CORETAN SALAM 1-4 DARI ETIHAD

CORETAN SALAM 1-4 DARI ETIHAD

4842
0
SHARE

Satu kemenangan ‘besar’ dari segi skor dan makna kepada peminat The Reds/ Saya tak mahu mencari sama ada ini adalah pasukan lemah City atau tidak kerana Liverpool pun bergelut dengan depth issue sehinga terpksa bermain false 9. Manchester City tetap Manchester City seperti mana saya menjawab berberapa mulut fans LFC sendiri selepas kemenangan menentang Chelsea. Tak perlu kita melabel ini pasukan lemah atau tak, yang kita perlu lihat mampu ke tak kita melakukan sesuatu dengan pasukan kita berdepan pasukan yang ada isu tertentu.

Liverpool-Unveil-New-Manager-Jurgen-Klopp

Kini selesai semua away game yang berat, Arsenal, Manchester United, Spurs, Chelsea, Everton dan Manchester City dan kita akan lebih fokus kepada winnable dan tricky game. Sudah masuk 6 minggu beliau menjadi manager Liverpool, daripada inspirational press conference sehinggalah luahan kecewa dengan segelintir penyokong sendiri yang meninggalkan Anfield pada 12 minit terakhir dalam game menantang Palace. Klopp sentiasa berpendapat setiap penyokong boleh memainkan peranan kecil dalam unit besar dalam stadium untuk bersama sama dengan pasukan sehingga ke wisel penamat. Sikap #BELIEVE perlu diperkasa !

CITY TETAP CITY

Adakah Liverpool bermain over perform menentang under form City ? Klopp menyatakan , ia masih jauh daripada ‘sempurna’. Itulah ekspektasi Klopp. Mahukan sentiasa ada satu atau 2 langkah ke hadapan. Dengan mata yang rabak dan tak mahu sesi ‘jaga’ sia sia , saya siapkan kopi dan biskut kering. Bukan sebab takut mengantuk ,kerana badan saya tak ada isu dengan kafein kalau dah mengantuk. Saja cari aktiviti di malam kelam gelita.

 

32 MINIT 3 GOL

Liverpool menjaringkan tiga gol dalam masa 32 minit, dan mungkin patut menambah 2 gol lagi sebelum tamat separuh masa pertama. Ia lebih daripada kopi kaw untuk segarkan mata anda kemudian mendesak denyut jantung bila City seakan akan ada harapan kembali. Lebih saspen bila Sterling pegang bola, tapi sorry, Skrtel dan Lovren dan ada treatment khas. Terjerit jerit saya sorang sorang setiap kali gol dan keychances. Tentera merah menekan dan memberikan pressuring kepada sang Biru di final third. Mungkin ketiadaan Kompany memang satu big missing, tetapi cara Liverpool mengambil kesempatan adalah Liverpool sebenar, yang dilakukan Era Torres dan Suarez.

stats

Pada penyokong Liverpool 32 minit itu hampir menyamai 20 minute disaster ke atas Arsenal dahulu. Ramai rakan rakan saya yang atas pagar, mereka tak minat Liverpool tetapi scoreline itu menjadikan mereka teruja nak menukar chanel daripada el classico ke bilik sebelah, nak check laporan di FB betul ke tak atau bagaimana boleh gol kemudian layan balik el classico.

ISU SQUAD DEPTH CITY ?

Adakah keputusan City menyisihkan Otamendi adalah tepat ? Saya rasa, Pellegrini menjangkakan Manggala dan Demichellis cukup baik untuk handle pasukan yang ada masalah finishing seperti Liverpool dahlah dalam teamsheet tak ada natural striker.

P151121-025-Man_City_Liverpool-1200x809

Ia adalah keputusan yang mungkin akan diambil mana mana manager yang menguruskan City. Mereka ada UCL match menentang Juventus dan game ini sebenarnya tak menentukan apa apa. Tetapi, kenapa merisikokan Aguero dalam game ini ? Alasannya mungkin, Pelegrini mahukan game ini diselesaikan cepat dan Aguero boleh dikeluarkan.

