TAKTIKAL ANALISIS | PERMAINAN TERBUKA VS ISOLATED PERTAHANAN – LIVERPOOL DIMALUKAN OLEH...

    TAKTIKAL ANALISIS | PERMAINAN TERBUKA VS ISOLATED PERTAHANAN – LIVERPOOL DIMALUKAN OLEH MANCESTER CITY

    912
    0
    SHARE

    Liverpool menentang Mancester City. Salah satu perlawanan tumpuan musim ini di Premier League. Kedua-dua pasukan diramal akan bersaing di carta liga sehinggalah hujung musim.

    Sampai sekarang, saya masih menganggap Mancester City dan Liverpool memiliki banyak persamaan melalui taktikal.

    Secara faktanya, kedua-dua pasukan mengekalkan penguasaan bola (ball possession) sehingga 59-61% secara purata di Premier League.

    TAKTIKAL…

    Disamping itu, mereka juga menggunakan taktikal yang sama iaitu 4-3-3 dengan masing-masing menggunakan 2 pemain sayap, seorang all-round striker, dua orang attacking midfielder dan seorang defensive midfielder. Mereka juga menggunakan full back naik keatas untuk membantu serangan.

    Untuk itu, kedua-dua pasukan perlu mengikat 2 pemain sayap/penyerang dalam situasi satu lawan satu, jika tidak, pasti peluang menjaringkan gol terbuka luas.

    TAKTIKAL MAN CITY…

    Dalam musim ini, dalam permainan yang diketegorikan permainan terbuka, Mancester City menggunakan 3 pertahanan tengah dengan barisan midfield yang sempit (narrow) dibantu pula dengan seorang Defensive Midfielder (Fernandinho).

    Ianya akan membentuk formasi 3-1-4-2 ketika menyerang.

    APA YANG TERJADI?

    Untuk 30 minit pertama, saya akui Liverpool menguasai perlawanan. Namun, selepas kejadian kad merah Sadio Mane, perlawanan itu adalah milik Mancester City.

    Kehilangan Sadio Mane memberikan kelegaan kepada barisan pertahanan termahal Premier League. Bagaimanapun, Mancester City berjaya menjaringkan gol awal melalui Aguero pada minit 25 perlawanan sebelum Jesus menambah derita buat Liverpool di separuh masa pertama.

    Saya fikir selepas 45 minit perlawanan, Jurgen Klopp memberikan “kemenangan” kepada Mancester City. Liverpool mengubah taktikalnya kepada “safe mode“. Mohamed Salah dimasukkan dengan memberikan debut pertama buat Mr Ox disamping mengubah taktikal kepada 5-3-2 (sebenarnya 5-3-1) kerana ingin menciptakan skuad bayangan dengan Mancester City dengan mahu melakukan build up play dari kawasan bawah.

    UBAH TAKTIKAL MAKIN TERUK…

    Sebaliknya terjadi. Perancangan gagal oleh Jurgen Klopp. Selepas separuh masa pertama, Mancester City tetap dengan taktikal menyerang. Lebih malang lagi buat Liverpool, walaupun mengubah taktikal untuk menciptakan barisan pertahanan yang kompak, mereka gagal memegang bola dan daya kreativiti mereka dipaku secukupnya oleh Aguero dan Bruyne.

    Sekali lagi Aguero memecahkan perangkap offside sebelum mencipta bantuan gol kepada Jesus. Selepas itu, Leroy Sane dimasukkan dan menambah derita pihak pelawat.

    TALKING POINT MANCESTER CITY VS LIVERPOOL

    Segala butiran akan dibincangkan secara mendalam dibawah 5 topik khas ini. Antaranya adalah:

    1) Pengadil ubah perlawanan?

    2) Pertahanan Liverpool lembap

    3) Bruyne adalah hero!

    4) Liverpool tiada semangat pejuang?

    5) Ubah taktikal punca kemusnahan

    TALKING POINT

    1) PENGADIL UBAH PERLAWANAN?

    Kad merah Sadio Mane dirumuskan oleh saya adalah kurang bernasib baik. Manakala Gary Neville, merasakan kad kuning adalah wajar manakala lagenda Liverpool, Carragher mengatakan Sadio Mane sepatutnya dilayan kad merah.

    Manakala, pengadil terkenal Premier League, Mark Clattenburg mengatakan ianya adalah kesilapan besar. Sadio Mane harus dilayan kad kuning sahaja.

    Difikiran saya sekali lagi mengatakan Sadio Mane kurang bernasib baik kerana lariannya menuju bola dan bukannya Ederson yang juga amat bagus. Bola 50-50 sukar diagak tetapi apa yang berlaku kepada Ederson amat malang.

