TAKTIKAL ANALISIS (WEST HAM vs LIVERPOOL)

    TAKTIKAL ANALISIS (WEST HAM vs LIVERPOOL)

    2886
    0
    SHARE

    LIVERPOOL

    Diatas kertas Liverpool turun dengan formasi 4-3-3. Dimana-mana flatform pun menunjukkan senarai kesebelasan utama dan formasi seperti gambar rajah dibawah.

    Tapi….

     

    Sebaik sahaja wisel dibunyikan oleh pengadil. Barulah terlihat dengan jelas formasi dan kedudukan para pemain. Klopp membuat kejutan dengan bermain secara 4-4-2. Dengan Mane dan Chamberlain masing-masing dilihat menjadi pemain Sayap ketika bola dikaki pihak lawan. dan Yang menariknya. bila Liverpool dengan penguasaan bola. Formasi ini sekali lagi berubah. Dan pemain Serangan Mane/Firmino/Salah/Chamberlain sentiasa berubah rubah kedudukannya. tiada posisi yang tetap.

     

    Ketika penguasaan bola dan cuba ‘build up’ game. Liverpool berkedudukan seperti gambar rajah dibawah:

    Moreno akan naik sedikit untuk memberikan bahagian serangan Liverpool sedikit pilihan di wide area sebelah kanan. sementara Chamberlain di side yang bertentangah.

    Joe Gomez akan stay dan membentuk back 3 dengan keupayaannya bermain sebagai Center Back. dan Wijnaldum dan Emre Can bersedia untuk membantu pertahanan jika diserang pihak lawan.

     

    Namun diseparuh masa ke-2 Liverpool yang sudah mendahului dengan kedudukan 0-2 mula menunjukkan tanda-tanda mengendurkan serangan dan hanya bertindak melalui counter pressing. Lihat passmap dibawah. menunjukkan Moreno dan Gomez tetap bersama Klavan dan Matip, tidak terlalu ghairah untuk menyerang. dan Kedudukan 4 orang bahagian serangan Liverpool tidak terlalu wide. dan mereka cuba bermain dan penetrate pertahanan pasukan West Ham dari tengah dan Half Space. dan ternyata dengan pertukaran hantaran yang cepat dan kelajuan penyerang pasukan Liverpool menyukarkan West Ham untuk bertahan,

    credit:@11tegen11

     

    WEST HAM

    Seperti yang sedia maklum,West Ham gemar dan telah menggunakan Formasi 3-5-2 dan ketika bertahan dengan 5-3-2 sejak musim lalu. namun mereka berhadapan dengan masalah kecederaan beberapa tonggak pertahanan,

    Kelemahan Pasukan West Ham kali ini adalah dibahagia tengah. Noble kerap melakukan kesilapan dan mudah di ekspoitasikan oleh 4 serangkai serangan Liverpool yang sangat laju dan bernafsu. ditambah dengan CenterBack yang tidak begitu cergas. memudahkan Lagi Liverpool untuk merobek petahanan West Ham.

    Dengan Liverpool yang hanya menyerang dari kawasan tengah dan half space. membuatkan wingback pasukan Westham selalu mati arah dan tiada siapa nak mereka jaga. dan Pengurus mereka melakukan pertukaran pada separuh masa ke 2.

     

    Sedar mereka sudah ketinggalan,Pengurus mereka menukarkan formasi 4-4-2 dan lebih direct approach, dengan 2 penanduk hebat mereka di padang, Hernandez dan Carroll, memudahkan Lanzini dan Ayew untuk membuat Hantaran Lintang ke kotak penalti.

    Hasil daripada Crossing yang berterusan, West Ham mendapatkan satu gol. dan hampir sahaja mengulangi gol yang sama selepas itu.

    Lihat PassMap dibawah. jelas sekali West Ham hanya berharap dan melakukan serangan daripada bahagian wide dan halfspace sahaja. kerana mereka sedia Maklum Liverpool sangat lemah bertahan dengan hantaran Lintang.

    credit:@11tegen11
    credit:@11tegen11

    PENILAIAN PEMAIN

     

    Kapten pasukan untuk perlawanan ini sehingga Milner masuk. Membuat beberapa perkara yang melucukan. Pertama keluar dari Kotak penalti dan bola dirampas Hernandez. Lambat keluar menangkap bola. Mujur sungkitan Ayew hanya terkena tiang. Dan bolos mudah(Gomez pun terleka). Selain itu. Tak banyak sangat diuji.

