TAKTIKAL ANALISIS (STOKE CITY vs LIVERPOOL)

    TAKTIKAL ANALISIS (STOKE CITY vs LIVERPOOL)

    1885
    0
    SHARE

    LIVERPOOL

    Bermain dengan formasi sama seperti menentang Westham tempoh hari. 4-4-2. Solanke start!

    Formasi yang dilihat dengan mudah menembusi back 3 atau back 5 sesebuah pasukan digunakan kali ini. Dengan pace dan speed yang ada pada Chamberlain dan Mane memudahkan Liverpool menusuk masuk ke pertahanan Stoke.

    Dengan skop serangan dikurangkan pada bahagian sayap membuatkan wingback Stoke sedikit sukar untuk mengawal pemain.

    2 midfield iaitu Emre Can dan Wijnaldum akan stay deep bersama back 4 dan hanya sesekali sahaja Wijnaldum menjadi extra attacker, iaitu jika masa dan ruang yang sesuai.

    30 minit awal permainan Liverpool menguasai perlawanan, dan mendapatkan gol, dengan permainan pantas dan Firmino bersama Solanke bergerak sebagai floating Striker menyukarkan pertahanan Stoke untuk membuat marking keatas mereka.

    Menuju penghujung separuh masa pertama tamat. Stoke menukar formasi dan memanipulasikan kebocoran pada kawasan Moreno.

    Masuk separuh masa Kedua juga, Stoke meningkatkan tekanan, dengan cuba melepasi Midfield Liverpool dengan long pass kepada penyerang mereka, dan keadaan ini membuatkan pertahanan Liverpool kucar kacir akibat kekurangan bantuan daripada pemain tengah. dan Klopp membuat pertukaran formasi dan pemain.

    Kembali dengan Formasi utamanya musim ini 4-3-3 untuk menyerap asakan. dan Mane dan Salah bersedia untuk melancarkan counter attack, boom! berhasil.

    credit:@11tegen11

    Lihat passmap ini, bagaimana corak serangan Pasukan Liverpool. Pemain tengah tidak terlalu mengambil bahagian dalam serangan. kebanyyakan bola mereka dihantar ke bahagian tepi. LIhat passmap Mane. dimana Mane menjadi tumpuan dan Chamberlain sering disconnected daripada pemain lain, Seperti biasa Firmino sangat membantu dikawasan pertahanan pihak lawan.

     

    STOKE

    Bermula dengan Formasi 3-4-2-1 ketika menyerang. dan membentuk 5-4-1 ketika bertahan. Mencoba untuk bertahan dan bertindak dengan counter attack. Pada mulanya!

    Namun Gol awal dari Liverpool membuatkan pengurus Stoke merasakan bahawa mereka perlukan lebih pemain dibahagian serangan, dan tidak juga melupakan tentang kualiti counter attack yang Liverpool miliki, Mereka bermain 4-4-2.

    Diouf yang pada mulanya menjadi Wingback dikerah menjadi penyerang untuk mengambil second ball daripada Crouch, taktik ini berhasil dan kerap mendatangkan masalah kepada pertahanan Liverpool. dan hantaran lintang paling kerap masuk melalui kawasan Moreno.

    credit:@11tegen11

    Lihat passmap ini, Betapa Fokusnya serangan Stoke dikawasan kanan(Kiri Liverpool). Bola lebih banyak dimainkan dikawasan tersebut. Faktor Choupo-Moting sering kehilangan bola atau disconnected dari rakan sepasukan juga menjadi faktornya. Peter Crouch menjadi target Man. dan Allen/Shaqiri menjadi second ball winner.

    Namun kegagalan mereka memanfaatkan peluang membuatkan semuanya mudah bagi Liverpool,unlucky!

     

    credit:@11tegen11

     

    PENILAIAN PEMAIN

     

    Tiada ancaman yang betul-betul memerlukan beliau membuat big saves. Tapi ada 2 moments penting yang menjadi turning points dalam perlawanan ini. Foulnya terhadap penyerang Stoke sepatutnya red card. Tapi beliau bernasib baik. Sepatutnya Matip perlu mengeluarkan bola dari kawasan bahaya dengan lebih cepat. Beliau juga menyelamatkan percubaan jarak jauh pemain Stoke. Selain itu. Beliau berjaya menidakkan segala hantaran lintang yang menuju ke gawang gol. Sama ada menangkap atau menumbuk keluar.
    (Rating:7)

    Membuatkan Stoke tidak begitu berani untuk melancarkan serangan dari bahagian kiri(Stoke). Mudah mematikan ancaman melalui hantaran jauh atau thru pass. Berjasa atas gol pertama Liverpool. Semakin kemas corak permainannya dari segi bertahan dan menyerang.
    (Rating:7)

    Bertahan dengan baik. Walaupun ada beberapa kali agak “kantoi” namun berjaya diselamatkan¬† dengan baik oleh rakan sepasukan. Membuat 2 tackle penting untuk menidakkan penyerang Stoke. Selain itu ok.
    (Rating:7)

    Baik dari kecederaan terus beraksi atas sebab kecederaan Klavan. Agak tenang dalam perlawanan ini. Sebab. Emre Can mengambil tugas sebagai stopper untuk bertarung diudara bersama Crouch. Membuat 3 clearance daripada hantaran Lintang. Tiada defending mengelabah daripada beliau. Terbaik.
    (Rating: 7)

