TAKTIKAL ANALISIS (LIVERPOOL vs WEST BROMWICH ALBION)

    TAKTIKAL ANALISIS (LIVERPOOL vs WEST BROMWICH ALBION)

    875
    0
    SHARE

    LIVERPOOL

    Bermula dengan formasi yang sama ketika menentang Everton. 4-4-2. Dengan Mane dan Coutinho sebagai pemain tengah Menyerang di bahagian sisi.

    Liverpool banyak memulakan serangan dari arah Coutinho dan menghalakan kebahagian Salah.

    Fullbacks pasukan TAA dan Robertson menunggu dikawasan wide untuk menguasai kawasan wide lawan.

    Namun taktik ini kurang berkesan terhadap West Brom yang terlalu deep bertahan.

    Dan Klopp mengubah taktik dan bentuk pasukan pada separuh masa kedua.

    4-3-3 dengan Emre Can di tengah bertahanan. Coutinho sebagai killer passer dan perancang utama. sementara Wijnaldum sesekali membantu Coutinho dalam bahagian serangan.

    Liverpool cuba menguasai kawasan tengah. Dan memanfaatkan keberadaan Firnino di kawasan tengah. Beliau berjaya membuka permainan. Namun pasukan Liverpool gagal menyermpurnakan peluang.

    Dan seterusnya. Dihujung-hujung perlawanan. Klopp mengambil pendekatan menyerang menggunakan hantaran lintang dengan lebih kerap setelah kemasukan Solanke. Berhasil menjaringkan gol namun gol tersebut dibatalkan kerana dikatakan terkena tangan Solanke.

     

    WEST BROM

     

    Turun dengan formasi 4-4-3. Formasi yang diguna pakai oleh Alan Pardew semenjak mengambil alih pasukan ini.

    Keseluruhan permainan. West brom sebenarnya menggunakan pendekatan formasi 4-5-1. Dengan Hal Robson dan McClean akan turun ke bawah membentuk Midfield ber5 bagi menyekat pemain tengah Liverpool yang agak rancak menyerang.

    West Brom turun dengan plan mudah. Bertahan dan menyerang melalui serang balas.

    Mereka menggunakan 3 kaedah serangan dalam menyerang kubu pertahanan Liverpool yang diketahui ramai. agak rapuh.

    1)Menyerang melalui serang balas menggunakan McClean yang laju. Dan cuba memanipulasikan TAA yang agak kecil dan muda pengalamannya.

    2)bola tinggi kepada Rondon. Rondon akan cuba mengekalkan penguasaan bola dan menunggu rakan-rakan naik membantu.

    3)daripada Setpis. Sepakan penjuru dan Free kick. Mereka tidak terburu-buru dalam membuat sepakan. Kerana mereka perlu memanfaatkan sepenuhnya peluang ini.

     

    PENILAIAN PEMAIN

    2 saves penting dari beliau. Satu dari Free kick. Satu dari Corner. Semakin baik dan confident persembahan beliau. Ada satu moment tu agak geram dengan beliau. Masa keeper WestBrom ambik freekick. Dan bola Beliau dapat tangkap. Tapi taknak buat long drop kick. Keeper outposition kot.
    (Rating:7.0)

    Sangat baik ketika menyerang. Membuat 3 key passes tapi gagal disempurnakan oleh bahagian serangan. Tapi bab bertahan agak sedikit goyah terutamanya bola tinggi. Beberapa kali dilihat gagal membuat clearance yang baik menggunakan kepala.
    (Rating:7.0)

    No nonsense defending daripada beliau. Walaupun beberapa kali diuji penyerang pihak lawan. Namun beliau tetap membuat pertahanan dengan baik. Melakukan 3 clearance header dengan baik. Tapi bab long diagonal pass. Ada kelaut sikit.
    (Rating:7.0)

    Antara pemain pertahanan paling konsisten buat Liverpool ketika ini. Bertahan dan menyerang dengan baik. Walaupun diasak oleh Rondon. Namun beliau tetap teguh mempertahankan kubunya. Membuat clearance dengan cepat dan play safe.
    (Rating:7.0)

