TAKTIKAL ANALISIS (TOTENHAM HOTSPURS vs LIVERPOOL)

    TAKTIKAL ANALISIS (TOTENHAM HOTSPURS vs LIVERPOOL)

    603
    0
    SHARE

    LIVERPOOL

    Liverpool bermula dengan Formasi kegemaran Klopp. 4-3-3.

    Dan yang menariknya. Milner kesebelasan utama! Seperti biasa Liverpool akan menggunakan Coutinho sebagai Playmaker utama. Dan Salah sebagai Inside Winger dan bertindak sebagai Pemecah Kubu pertahanan lawan.

     

    credit: @11tegen11

    Lihat PassMap ini. Menunjukkan hanya Salah sahaja yang berani masuk dan menyerang Kubu Spurs. Yang lain hanya membuat hantaran sahaja.

    Dengan Pertahanan Spurs yang padat di kawasan tengah. Memaksa Firmino turun ke bawah untuk mendapatkan Bola.

    Lihat kedudukan Emre Can. Beliau tidak seperti selalu. Kurang menyerang. Dan melakukan beberapa terjahan yang tidak sepatutnya.

    Dengan kompaknya bahagian tengah Spurs. Dan Coutinho diberikan layanan yang “baik” oleh pemain Spurs. Membuatkan Liverpool hanya mempunyai satu pilihan untuk menyerang. Iaitu melalui bahagian sayap. Dengan kualiti hantaran Lintang Liverpool yang tidaklah begitu bagus dan juga ketiadaan “penanduk” yang baik. Membuatkan segala serangan Liverpool menjadi sia sia.

    TOTENHAM HOTSPURS

     

    Spurs bermula dengan Formasi 3-4-2-1. Dan bertahan dengan 5-3-2. Kane dan Son akan cuba menekan 2 CenterBack Liverpool ketika Liverpool menguasai Bola.

    Spurs bermain mudah. Menggunakan kelemahan pertahanan Liverpool sebagai titik serangan mereka. Terutamanya bahagian Kiri Liverpool. Moreno yang berkedudukan tinggi dan Lovren yang terkenal dengan mistakenya mudah dimanipulasi oleh Spurs.

    Satu hantaran dari bahagian pertahanan ke bahagian Serangan sudah cukup untuk merobohkan kubu pertahan Liverpool.

    Dengan Kualiti hantaran daripada Vertonghen,Alderweiral dan Eriksen. Mudah melepasi pemain tengah Liverpool.

    credit:@11tegen11

     

    Lihat PassMap pasukan Spurs ini. Fokus kepada 3 pemain tengah mereka. Hanya Eriksen sahaja yang membuat pass ke Kane. Yang lain hanya melakukan side pass dan back pass. Dan pertahanan akan membuat long pass atau long diagonal pass ke kawasan antara pertahanan sisi dan pertahanan tengah Liverpool untuk di serang oleh Kane dan Son.

    Dengan form semasa Kane yang baik. Dan kelajuan Son dan Alli. Memudahkan lagi Spurs memecahkan Benteng Liverpool.

     

    credit:@11tegen11

     

     

    PENILAIAN PEMAIN.

     

    Dah lama tak rasa kecewa tengok beliau. Tiada save! Bolos 4. Walau kita tau 3 daripadanya bukan salah dia. Tapi hari lain. Dia boleh buat atleast 2 saves. Mengecewakan. Dahla defender kelaut keeper pum mengarut. Nasib. Nasib.

     

    Antara pemain yang bermain baik dalam perlawanan ini. Daripada bermain Pertahanan kanan. Sehingga bermain pertahanan tengah. Beliau menunjukkan permainan yang konsisten. Rasanya Beliau akan kerap digunakan sebagai Pertahanan tengah selepas ini. Go Gomez!

     

    Antara ujian terbesar untuknya setakat ini. Dengan bolos minit awal. Dan serangan pantas Spurs. Membuatkan kredibiliti beliau diuji. Gol ke3 Spurs berpunca daripada clearance lemah daripada beliau. Bila kerap di uji Kane. Nampak cara bertahannya sedikit goyang.