    Malangnya Sadio Mane….

    2) PERTAHANAN LIVERPOOL YANG LEMBAP?

    Bayangkan Mancester City berjaya menjaringkan 5 gol dan 2 gol lagi dibatalkan kerana offside.

    Saya fikir gol ke 5 Mancester City oleh Leroy Sane adalah world class yang sukar dihalang lagi.

    Selebihnya, barisan pertahanan harus menghalangnya. Adakah anda bersetuju dengan saya?

    Jesus menjaringkan dua gol buat Mancester City dimana kedua-dua pertahanan tengah Liverpool, Matip dan Klavan “hilang“, mereka jelas kelihatan kurang pantas berbanding Aguero dan Jesus.

    Kevin Bruyne melakukan thru ball cantik untuk gol pertama oleh Aguero manakala Fernandinho melakukan perkara sama untuk gol ketiga Mancester City.

    Paling malang lagi, beberapa kali pertahanan Liverpool bernasib baik dengan menyelamatkan bola di garisan gol ataupun tindakan menyelamat Mignolet agak mantap. Jika tidak, paling Liverpool akan kalah 10-0.

    Ya, Liverpool kehilangan seorang pemain. Saya faham…

    Ya, Liverpool lawan dengan pasukan yang bagus seperti Mancester City. Saya faham…

    Tetapi tidaklah semudah itu gawang Liverpool dibolosi?

    Apabila anda menukar kepada gaya “bertahan” di separuh masa kedua, sekurang-kurangnya anda harus mempertahankan keputusan, tetapi hakikatnya, ianya mendedahkan kelemahan pertahanan Liverpool yang rapuh.

    3) BRUYNE ADALAH HERO!

    Menurut pengurus Mancester City, Bruyne adalah pemain yang lengkap dan itulah wang yang dibayar oleh Mancester City dengan harga £54 mill pada tahun 2015.

    Dengan kadar infilasi pasaran pemain sekarang, Bruyne adalah lebih murah daripada kualiti yang ada milikinya.

    Dia adalah senjata utama dalam kemenangan 5-0 dan mempamerkan aksi yang luar biasa di kawasan tengah kerana di posisinya itu, dia diberi kebebasan untuk lebih ke bawah atau ke atas tetapi juga diberi kebebasan menukar arah serangan.

    Dengan David Silva ibarat penyair buat Mancester City, Bruyne pula ibarat irama yang indah buat penyokong Mancester City. 😤

    4) PEMAIN LIVERPOOL TIADA SEMANGAT PEJUANG?

    Perlawanan hanya 45 minit sahaja. Selebihnya adalah persiapan untuk perlawanan Champions League?

    Apabila hari malang anda seperti pemain mendapat kad merah atau patah kaki sekalipun, Liverpool perlu menunjukkan karakter sebagai pejuang.

    Anda boleh mengatakan Jurgen Klopp menjual perlawanan itu untuk Champions League tetapi ianya tidak adil buat peminat Liverpool secara amnya.

    Liverpool terus menerus membuang bola dan meletakkan pressure kepada pertahanan Liverpool. Akibatnya, Liverpool sendiri terkial-kial mengejar bola.

    5) UBAH TAKTIKAL PUNCA KEMUSNAHAN…

    Saya fikir Liverpool jarang menukar taktikalnya dibawah Jurgen Klopp. Jika adapun, ianya sekadar variasi taktikal sahaja.

    4-3-3 kepada 5-3-1 (Selepas kehilangan Mane)

    Dengan menciptakan pasukan bayangan kepada Mancester City adalah tindakan yang betul oleh Jurgen Klopp tetapi pemainnya gagal memahami taktikalnya.

    Sebagai contoh, Trent diubah posisinya daripada pertahanan kanan kepada right wing back. Akibatnya, dia kelihatan terkial-kial memahami posisi sepatutnya ketika bertahan dan menyerang.

    Sebagai perbandinganya, Mendy menguasai bahagian kanan Liverpool dengan depth cross yang berjaya membantu menghasilkan gol buat Leroy Sane.

    KESIMPULAN…

    Saya percaya ini adalah proses pembelajaran yang bagus buat Liverpool. Saya gembira Liverpool kalah awal kerana ada masa lagi untuk Jurgen Klopp membaiki taktikalnya.

    Saya merasakan ini akan membuatkan semua orang tersentak…

    Ya…tersentak lebih awal lagi bagus daripada menyesal dikemudian hari wahai peminat Liverpool.

    YNWA

    #duone_starz #kplm