PAUL LAMBERT MEMBERIKAN KLU BESAR !

PAUL LAMBERT MEMBERIKAN KLU BESAR !

631
0
SHARE

Bekas pengurus Aston Villa, Paul Lambert telah mendedahkan bahawa dia telah bercakap dengan Christian Benteke dan mengucapkan tahniah kepada Benteke berikutan langkah yang diambil oleh Benteke dengan menyertai Liverpool.

By Axello

Paul Lambert percaya, striker Belgium, Benteke akan berjaya di Anfield, katanya kepada Sky Sports. Liverpool dilaporkan bersetuju untuk memenuhi klausa perleapasan  £ 32.5 juta yang ada pada kontrak Benteke. Stesen BBC,pula meramalkan ia cuma menunggu masa untuk Benteke diumumkan sebagai pemain baru LFC di Merseyside.

christian-benteke_3259175b

Lambert, yang menandatangani Benteke dari Genk berkata

“Saya rasa beliau akan melakukan perkara yang hebat di sana. Benteke ada menelefon saya semalam dan saya ada bersembang dengan dia. Saya tumpang gembira untuk beliau, dia kini hampir merealisasikan perpindahan ke sebuah kelab yang benar-benar besar.”

“Saya mendengar ada laporan menyatakan bahawa beliau hanya boleh menjaringkan dari bola silang (cross). Tak mungkinlah, Christian Benteke akan menjaringkan untuk Liverpool (dalam pelbagai cara).”

“Inilah peluang untuk mereka mencipta gol dan Benteke akan menjaringkannya. Christian berkata semalam, dia sangat selesa menggunakan kakinya. Saya pasti beliau adalah pembelian yang hebat.”

Lambert menyatakan bahawa Reds tidak perlu mengubah corak permainan mereka untuk Benteke kerana beliau boleh melakukan gol dalam pelbagai cara yang berbeza.

“Jika anda melihat cara dia bermain, terutamanya pada tahun pertama beliau di Aston Villa, ia adalah satu fenomena.”

“Pada ketika itu beliau adalah di tangga ketiga di belakang (Cristiano) Ronaldo dan Messi dalam statistik purata jaringan gol. Saya berpendapat dia adalah salah seorang No 9 yang terbaik pernah saya lihat setakat ini.”

“Saya berkata kepada beliau untuk pergi (ke Liverpool) dan nikmatnya. Saya kata, dia akan menyukai kelab dan penyokong Liverpool.  Dan saya fikir dia juga akan mendapat banyak peluang untuk beraksi.”- Paul Lambert

Adakah Lambert memberikan klu yang benar benar besar kepada kita semua setakat ini. Saya akui Benteke memang seorang no.9 yang prolifik dan dengan kualiti midfielde yang Liverpool ada diharap Liverpool membuat pembelian yang tepat pada harga yang saya anggap membeli potensi. Kenapa potensi ?

Benteke masih bukan 20 goal scorer per season di BPL. Namun LFC percaya dengan kualiti barisan tengah yang ada Liverpool akan membantu beliau seperti Daniel Sturridge. Tak kurang juga team medical LFC mungkin yakin untuk menjaga Benteke lebih baik supaya tidak terlalu rapuh. Isu kecederaan adalah gangguan utama Benteke untuk gagal menjadi 20 goals striker di BPL.

Adakah Benteke akan menjadi Mesin Gol di Anfield ?

YNWA