kedua beliau memang mulia. Boleh skor tu. Tapi pass ke Firmino. 2 assists dicatatkan oleh beliau. Takpa Salah. Lepasni kau pulak skor.
    (Rating:8.0)

    Antara top performances perlawanan ini. Walaupun gagal menjaringkan gol dihujung separuh masa pertama. Sayang. Tinggal penjaga gol je kot. Hahahah. Tapi dengan 2 gol sudaj cukup bagi melupakan kedukaan diseparuh masa pertama itu. Selain membuka ruang. Jasanya dalam membuat pressing sangat berharga. Harapnya beliau boleh terus konsiten dan menjaringkan gol.
    (Rating:9.5)

    Masuk bagi mengembalikan ketajaman dan memberikan minit masa bermain untuk beliau. Nampak agak berkarat. Tapi. Bab turn tu masih padu. Cuma agak sedikit tamak la. Hehehe. Takpa. Bab pressing masih boleh dibaiki. Lama sangat tak main.

    Masih belum rezeki beliau. Ahhahha. Satu tap in yang berjaya dihalang keeper lawan. Dan satu volley menarik sedikit tersasar. Kalau tak boleh la cetak gol pertama. Takpa. Sabar2. Saat indah kan menjelma juaa.

    Masuk terus bermain di pertahanan kiri. Dan berjaya menyelusup masuk ke dalam kotak penalti pihak lawan. Sekurang-kurangnya ada 3 kali. Namun. Gagal disempurnakan oleh rakan-rakan.

    RUMUSAN

    Liverpool kini tiada masalah untuk menjaringkan gol. Cuma perlu melakukan gol pendahuluan sahaja dan gol lain akan menyusul.

    Dengan penambahan Virgil Van Dijk pada Januari ini akan menambahkan lagi kekebalan dibenteng pertahanan Liverpool.

    Diharap Liverpool terus konsisten dan pemain terus bernafsu menjaringkan GOL.

     

    “YOU’LL NEVER WALK ALONE”

    “WALK ON! WALK ON! WALK ON!”