TAKTIKAL ANALISIS (LIVERPOOL vs WEST BROM.)

    TAKTIKAL ANALISIS (LIVERPOOL vs WEST BROM.)

    632
    0
    SHARE

    LIVERPOOL

    Liverpool menggunakan hampir skuad yang sama ketika dikalahkan oleh Swansea selasa lalu. Cuma Mignolet, Trent Alexander Arnold dan Moreno sahaja pemain yang masuk menggantikan Karius, Gomez dan Robertson.

    4-3-3 ketika dalam keadaan biasa dan 4-5-1 ketika bertahan adalah formasi yang digunakan. Namun bezanya kali ini adalah intensiti yang diberikan oleh bahagian Midfield.

    Emre Can, Wijnaldum dan Chamberlain gagal menandingi midfield pasukan West Brom.

    Liverpool sering kali ditewaskan ketika perebutan bola ditengah dan memaksa pemain pertahanan untuk keluar dari posisi dan melakukan hadangan. Dan dalam beberapa keadaan pemain pertahanan silap perkiraan dan terbukanya ruang untuk pasukan lawan melakukan percubaan.

    Masuk separuh masa kedua, Liverpool masih gagal meningkatkan persembahan terutamanya midfield bertiga nampak tiada idea dan tiada kesungguhan.

    Kemasukan Henderson memberikan Wijnaldum dan Milner lesen untuk lebih menyerang bagi membantu bahagian serangan memecahkan benteng pasukan lawan.

    Long pass dari Henderson mempercepatkan proses serangan. Namun kualiti hantaran lintang daripada pemain di bahagian sayap pula menghampakan.

     

     

    WEST BROMWICH.

    Sistem 4-5-1 pada awalnya dan menjadi 5-3-1 ketika bertahan menyukarkan Liverpool untuk mendapatkan peluang menjaringkan gol.

    Dan ketika menyerang West Brom pantas membuat hantaran pendek dalam keadaan pasukan menjadi 4-4-2. Apabila Rodriguez menjadi second striker dibelakang Hal Robson Kanu. Hasilnya Rodriguez mendapatkan 2 gol pantas buat West brom.

    West Brom bertahan dengan disiplin yang baik dan menyerang Liverpool dengan Counter attack dan situasi bola mati.

    Penguasaan dan hadangan yang baik dikawasan tengah. Dan melepaskan bola dengan cepat ke kawasan sayap sering menjadi taktik pasukan West Brom dalam perlawanan ini.

    Menutup ruang di tengah, bermaksud memaksa pasukan lawan bermain secara hantaran lintang untuk memecah masuk ke dalam kawasan penalti, namun ketinggian dan keupayaan baik pertahana West Brom dalam menangani bola tinggi membuatkan pasukan lawan buntu.

    PENILAIAN PEMAIN

    Tanpa sebarang save. Dan bolos 3 kali dalam separuh masa pertama. Gol pertama WestBrom memang baik, top notch, sukar untuk mana-mana penjaga gol selamatkan. Tapi untuk gol lain tu boleh diselamatkan. Sangat kecewa dengan prestasi beliau.

    Hantaran lintang tidak tepat. Kebanyyakannya ditangkap oleh Golkeeper dan juga tersasar. Nampak cara bertahan pun agak lemah. Serba tidak menjadi. Terlalu gabra?

    Gol ke3 WestBrom berpunca daripada beliau. Beliau gagal mengeluarkan bola dari kawasan bahaya Liverpool. Sepatutnya membuat clearance menggunakan kaki kiri namun beliau memilih untuk menguis bola ke belakang, itupun tak kena. Hahaha. dari segi membaca bola dan membuka ruang dan merencana serangan still dia terbaik.

    Apa sudah jadi? Seperti hilang power je. Hahaha. Agak lemau ketika bertahan. Walaupun begitu still dapat menang perebutan bola diudara. Dan ada satu effort on target.

    Paling mengecewakan. Dan saya paling kurang gemar. Lagi prefer Robertson sebenarnya. Huhuhu. Dahla ketika bertahan kurang membantu. Time menyerang lagi lah. Hantaran lintang merapu. Lepastu misplaced passing. Kecewa teruk tengok dia.

    Hilang dari sebarang aksi. Tapi muncul untuk melakukan foul terhadap pasukan lawan. Hahahah. Semenjak jadi kapten ni. Sendu je game dia. Dah boleh kot tolak pelahan-lahan ke kelab lain. Sangat kurang contribution pada perlawanan kali ini.

    Seperti Emre Can. Agak tenggelam persembahannya. Tapi masih lagi ok dalam soal bertahan. Memenangi bola kembali. Tapi dari segi menyerang, nampak senyap. Tiada killer pass dari beliau.

    Saya hampir terlupa bahawa beliau diturunkan dalam perlawanan ini. Tiada semangat untuk mendapatkan bola. Nampak agak lemah ketika bertahan. Dan gagal membantu barisan hadapan untuk mencipta gol.

    Seperti biasa, beliau akan diberikan penjagaan yang ketat oleh pertahanan lawan. Namun begitu. Masih lagi dapat mencipta peluang dan Shot on gol. Tidak terlalu teruk permainannya.

    Agak banyak ruang yang diperolehi olehnya, namun bagi saya beliau agak sedikit lambat membuat hantaran ketika mendapat peluang dalam kotak penalti. Sedikit lambat membuat keputusan.

    Penalti miss? Ini penalti kedua yang beliau gagal jaringkan berturut-turut. Tidak mendapatkan peluang yang baik dalam perlawanan ini. Banyak kali terpaksa turun kebawah untuk bertahan dan juga mendapatkan bola.

    Mendapat 1 peluang dan shot on target namun rembatannya berjaya ditepis keluar oleh Foster. Link up play yang baik dan juga bijak mencari ruang. Cuma finishing kena asah lagi. Kasi tajam!

    Rindu aksi beliau? Tula bila ada korang kutuk-kutuk. Memberikan Liverpool nafas dan kreativi di bahagian tengah setelah Emre Can dan Wijnaldum buntu. Long passesnya mudah memecahkan benteng pasukan lawan. Namun kegagalan pemain di bahagian sayap melakukan hantaran susulan, sangat mendukacitkan.

    Memberikan sumbangan yang baik sejak dimasukkan, memberikan Liverpool lebih kualiti dibahagian sayap.

    RUMUSAN

    Liverpool kini sedang menghadapi krisis “gagal menang dengan team parking bas”. 2 perlawanan berturut-turut Liverpool gagal menang ketika menentang pasukan bawahan liga.

    Faktornya disini adalah, Liverpool gagal bertahan dalam sebuah unit. Dan lagi satu adalah midfield Liverpool agak kurang kreativi. Kemasukan semula Henderson diharap dapat dipergunakan sebaiknya, kerana Henderson memilki keupayaan untuk membuat hantaran kedepan yang baik.

     

    ” You’ll Never Walk Alone”

    “Walk On! Walk On! Walk On!”