     

    Sedih. Tak terkata. Antara player Liverpool yang saya akan backup walau apa pun mistake yang beliau lakukan. Tapi untuk game ini. Maaf. Saya tak mampu nak backup. “Sudah cukup sudah, cukup sampai di sini saja, daripada batin kami(Penyokong Liverpool) tersiksa lebih baik kau pergi saja”.
    Dikeluarkan pada minit ke21 atas sebab sangat “goyang”. Mungkin game terakhir beliau. Walaupun Klopp ada coverline sikit cakap pertukaran tu pertukaran taktikal. Tapi bagi saya. Tidak. Bye bye Lovren!

     

    Walaupun tidak mempunyai masalah ketika menyerang. Cuma di kecewakan oleh crossing yang tidak tepat daripada beliau. Dan sebab terlalu tinggi kedudukanya. Spurs mudah memanipulasikan keadaan di belakang beliau.

     

    Bermula sebagai pemain tengah. Dan nampak sedikit longgar dan longlai permainannya. Pabila menjadi pertahanan kanan pula. Selalu melakukan “lazy defending” dan memberikan Spurs sepakan percuma. Sepatutnya bekerjasama dengan Matip/Gomez untuk mengawal penyerang Spurs. Namun hilang dari radar. Dan beberapa siri gelecekan tak menjadi. Poor poor performance.

     

    Walaupun memdapatkan Satu assist. Namun bab bertahan sedikit mengecewakan. Sering kali terlepas untuk melihat arah Kane berlari dan mendapatkan ruang. Membuatkan pertahanan tengah berhadapan situasi 1 lawan 1 dengan Kane. Sepatutnya beliau lebih melindungi pertahanan. Seperti yang dilakukan ketika menentang Man Utd.

     

    Lepas keluar je senarai Kesebelasan utama. Ramai Fans yang gembira dengan pemilihan beliau. Tiada masalah yang serius. Dan memberikan pertolongan yang baik di bahagaian pertahanan kanan. Dan antara sebab kenapa Gomez dapat bermain baik. Harap dapat dikekalkan dalam kesebelasan utama. Main Pertahanan kanan pada penghujung permainan pun agak baik.

     

    Ruang terhad yang disajikan oleh pemain Spurs untuknya. Minimum 2 pemain menutup ruang ketika beliau mendapatkan bola. Berjaya melakukan rembatan. Namun Lloris berjaya menyelamatkan keadaan.

     

    Memberikan Liverpool “Nyawa’ pada mulanya. Walaupun bukanlah finishing yang terbaik. Tapi janji dapat gol. Walaupun djaga ketat oleh pertahan lawan. Tetap berjaya memberikan persembahan yang baik.

     

    Kurang mendapatkan bola. Spurs betul2 mengunci pergerakan beliau. Dan beliau sendiri perlu turun kebawah untuk mendpatkan bola. Tidak banyak aksi yang dapat dipamerkan.

     

     

    Sepatutnya beliau dah boleh diterapkan dalam kesebelasan utama. Memberikan sedikit masalah kepada pertahanan Spurs. Dengan gelecekan dan larian pantasnya. Cuma hantaran akhirnya kerap kali digagalkan oleh hadangan dari pihak lawan.

     

    Memberikan Liverpool sedikit pilihan untuk menyerang. Kemasukanya sedikit memporak perandakan pertahanan lawan. Cuma masa yang singkat. dan kurangnya semangat rakan sepasukan yang lain. Menyukarkan keadaan buat beliau.

     

     

    Masuk pada minit minit akhir perlawanan. Sepatutnya diawalkan lagi kemasukannya dengan prestasi hambar dari Emre Can. Dapat mengurangkan asakan pihak lawan. Dan memberikan Liverpool lebih fizikal di bahagian tengah.

     

     

    RUMUSAN.

    Kekalahan yang patut bagi Liverpool jika kita nilai pada prestasi pemain pada perlawanan ini.

    Namun keputusan 4-1 memang agak memalukan. 3 gol melalui individual Error. Dan 1 gol lagi melalui defending Error. Membuatkan Liverpool nampak sangat teruk.

    Dengan pengeluaran Lovren pada minit awal. Jelas merupakan signal yang minit masa bermain Lovren kian mengurang. Apatah lagi. Selepas pengeluarannya. Liverpool bermain sedikit baik secara bertahannya.

    Diharapkan Klopp dan Liverpool dapat belajar sesuatu daripada kekalahan ke2 Liverpool dalam Epl ni.

    Sabar gais!

    “At the ends of the Storm there’s a golden sky”