DIMANAKAH HARUS “OX” DILETAKKAN.

DIMANAKAH HARUS “OX” DILETAKKAN.

730
0
SHARE

 

Kita sedia maklum. Yang Ox ni seorang pemain yang “versatile” maksudnya. Boleh main disegenap posisi menyerang.

Kat Arsenal pernah main sebagai Wing Forward/Midfield/Wingback.

Dikhabarkan. Walaupun gaji ditawarkan Arsenal dan Chelsea tinggi. Namun Ox menolak kerana diberikan peranan sebagai ‘wingback’. Betul ke? Entahlaaa.

Antara posisi yang boleh dipenuhi oleh Ox:

1) Center Midfield.

*peranan ini dimainkam oleh Emre Can/Wijnaldum ketika ini. Dan Ox juga pernah bermain di posisi ini untuk Arsenal.

2) Attacking Midfield.

*masih ingat sejurus selepas Final Fa cup? “Saya sentiasa mahu jadi seperti Gerrard”. Dia sendiri mengeluarkan kenyataan ini dihadapam Gerrard sendiri. Dan posisi ini juga menempatkan player yang sakit belakang tu(malas nak taip nama dia).

3)Wing Forward/Wing.

*jikalau. Katakanlah. Contoh. Mane atau Salah tak dapat bermain. Ni contoh eh. Ox boleh mengambil alih bahagian Wing ni. Kat Arsenal pun dah berapa kali dia buat Assist dari bahagian sayap. Terutamannya bila lawan tim bertaktikal ” parking bas”.

4)Wingback/fullback.

*ini jika kes emergency sahaja eh. Kang merajuk budak ni. Nak mai LFC main Atas. Kena duduk defend lak. Ahhahaa.

So. Kemasukan Ox ni. Baik untuk skuad. Dengan jadual perlawanan yang padat musim ini. Ditambah dengan UCL lagi.

Walaupun ada yang berpendapat beliau pembawa malapetaka kepada skuad?!

Kerana sebelum ke Liverpool. Arsenal dibelasah oleh Liverpool 4-0.

Selepas beliau masuk Liverpool. Keputusan perlawanan belum memihak pasukan Liverpool.

Tewas 0-5 kepada Man City.
Seri 2-2 dengan Sevilla.
Seri 1-1 dengan Burnley.
Kalah 0-2 dengan Leicester City

Bagi saya. Bukanlah beliau puncanya.
Beliau tidak terlibat dalam keseluruhan permainan. Hanya sebahagian sahaja. Itupun hujung-hujung permainan(kecuali game Man City dan Leicester).

Selagi beliau menyarung jersey Liverpool. Selagi itulah Alex Oxlade Chamberlain ada tempat di hati saya!

 

Ox sedang diberikan arahan sebelum masuk melakukan debutnya vs Man City.

Goodluck Ox!