ULASAN TAKTIKAL (ARSENAL vs LIVERPOOL)

    ULASAN TAKTIKAL (ARSENAL vs LIVERPOOL)

    1406
    0
    SHARE

    LIVERPOOL

    Bermula dengan Formasi 4-2-1-3. Dengan Emre Can dan Henderson(Sebelum diganti Milner) menjadi pivot ditengah. dan Coutinho sebagai playmaker dan trio serangan LIverpool diterajui oleh EPL top scorer ketika ini iaitu Mo.Salah.

    Liverpool pada awalnya membenarkan Arsenal menguasai penguasaan bola. dan Liverpool cuba membuat pressing dan menyerang balas. 20 minit pertama berlangsung cemerlang buat Arsenal.

    Liverpool yang sesekali mendapat bola. Cuba memanipulasikan kepincangan bahagian kiri pertahanan Arsenal. Pemain muda yang diletakkan untuk menjaga Salah. dan Sanchez yang tidak membantu dalam bertahan. Mujur Ozil rajin dan kejap membantu pertahanan muda tersebut.

    Trio serangan Liverpool yang tidak tetap kedudukannya dan laju menyukarkan lagi pertahanan Arsenal mujur penyudahan tumpul daripada trio serangan Liverpool membantu Arsenal dari terus dirobek.

    Namun seperti biasa. Bahagian Belakang Liverpool mempunyai masalah. Kali ini dilihat ianya berpunca daripada kawasan sebelah kanan Liverpool. Gomez yang kelihatan kuat dan sukar dikalahkan dalam perebutan bola. Namun goyah ketika bertahan dengan Bola udara. dengan beberapa kali ditewaskan. akhirnya Klopp menukar sedikit formasi agar kebocoran dibahagian pertahan semakin teruk.

    Dengan Kemasukan Wijnaldum menggantikan Mane. Liverpool bertukar ke formasi 5-2-3 ketika bertahan. dan 3-4-3 ketika mempunyai penguasaan bola.

     

    ARSENAL

    Arsenal tampil dengan permainan yang lebih dinamik dan bertenaga, sudah 2 game terdahulu menggunakan sistem 4-2-3-1 ini. dan Nampak penguasaan bola yang baik, dan ghairah menyerang.

    Arsenal pada mulanya banyak menyerang berasaskan kawasan tengah. Penggunaan Ozil sebagai playmaker utama dimanfaatkan sepenuhnya. Dan Sanchez dan Iwobi menyerang di halfspace Liverpool. Tapi kecemerlangan pertahanan Liverpool menidakkan serangan Arsenal pada separuh masa pertama perlu dipuji.

    Masuk separuh masa kedua. Arsenal merubah sedikit cara permainan mereka. Mereka menggunakan penyerang mereka sebagai TargetMan yang akan menahan bola. dan membuka ruang Kepada pemain tengah menyerang mereka masuk kedalam Kotak Penalti Liverpool. dan mereka berhasil dengan 3 gol pantas dalam jarak masa 5 minit.

    Selain itu, kekerapan Arsenal melakukan hantaran lintang juga merupakan faktor pertahanan Liverpool menjadi sedikit kucar kacir dan tidak terurus.

     

     

    PENILAIAN PEMAIN

    Susah jugak nak komen pasal prestasi beliau ni. 4 shot on target dari Arsenal. Dan 3 shot awal menghasilkan 3 gol. 2 tolakan melepasi palang yang sangat berbahaya. Pasal gol ke2 pulak. Shot dari Xhaka. Mende boleh tumbuk. Bola tak tinggi pun. Yang beliau mengelupur nak lompat. Lepastu nak tolak bola sebelah tangan nape? Huhuhu. Poor poor performance bro!
    (Rating:5.5)

    Separuh masa pertama. Sampailah sebelum gol pertama Arsenal. Beliau bermain dengan baik sekali. Menjaga Sanchez dengan baik. Siap gelecek lagi tu. Tapi selepas Arsenal menumpukan serangan dari sebelah Kiri Liverpool. Terlihat Beliau sangat Struggle untuk melakukan Defending dan clearance. Tidak menutup ruang dengan cepat bagi menidakkan Ozil untuk Gol ke3 Arsenal.
    (Rating:6.0)

    Mulanya semua nampak baik. Melakukan Clearance dengan tenang. Mengeluarkan segala hantaran lintang yang masuk ke kotak penalti Liverpool dengan cemerlang. Satu peluang yang gagal dimanfaatkan oleh Beliau diseparuh masa pertama. Free kick Coutinho gagal untuk disentuh oleh beliau. Kalau dapat buat square pass. Mane mudah tap in. Agak struggle untuk rebut bola pada Lacazettes pada separuh masa kedua.
    (Rating:7.0)

    Seperti biasa. Yang paling menarik adalah “Klavan Turn”. Hahaaha. Bermain dengan baik. Tenang. Dari segi Build up play. Kena tingkatkan sikit. Banyak pass yang kurang tepat. Overall. Tiada masalah.
    (Rating:7.0)

    Kali ini. Beliau benar-benar diuji. Terutamanya pada separuh masa kedua. Namun tetap melakukan aksi bertahan yang baik. Terdapat satu keadaan yang beliau hilang bola sehinggakan Arsenal dapat menjaringkan Gol. Separuh masa pertama membuat beberapa hantaran. Yang salah satunya berjaya ditanduk dan hampir memberikan Firmino gol.
    (Rating:7.0)

    Akibat terlalu ghairah mengejar pihak lawan. Beliau hanya sempat berapa dipadang selama 10minit sahaja. Nak bagi rating pun tak tahu ni. Hahaha.

