TAKTIKAL ANALISIS (MARIBOR VS LIVERPOOL)

    TAKTIKAL ANALISIS (MARIBOR VS LIVERPOOL)

    2058
    0
    SHARE

    LIVERPOOL.

    Diatas kertas Liverpool turun dengan Formasi kegemaran Klopp iaitu 4-3-3.

    Beza kali ini adalah kemasukan Milner, Emre Can mengambil alih tugas Henderson dan Gomez direhatkan setelah aksi memukau ketika menentang Man Utd.

    Seperti perlawanan sebelum ini, Liverpool menggunakan sepenuhnya penguasaan di bahagian tengah, dan Fullback berkedudukan agak tinggi untuk menutup dan memanipulasikan bahagian sayap.

    Formasi Liverpool dengan penguasaan bola,

    Coutinho sebagai Playmaker utama pasukan, dan Firmino Dan Salah akan membuka ruang. Milner dan Wijnaldum sebagai penghubung antara barisan pertahanan dan serangan,

    Yang lebih unik lagi adalah peranan Emre Can.Bukan Sahaja sebagai Midfield Bertahan, beliau boleh membantu barisan serangan, beberapa kali dia dilihat melakukan larian deras kearah gol pasukan Layan dan mengucar kacirkan barisan pertahanan lawan.

    Beliau juga akan membantu menjaga kawasan pertahanan dan bertindak sebagai Center Back sementara, apabila Matip/Lovren Outposition.

    credit:@11tegen11

    PassMap diatas menunjukkan Liverpool memanfaatkan sepenuhnya Coutinho dibahagian Tengah. dan Fullbacks digunakan untuk menarik Pertahanan Lawan agar tidak terlalu bertahan ke kawasan tengah.

    Selain Coutinho, Milner juga menjadi pusat serangan LIverpool, banyak Forward pass yang Milner hasilkan kepada bahagian serangan LIverpool,

    Faktor kebekersanan Pressing juga menjadi punca tersumbangnya gol yang banyak ini. Milner dan Emre Can antara individu yang cemerlang ketika pressing. SYABAS!

    MARIBOR.

    Bermula dengan Formasi 4-2-3-1 diatas kertas. Maribor mempertaruhakan taktikal yang agak berani berbanding pasukan lain ketika menentang Liverpool.

    Maribor bertahan dengan Formasi berbeza. menggunakan 4-4-2 untuk menuetralkan bahagian serangan Liverpool. Namun kekurangan kelajuan dan fokus pada pertahanan sisi dan pemain tengah. membuatkan mereka mudah ditewaskan oleh pasukan Liverpool.

    Jika bukan kerana kecemerlangan barisan Center Back Maribor dan penjaga gol, mungkin boleh tewas lebih tinggi jaringan.

    credit:@11tegen11

     

    PENILAIAN PEMAIN.

     

    Selain meludah ke sarung tangannya setiap kali Liverpool menjaringkan gol. Karius melakukan 1 saves penting buat Liverpool. Dan itupun masa First half. Tapi sebab taknak la nampak macam gaji buta. So beberapa kali dia keluar dari Kotak penalti. Serta melakukan gelecekan. Dan terlibat dalam build up play. 4 games 2 clean sheets so far untuk dia!

     

    Masih perlu dipertingkatkan cara bertahan. Walaupun dapat menjaringkan gol. Overall performance kurang memuaskan. Cara menyerang juga tidak begitu “tajam”. Terlalu mengikut gerak Matip sehinggakan kawasan sendiri tidak dijaga. Mujur Milner memberikan bantuan yang baik. Dan ada jugak la admin nampak Lovren dan Milner maki dia. Hahahaha.

     

    Walaupun kurang diasak. Tapi pabila Maribor melancarkan serangan. Nampak betul kelam kabut. Banyak Kali out position. Tapi dengan kecemerlangan Emre Can dan Lovren selalu je menutup ruang yang Matip tinggalkan.