     

    Selepas “tertidur” sampaikan Lanzini boleh skor. Persembahannya agak goyah. Diasak bertalu-talu oleh penyerang pasukan lawan. Bukanlah persembahan yang baik dari beliau. First half ok. Second half goyang sikit.

     

    Hahahaha. Dapat gol melalui corner oii. Tapi bukan tanduk la. Bola muntah. Dan mudah di kuis masuk. Dari segi bertahan. Memang bertahan dengan baik. Dan memulakan serangan dengan baik.

     

    Tak banyak yang boleh diKomen pasal beliau ni. Baik. Kemas. Dan tepat. Itu 3 perkataan yang tepat mengambarkan Klavan. Terbaik!

    Hanya sesekali sahaja menyerang. Tidak terlalu kerap seperti biasa. Formasi baru ini. Memerlukan beliau lebih deep bertahan. Bila deep bertahan. Memang takdalah nak bolos dan pasukan lawan sukar untuk manipulasikan kawasan Beliau.

    Walaupun dikatakan tidak dapat diturunkan untuk perlawanan ini. Tapi beliau dapat bermain dengan baik. Membantu barisan pertahanan dan juga dapat mengawal tengah dengan baik. Membuat beberapa simple pass dan interception dengan baik.

    Kental. Laju. Dan bertenaga. Kelibatnya bakal dirindui musim depan. Huhuhu. Bukan sahaja berjaya mengekang Andy Carroll. Beliau juga bertahan dengan baik. Menyerang dengan pantas. Dan berjaya melakukan beberapa gelecekan yang bertenaga.

    Penampilan penuh pertama dalam Liga. Gol pertama dalam liga untuk Liverpool. What a day! Hahahaa. Tidak terlalu wide kedudukannya. Sesekali berada di tengah. Pace nya membuatkan Defend Westham berterabur. Tak sempat Fan West Ham nak sorak gol Lanzini. Ox terus skor. Ahhahaah.

    Baru pulih. Dan hanya sempat join 1 sesi latihan je. Walau nampak sikit tak sharp. Mungkin fitness belum 100% lagi. Itupun dapat buat 2 assists. Bayangkan kalau dah fully fitness? Hahahaha.

    Man Of The Match pilihan saya? Gol pertama adalah gandingan beliau Mane. Laju gila. Counter attack 3 vs 1 weyh. Hahahaha. Agak clinikal finishing beliau kali ini. Boleh dapat hatrick. Tp Hart powerrr.

    Walaupun tak dapat gol. Dan agak frust dengan member-member yang taknak passing kat dia. Tapi beliau merupakan antara individu yang mempunyai work rate yang tinggi. Dan membuka ruang untuk pemain-pemain lain untuk mendapatkan gol. Melalui gelecekan la. Backheel la. Dan macam2 lagi. Harap lepas ni Firmino lak skor

    Masuk untuk menguatkan lagi cengkaman Liverpool dibahagian tengah. Mempunyai beberapa peluang. Tapi membuat keputusan yang kurang tepat. Pass kat Firmino takleh ke? Hahahah

    Masuk untuk menguatkan lagi pertahanan . dengan West Ham sedang kerap melakukan hantaran lintang. Tapi saya rasa lebih kepada nak bagi minit permaian kepadanya dan juga menaikkan semangat beliau.

    Sikit sangat la Klopp waktu dia main. Kita nak tgk potensi dia. Masuk je terus bawa bola meluru masuk ke kotak penalti. Tapi rembatannya sedikit tersasar. Saya antara yang rate tinggi beliau ni. Harap dapat masa yang lebih lepas ni.

     

    RUMUSAN

    Kemenangan yang baik. Kebiasaannya Liverpool sangat bermasalah menentang pasukan dengan 3/5 pertahanan. Dan dengan kembalinya beberapa pemain penting. Membuatkan Liverpool belum boleh dikeluarkan daripada senarai pasukan pencabar liga.

    Dan satu taktikal baru yang agak menarik daripada Klopp. Mungkin boleh diterapkan lagi dan diuji dalam latihan untuk mendapatkan result yang maksimum.

    Klopp dalam temubualnya selepas perlawanan. Menyatakan yang beliau tak uji pun taktik ni dalam latihan. Wow! Diharap Liverpool terus konsisten dan terus mendaki kedudukan Liga!

     

    “You’ll Never Walk Alone’

    ” Walk on! Walk on! Walk on!”