Aguero ada rekod yang bagus menentang Liverpool dan semalam dia menjaringkan gol hanya dengan satu shot on target untuk dia dan pasukan beliau pada separuh masa pertama. Namun dancing feet Countinho, Firmino, Lallana dan Emre Can amat menyukarkan low pace defender yang gagal diberikan protection oleh Fernando dan Fernandinho. Saya tak pernah rasakan pasukan seperti City terlalu bermasalah dengan squad depth. Kita lagi bermasalah.

TEMBOK RAPUH CITIZEN  

Gol pertama Liverpool adalah hasil ‘derma’ daripada Manggala yang persis own goal Djimi Troare dahulu. Gol kedua adalah hasil sikap optimistik oleh Coutinho yg ‘merompak’ Sagna dan bertukar tukar hantaran dengan Firmino dang Coutinho menjaringkan gol kedua. Gol ketiga adalah kerana defensive error dan Emre Can ‘majestic backheel dan zonal marking oleh City membuatkan Coutinho melakukan assist ‘bayar balik’ kepada Firmino.

City kemudian jadi kelam kabut. Apa yang disebut gegenpressing membuatkan mereka banyak melakukan defensive error di kawasan sendiri terutama Manggala dan Sagna. Sagna memang top form sebelum ini, tetapi dalam game malam tadi, berberapa kali beliau dirompak di kawasan sendiri.

Ringkasnya Gegenpressing bermotifkan :

1) Menekan dengan kuat di high line atau kawasan pihak lawan sehingga memaksa mereka kesilapan.
2) Sebaik sahaja bola dirampas, akan ada pemain dari kawasan sekitar melakukan overlapping untuk mencipta ruang (creating space) yang boleh menyebabkan panik.
3)Mengambil kesempatan daripada panicking opponent untuk melakukan gol.

BUDAK BRAZIL FIRMINO

Manchester City v Liverpool - Barclays Premier League - Etihad Stadium

Tak lengkap kalau tak bersembang tentang pemain £29 juta Roberto Firmino. Memang game ini tak membuktikan secara total jumlah price tag beliau. Namun dalam game ini kita tahu yang di adalah boleh harap. Ada yang menyatakan finishing dia tak cukup bagus. Bagi saya pula berbeza, untuk False 9, ia adalah cukup baik, kontranya adalah di team Manchester City ada 3 pemain yang on form , iaitu Joe Hart selepas Kolarov dan De Bruyne. Hart sangat cemerlang dalam game ini dan ada satu ketika saya bercakap sendiri, jika Liverpool tak menang game ini, sebab utama adalah Joe Hart yang melakukan sekitar 5 key saves dan 3 potential goal attempts.

Minggu lepas ada antara kita mengamuk kenapa Dunga tak select Coutinho dan Firmino, tapi saya hari ini nak ucap terima kasih Dunga. Kerana disisihkan sementara, mereka berdua bebas risiko kecederaan, lebih fit dan mungkin geram nak menunjukkan sesuatu kepada anda, mungkin sebab tu kedua dua mereka tersengih sengih di bangku simpanan.

GENG MEJA BELAKANG

P151121-055-Man_City_Liverpool-533x420

Akhir sekali adalah Skrtel-Lovren patnership. Saya gunakan istilah yang ramai suka guna dalam sesi ‘report card’ saya. Saya ada menulis, Kolo Toure mungkin pilihan lebih baik untuk start the game. Ini kerana, Lovren bergelut untuk fully fit dan disisihkan dari skuad Croatia kerana isu fitness. Takut juga dia push to hard dengan body yang tak cukup fit. Namun dia dan Skrtel terlalu ‘keras’ untuk budak power bernama Sterling.

Kevin De Bruyne terus menjadi ancaman tetapi tak cukup signifikan. Kemudian Aguero meledak gol. Gol itu mungkin tak berlaku jika Mignolet dalam postur cukup sedia. Tetapi dia sibuk nak meminta flag up kepada pemain City. Dengan shots power Aguero, Mignolet lambat untuk bersedia. Saya malas nak salahkan Skrtel sebab ia jaringan dari luar kotak. Saya, kalau part luar kotak memang agak prejudis dengan GK. Tetapi overall, Mignolet masih Mignolet yang cemerlang sejak berberapa bulan lalu. Gol Skrtel ala Gerrard adalah hadiah terbaik untuk department pertahanan.

Sekian review saya dan analisis taktikal nanti kita sembang lebih lengkap isu positioning, taktik, dan teknikal.

YNWA.