     

    Satu lagi persembahan “padu” dari beliau. Simple game. Short dan long passnya menjadi. Dan paling penting. Berjaya menanduk bola dengan baik. Dan membuat clearance yang baik jika diancam. Haters mana haters??? Ahahaa

     

    Tiada komen negatif untuk dia dalam game ni. Menyerang dengan baik. 1 assist. 3 key passes. 4 hantaran lintang bahaya. 2 shot. Mengambarkan betapa meningkatnya persembahan beliau. Walaupun naik menyerang. Namun dapat kembali semula untuk bertahan. Dan dibantu oleh Emre dan Lovren ketika outposition.

     

    Boleh tak bagi beliau main DMF setiap game??? Solid performance. Membantu barisan pertahanan bila diserang. Menjadi extra CB sekali sekali. Dan menjadi extra attacker jugak. Apa beza beliau dengan Henderson? Ya! Beliau bukan sahaja boleh melakukan pass. Malah boleh membawa bola lebih jauh kedepan. Opkos. Bertahan juga terbaik!

    Setelah lama diperam. Milner seperti mau lepas geram! “Bagai harimau dilepaskan dari sangkar”. Memberikan servis yang baik kepada barisan hadapan. Melancarkan pergerakan bola dari pertahanan ke serangan. Satu assist menarik untuk Coutinho. Dan berjaya melakukan 3 shots!

     

    Sama fungsi dengan Milner. Tapi beliau dari bahagian kiri. Mempunyai beberapa peluang. Namun biasalah. Away games. Mana dia nak skor. Ahhahaa.

    Antara top performance malam ni. 2 gol dan 1 assist. Membuktikan yang pembelian dia betul-betul berbaloi. Hahaha. Sikap tamaknya sebelum ini dikikis. Sebab tu dapat 2 gol tu. “Bila kita memberi(assist) kita akan dapat balasan yang baik(gol)” hahahaha.

     

    1 gol 2 assist. Dan beberapa killer pass dan “tarian” yang memperdaya player lawan. Selebihnya kalian nilai la sendiri. Power sangat. Hahahaha. Kembali kepada prestasi asalnya. Memberikan kelebihan kepada Liverpool.

     

    Lepas potong rambut terus skor. Hahahaa. Punyalah dia baik sampai taknak claim gol ke4 Liverpool tu. Kalau tak Hatrick tuuu. Hahaha. Game sebelum pun dah nampak perubahan. Game ni dapat gol! Ehhehe. Semoga terus konsisten. Ingat pesan admin ni. “Kau pakai jersey no 9. Kena skor!”

    Tidak tamak dalam perlawanan ni. Buktinya! Sanggup assist kepada pemain baru tu. Dan gol itu jugak berpunca dari pressing beliau. Fuhhhh. Bukan sahaja dah fit. Pressing pun boleh! Keep it up Encik Sotong!

     

    Gol pertama untuk Liverpool! Setelah dikecam hebat oleh fans(bukan admin. admin minat gila kat dia). Ox membuktikan yang beliau patut diberi tumpuan. Masuk je dah buat shot. Tapi off target la. Ahhahaa.

    Masih menunggu gol pertamanya. Melakukan satu shot. Tapi di block pertahanan lawan. Lepas dia dapat first gol. Komfem lepastu gol macam air je. Hahahaha. Bayangkan dari budak muda yang hanya bermain di youth team Chelsea. Kepada pemain yang beraksi di UCL. Impressive!

     

     

    RUMUSAN.

    Keputusan yang baik. Dan dapat menaikkan moral pasukan. Bayangkan sebelum ni berapa banyak shot tapi tak gol. Hahahaa. Okla dapat 7 gol. Walaupun segelintir berpendapat “alaaaa,lawan Maribor boleh la”.

    Dah move on! Next game lawan Spurs.

    YNWA!