TAKTIKAL ANALISIS (Newcastle vs Liverpool)

    TAKTIKAL ANALISIS (Newcastle vs Liverpool)

    141
    0
    SHARE

    LIVERPOOL

    Dengan bulan September yang menghampakan. Liverpool turun pada Hari pertama pada bulan Oktober untuk bangkit.Dengan menurunkan skuad yang berbeza, dan Sturridge diletakkan sebagai teraju utama bahagian serangan yang masih menggunakan asas formasi 4-3-3.

    Masih masalah yang sama pada separuh masa pertama. Penguasaan yang tinggi terhadap bola. Tapi gagal memanfaatkan peluang yang terhidang. Dan mudah ditewaskan dengan Hantaran terus ke Bahagian pertahanan. Midfield Liverpool kurang compact dan Pertahanan mudah ditewaskan kerana terlalu tinggi garisan bertahan mereka.

     

     

    Memasuki separuh masa kedua. Liverpool merubah sedikit Formasi. dengan meletakkan Wijnaldum lebih kebawah sedikit, untuk membantu Henderson dibahagian tengah.Dan menyerahkan sepenuhnya kuasa Merancang serangan kepada Coutinho.

     

     

    Lihat Pass Map Liverpool ini, Banyak sekali pertukaran-pertukaran hantaran.Mane dan Coutinho antara Individu yang paling banyak menerima bola ketika dikawasan pihak lawan, dan Salah nampak kurang menyerlah untuk perlawanan ini,

     

    NEWCASTLE UNITED

    Turun dengan Formasi 4-2-3-1 kegemaran Benitez. Dengan Shelvey yang begitu agresif dan mempunyai vision pass yang menarik begitu juga Merino. Mudah membuli pemain tengah Liverpool ketika bola dikaki mereka,

     

    Selain 2 nama yang disebut tadi, Christian Atsu yang bermain sebagai pemain sayap kiri. Sering kali menjadi pilihan untuk diberikan bola kepadanya ketika menyerang, dan tentunya Yedlin antara pertahanan yang menyerlah dapat menagkis serangan daripada Coutinho/Moreno/Mane.

    Dengan pertahanan yang agak deep bertahan,selain mempunyai Midfield yang boleh melakukan Killer pass dengan baik untuk melancarkan serang balas kilat dan menghukum pertahanan Liverpool.

    Namun Selepas separuh masa kedua, kekuatan Midfield Newcastle dapat diseimbangkan dengan bantuan Wijnaldum.