    Permulaan yang baik. Mengawal Diouf dan Shaqiri dengan baik. Tapi. Tiba-tiba hilang arah dipertengahan separuh masa pertama. Selepas Stoke mengubah formasi. Seperti Moreno hilang pedoman. Hahaha. Sangat clueless dan mudah Shaqiri memanafaat kebocoran dibahagian Moreno. Mujur hantaran Pemain Stoke tidak begitu berhasil dan dibantu Mignolet yang kerap keluar untuk menangkap bola. Seperti biasa. Kawasan beliau menjadi tumpuan utama serangan pihak lawan. Hampir berjaya melalakukan sesuatu daripada counter attack. Tapi rembatannya berjaya dihalang. Antara pemain yang pertama sampai ke kawasan lawan ketika counter attack dilancarkan.
    (Rating: 6.5)

    Bermain dengan baik dan berjaya mengekang Crouch. Menjadi Stopper yang penting buat Liverpool pada perlawanan ini. Namun ada beberapa kali misplaced pass dan menyebabkan kubu Liverpool terancam. Kurang menyerang atas faktor posisinya yang lebih kebawah. Banyak membantu bahagian pertahanan.
    (Rating:7)

    Seperti biasa. Beliau antara penyambung dari bahagian pertahanan dan serangan yang terbaik Liverpool ada ketika ini. Mengekalkan bola dengan baik. Dan membantu kelancaran serangan. Sayang tiada gol terhasil daripada beliau. Yela. Away kan. Biasa beliau gol home je.
    (Rating:7.5)

    Sangat membantu ketika pasukan kehilngan bola. Namum agak sikit tenggelam ketika menyerang. Dan jarang diberikan bola ketika menyerang. Membuat beberapa hantaran yang baik kepada rakan sepasukan. Hampir hilang ketenangan apabila hampir bergaduh dengan Martins Indi. Namun berjaya ditenangkan oleh Klopp.
    (Rating:6.5)

    Satu gol dan satu assist. Satu miss chances one on one dengan Keeper pada separuh masa pertama telah dimaafkan kerana beliau mendapat satu Gol dan Assist. Sejak pulih dari kecederaan. Nampak seperti sedikit berhati-hati. Dan semestinya. Kurang “tajam” sikit. Takpalah. Next game meletup la tu.
    (Rating:8.5)

    First start dalam Epl untuk beliau. Hampir mendapatkan debut yang sempurna. Kalau. Beliau dapat menterjemahkan peluang beliau menjadi gol dan Mane menyempurnakan hantaran beliau. Sepatutnya keluar dengan sangat bergaya dengan 1 gol dan 2 assists. Tapi takpalah. 1 assist dan 66minit dalam Epl menentang Stoke pun apa kurang hebatnya. Agak tenggelam pada separuh masa kedua.
    (Rating : 8)

    Seperti biasa. Jika hanya melihat di livescore. Nampak seperti tiada jasa pulak diberikan oleh Beliau. Tapi. Hanya yang menonton Perlawanan penuh sahaja yang dapat menyaksikan jasa sebenar beliau. Mengetuai pressong dengan sangat baik sekali. Beberapa kali membuatkan pemain Stoke kehilangan bola. Dan membuka ruang kepada pemain lain. Contohnya membuat one+two baik dengan Solanke. Namun pemain muda itu gagal menyempurnakan peluang tersebut. “Hero yang tak didendang”
    (Rating:8.5)

    Dikala Stoke sedang mengasak hebat. Klopp memasukkan beliau unuk menambah power pada bahagian tengah Liverpool. Mengawal keadaan dengan baik. Dan membantu mempercepatkan serangan.
    (Rating: 6.5)

    Super sub! Man of the Match! Walaupun ramai yang merungut pada awalnya sebab beliau takda dalam senarai kesebelasan utama(kes ambik dia kapten fantasy). Namun Beliau terus mengandakan jaringan beliau. Dan semakin tajam didepan gol. 2 peluang. 2 shot on target. 2 gol. Tak cukup tajam ke? Huhuhu.
    (Rating:10)

    Masuk sekadar untuk meningkatkan penguasaan bola Liverpool. Walaupun masuk pada minit-minit akhir perlawanan. Tetap dapat membuat passing yang banyak.
    (Rating:tiada)

     

    RUMUSAN

    3 gol. 3 mata. Dan another Clean Sheet. Membuatkan Liverpool masih lagi dalam persaingan merebut kejuaran. Yang pastinya. Liverpool semakin hampir untuk memasuki carta top 4.

    Dengan kembalinya kesemua key player. Dan ditambah dengan form berapi daripada Mo.Salah. Membuatkan Liverpool antara pasukan yang “enjoy to watch”.

    Mengalahkan pasukan yang kuat ketika bertahan seperti Stoke merupakan satu motivasi buat skuad Klopp yang telah beberapa kali berjaya mengalahkan pasukan yang kebiasaannya sukar ditewaskan Oleh Liverpool pada musim-musim lalu.

    Tapi yang merisaukan adalah. Kalau clean sheet lagi ni. Kang januari tak beli pertahanan. Hahaahaa.

     

    ” You’ll Never Walk Alone”
    “Walk on! Walk on! Walk on!”