    Membuat beberapa key passes yang baik. Namun peluang gagal disempurnakan oleh rakan sepasukan. Ingat Salah gagal skor masa Thru pass dari Beliau? Tapi dari segi bertahan agak baik. Terutamanya bila ditukar menjadi back 5 dan beliau bermain di posisi wingback kanan.
    (Rating:7.0)

    Bagi kami. Beliau antara yang lambat dapat ” tune” kurang cengkaman. Separuh masa pertama. Berapa banyak hilang bola dan pass mengarut? Mujurlah tiada bolos. So taknampak sangat salah beliau. Mujur persembahannya meningkat separuh masa kedua. Beza beliau dengan Henderson bila main DMF? Beliau lebih memikirkan nak menyerang. Tapi Henderson lebih mengawal tempo permainan. Antara sebab Liverpool bolos 3 gol dalam masa 5 minit? Emre Can gagal menguasai tengah. Dan mengekang dan mengawal tempoh permainan. Sedikit gagal.
    (Rating:6.5)

    Satu gol. Dan agak unik gol kali ini. Gol tanduk. Hahaha. Beberapa umpanan bijak dari beliau. Tapi Firmino dan Lovren gagal memanfaatkan peluang. Agak kurang menjadi sedikit dribble sambanya kali ini. Beberapa kali mudah dipatahkan pemain Arsenal. Overall. Still mengancam.
    (Rating:7.5)

    Beberapa peluang berharga yang biasanya mudah diterjemahkan dalam bentuk gol. Kali ini. Terlepas. Apa sudah jadi? Agak merudum dan sedikit “longgar” aksinya pada separuh masa pertama. dan cuba memperbaikinya pada separuh masa kedua. Menunjukkan sedikit peningkatan. Dan nampak sangat “try hard” untuk menjaringkan gol. Kami yakin satu gol. Moments of brilliant daripada beliau akan kembali. Come on Mane!
    (Rating:6.5)

    Satu gol. Dan hantaran yang sedikit terbias sebelum ditanduk Coutinho. Memberikan Salah antara Top performance perlawanan ini. Tapi masih sama. Isu finishing. Masih lagi membelenggu beliau. Banyak peluang. Namun hanya satu gol dijaringkan. One on one tak gol. Sepak tak kena masa Mane square pass dalam kotak penalti. Dan beberapa keadaan lagi. Kami je ke yang rasa Salah agak tamak selepas dia jadi top scorer EPL ketika ini??
    (Rating:7.5)

    Pemain Terbaik Liverpool pilihan kami! Satu gol. Satu assist(gol Salah). Dan seperti biasa. Bertahan dengan baik. Membuka ruang kepada rakan pasukan. Cuma. Ada 2 peluang paling menarik dari Beliau. Kedua-duanya menerusi tandukan. Satu diselamatkan Cech. Satu tersasar sedikit. Sebelum itu terdapat satu rembatan yang sedikit melepasi palang. Overall. Terbaik!
    (Rating:8.5)

    Masuk untuk menstabilkan bahagian tengah Liverpool yang nampak semakin lemah. Dan ada satu ketika. Membawa bola kedepan melepasi 3 pemain lawan. Sebelum membuat hantaran kepada Salah. Dan Salah hanya mampu membuat rembatan ke bahagian sisi Jaring. Kami rasa beliau patut dimainkan lebih awal. Mungkin selepas gol pertama Arsenal.
    (Rating:7.0)

    Terlalu sedikit masa diberikan kepadanya untuk beraksi. Hanya sempat di booooo bekas penyokongnyaaa. Hahahag.
    (Rating:N/A)

     

    RUMUSAN

    Sekali lagi 3 mata berharga yang sudah berada ditangan Liverpool dirampas. Mujur tak kehilangan kesemuanya.

    Satu mata yang berharga. Kerana kedua-dua pasukan mempunyai masalah yang sama. Lemah ketika bertahan dan kesilapan mudah penjaga gol masing-masing.

    Liverpool perlu menyalahkan diri sendiri kerana mereka sepatutnya sudah boleh menutup sisa-sisa perjuangan Arsenal sejak dari separuh masa pertama lagi. Tapi apakan daya. Ok guys. Move on. Pemain pun manusia biasa yang tidak lari dari melakukan kesilapan.

    “You’ll Never Walk Alone”

    “Walk on! Walk on! Walk on”