    Memberikam kelajuan dan pilihan di bahagiam wide Liverpool. Tapi kali ini kurang sikit hantaran lintang yang beliau lakukan. Dan seperti biasa. Persembahan beliau baik dari segi menyerang dan bertahan. Membuat satu shot yang diblock oleh pertahanan lawan.
    (Rating:7.0)

    Gagal mengawal emosinya seketika. Kad kuning terus diberikan. Peratusan hantaran tepat yang terendah jika dibandingkan dengan pemain tengah yang lain. Kerap menyerang pada masa pertama. Kerap stay deep dan lepak dengan Klavan Lovren untuk mengawal Counter attack dari pihak lawan pada separuh masa kedua.
    (Rating:6.5)

    Keseluruhan bermain dengan baik. Memenuhi ruang. Dan memberikan banyak pilihan bagi pemain lain untuk membuat hantaran. Tapi ada 2 moments yang bagi saya. Beliau membuat tindakan yang lambat dan kurang tepat. Dua peluang tersebut hadir didalam kotak penalti. Sayang giler!
    (Rating:6.5)

    Membuat 5 key passes tapi kali ini. Gagal dibaca dengan baik oleh Salah. Dan faktor angin yang tidak menyebelahi Liverpool pada separuh masa ke2. Membuatkan beliau tidak membuat percubaan dari jarak jauh. Keseluruhannya ok. Defending mantap. Dan serang dengan baik.
    (Rating:7.0)

    Setelah dikecam hebat minggu lalu. Beliau turun untuk membuktikan sesuatu. Ternyata Beliau masih belum menemui rentak dan formnya pada awal musim tempoh hari. Poor first touch masa counter attack. Dan juga percubaan sedikit tersasar. Lebih team play kali ini.
    (Rating:7.0)

    Tiada gol kali ini untuk beliau. Dijaga rapi oleh 3 pertahanaan pihak lawan. Mampu juga membuat 3 shot on gol. Termasuk 1 tandukan yang tersasar. Unlucky!
    (Rating:7.0)

    Mempunyai satu chance terbaik pada separuh masa pertama. Dan meletakkan bola jauh dari gawang gol. Lebih kerap menyerang pada separuh masa ke2. Namun tidak dapatkan gol yang dicarik.
    (Rating :7.0)

    Masuk untuk memberikan ancaman dan kelajuan dari bahagian Kiri. Agak menjadi. Cuma. Finishing kurang tajam. 2 shot on target dalam masa yang singkat. Unlucky!
    (Rating:7.5)

    Gol dibatalkan! Walaupun pada mulanya. Pengadil utama membuat isyarat ke tengah padang menandakan gol tersebut sah. Dan beberapa ketika kemudian. Gol dibatalkan. Komentator siap pelik lagi. Siapa yang batalkan gol tu? Tangan ghaib? Hahaha. Selain memberikan kecepatan dan fizikal dalam serangan Liverpool. Solanke juga membuat 2 shot. Dan salah satunya. Diselamatkan Hegazi dihadapan gol setelah Foster ditewaskan Oleh Chamberlian.
    (Rating:7.5)

    Masuk menggantikan TAA yang agak goyah ketika bertahan. Satu Assist yang dibatalkan. Hahaha. Selain itu. Dapat kita lihat banyak hantaran yang beliau lakukan. Menjadi. Cuma. Lambat dimasukkan.
    (Rating:7.0)

     

    RUMUSAN

    Ramai yang mengeluh. Dikatanya Klopp tak tahu nak menangani team parking bas. Hahaha. Sebenarnya dah ada cara. Cuma biasalah. Setiap perlawanan. Dengan nasib dan form pemain berbeza. Hari lain boleh gol sampai 5 bijik. Hari lain seri sahaja.

    Persembahan keseluruhan amat menarik. Dan cuma peluang tu gagal disudahkan dengan sempurna dan ada gol dibatalkan.

    Move on to next game. Dan better luck this time. Dan Mane mendapag formnya semula.

     

    “You’ll Never Walk Alone”

    “Walk on! Walk on! Walk on!”