TAKTIKAL ANALISIS (SWANSEA vs LIVERPOOL)

    TAKTIKAL ANALISIS (SWANSEA vs LIVERPOOL)

    886
    0
    SHARE

    LIVERPOOL

    Bermula dengan formasi 4-3-3. Namun mereka bermain lebih kepada 4-2-1-3. Dengan Emre Can dan Wijnaldum sebagai Pivot dibelakang Chamberlain.

    Dengan Mo.Salah yang dirantai terutamanya pada separuh masa pertama membuatkan Joe Gomez perlu naik dan membatu bahagian serangan Liverpool disayap kanan.

    Satu yang berbeza sedikit pada perlawanan ini, adalah peranan Matip. Apabila Matip merancang atau memulakan serangan, Emre Can akan bersama-sama Van dijk mengawasi benteng terakhi Liverpool.

    Matip sebagai Ball Playing Centerback yang mampu naik keatas dan menjadi playmaker untuk Liverpool.

    Separuh masa kedua Liverpool meningkatkan intensiti dan mula menyerang dikawasan tengah pasukan Swansea dan hanpir mendapatkan gol.

    Transisi yang cepat dan pertukaran hantaran dengan pantas hampir mengalahkan benteng padu Swansea.

    Satu lagi aspek yang perlu Liverpool baiki adalah percubaan jarak jauh. Kurang tepat.

     

    SWANSEA CITY

    Bermula dengan 3 pertahanan. 3-5-2 ketika penguasaan bola. Dan dalam kebanyakan masa perlawanan mereka bertahan dengan 5-4-1.

    Dengan membentuk 2 lapisan pertahanan dan betul-betul mengawasi bahagian tengah mereka agar tidak dimanipulasikan oleh Firmino.

    Setiap kali Liverpool dengan penguasaan bola. 9 pemain Swansea akan bertahan dengan disiplin dan mengawasi tempat masing-masing.

    Mereka tidak menekan pemain Liverpool. Hanya Ayew sahaja yang cuba menekan pertahanan Liverpool yang mempunyai bola. Selebihnya mereka hanya tunggu di kawasan masing-masing.

    Untuk menyerang juga Swansea memilih beberapa keadaan sahaja. Seperti Set piece dan Counter attack. Mereka akan menyerang secara bersemangat dalam dua keadaan ini.

     

     

    PENILAIAN PEMAIN

    Satu shot. Satu bolos. Hehehe. Tapi kali ini bukan salah beliau. Zonal Marking ketika bertahan setpis yang bermasalah. Tak banyak aksi beliau pada perlawanan.

     

     


    Bermain dengan baik daripada perlawanan sebelum ini. Walaupun ada beberapa kali ter’kantoi’ bila misplaces tackle. Tapi dapat mengimbangi semula. Satu Shot yang tidak menepati sasaran. Dan beberapa hantaran lintang yang kurang menjadi.

     


    Ball playing CenterBack! Beberapa kali beliau berjaya merangka serangan dan hampir menjaringkan gol. Mudah bagi beliau memasuki kotak penalti pasukan lawan. Tapi final ball dan rembatannya kurang menjadi.

     


    Memenangi hampir keseluruhan perebutan bola diudara. Gol Swansea pun berpunva daripada tandukan lemah beliau. Tapi dari segi hantaran memang baik. Kalau Salah dan Firmino dapat sempurnakan peluang yang dicipta oleh Beliau. 2 assists milik beliau.


    Bermain dengan baik. Menyerang dan bertahan dengan baik sekali. Beberapa hantaran berbahayanya gagal dibaca oleh barisan serangan Liverpool. Dan mempunyai juga satu peluang namun agak lambat untuk merembat.

     


    Bermain agak baik pada masa pertama. Namun agak terburu-buru pada separuh masa kedua. Rembatannya kurang tepat. Dan hantaran jauhnya tidak tepat buat separuh masa kedua. Namun beliau merupakan antara pemain yang bertenaga pada perlawanan tersebut.


    Nampak kurang menyengat. Membuat hantaran-hantaran yang mudah dan tidak mahu mengambil risiko dan cuba melambatkan rentak perlawanan. Dan seperti tidak bersemangat.

     


    Bertenaga. Cuma yang saya tak puas hati. Kenapa banyak keadaan dia tak shot oii? Hahaha. Cuma satu on target. Dikeluarkan bagi menggantikan Lallana. Pressing dan defendingnya sangat baik.

     


    Dikawal ketat pada perlawanan ini. Mawson selalu berada dekat dengan beliau. Terdapat satu peluang yang sangat menarik. Hasil umpanan Van Dijk. Namun rembatannya meliar melebihi palang gol. Bukan perlawnana yang mudah buat beliau.

     


    Satu peluang berharga hasil umpanan Mo.Salah beliau sia-siakan. Terdapat beberapa keadaan beliau bermain baik. Namun first touchnya yang kurang kemas membuatkan beliau gagal menyumbang sesuatu. Long pass dari Emre Can patut beliau sempurnakan juga.


    Bermain dengan kadar yang biasa dan kurang komited pada separuh masa pertama. Dan meningkatkan permainnya pada separuh masa kedua. Hampir memberikan Liverpool jaringan penyamaan dihujung perlawanan. Namun tiang menjadi penghalang.


    Memberikan Liverpool lebih pilihan ditengah. Namun bagi saya beliau agak lambat untuk membuat hantaran. Sikit lambatlah untuk release bola. Selepas tandukan Firmino beliau menerima bola betul2 depan beliau. Namun gagal menyempurnakannya. Perlukan beberapa perlawanan penuh untuk menambah ketajaman beliau.


    Akhirnya beliau diturunkan! Satu peluang dan satu peluang dicipta oleh beliau. Gagal merembat dengan kuasa penuh. Harap beliau dapat diturunkan dalam Piala Fa dan dapat menjaringkan gol. Salah satu pemain yang saya minat ni! Kawalan bola yang baik dan boleh mencipta peluang.


    RUMUSAN

    Kekalahan pertama dalam 18 perlawanan sebelum ini membuatkan kita semua sebagai peminat agak kecewa.

    Mana taknya, kalah selepas menang terhadap pendahulu liga,

    Liverpool kali ini tampak berbeza jika berdepan dengan pasukan yang bertahan dengan jumlah pemain yang banyak (parking bas). Cuma apabila ketinggalan dan masa semakin suntuk ketenangan pemain diuji dan pemain gagal menyempurnakan peluang yang ada.

    Diharapkan Liverpool bangkit dan mempelajari sesuatu daripada perlawanan ini. Move on!

    “You’ll Never Walk Alone”

    “Walk On! Walk On! Walk On!”