Previu : Liverpool V Manchester United

Previu : Liverpool V Manchester United

588
0
SHARE

Anfield @ 17.01.2016

Northwest Derby Is Back ! Ia adalah northwest derby pertama Klopp dalam karier dan beliau pernah bertemu dengan Van Gaal di Der Klassiker pada 2011. Ini adalag pertemuan clash of the Titan dan dunia akan menumpukan kepada perlawanan ini selama 90 minit.

kc

William Hills Market

Liverpool win – 13/10
Draw – 21/10
Manchester United win – 23/10

Jelas sekali bookmakers meletakkan LFC sebagai pilihan untuk menang dengan rate yang sangat tinggi. Namun adakah Liverpool turun sebagai pasukan yang benar benar favourite kali ini ? selepas 3 perlawanan terakhir menentang United , Liverpool tewas semua. Saya tak rasa begitu.

Performance Guide

tshirt-liverpool

Liverpool : WWLWDD

Macnhester United : LLDWWD

Team News

tnews

Head To Head

sumber : whoscored
sumber : whoscored

Set Up Taktikal

Liverpool mungkin akan mengekalkan pasukan yang sama ketika seri dengan Arsenal dan juga mempertimbangkan 1st team debut untuk Caulker dalam game ini. Sistem false 9 Liverpool menjadi ancaman utama kepada City dan Arsenal sebelum ini namun masih belum ada testimoni yang konsisten.

Manakala United mungkin akan bermain dengan 4-3-2-1 dengan Rooney di frontline dan Martial dengan Mata di wide area. Sesuatu yang menarik adalah adalah United akan menurunkan Fellaini di tengah untuk menjadi extra attacker dalam game ini kerana LFC ada masalah dengan high ball defending.

Potensi Kelemahan

Liverpool :

Masalah comical defending terus menghantui pasukan ini. Pertahanan kerap melakukan defensive error serta aksi Mignolet dalam berkomunikasi dengan flat 4 yang berbeza kerana kecederaan.

Liverpool juga harus sedar akan hakikat mereka berdepan dengan sebuah pasukan yang build up dari wing attack dan ini juga salah satu kelemahan Liverpool iaitu bertahan di wing area terutama di left back area.

Manchester United:

United adalah pasukan yang ada isu dengan penetration di final third walaupun gemar bermain possession football. Pada masa yang sama pasukan ini juga ada isu dengan clean sheet dan melindungi gol pendahuluan. Isu defending berdepan dengan agile player juga antara masalah United dan mujurlah Coutinho tak available dalam game ini.

Kekuatan Pasukan

Liverpool adalah pasukan yang menggemari fluiditi di final third dan juga high pressing football. Walaupun masih bukan seperti gegenpressing namun pasukan ini tetap boleh bermain counterpressing jika pemain pemain fit dan on form.

Dalam perlawanan menentang Arsenal lepas,LFC menunjukkan kualiti di duel. Dan ia antara seba kenapa Arsenal menjadi second best. Kontranya, United agak yoyo dalam isu duel musim ini.

Untuk Manchester United, kekuatan utama mereka akan hadir jika dibenarkan menguasai center cirlce area. Ini kerana mereka ada incisive winger dan offensive fullback yang mampu menjadi ancaman secara zonal.

United juga pasukan yang sangat bahaya dalam menghadirkan ancaman melalui bola mati yang menjadi masalah untuk Liverpool kali ini.

Key Battle

Possession

Ini adalah 2 pasukan yang dibimbing oleh pengurus yang gila akan possesion dan ia akan menjadi pertarungan menarik. Soal possesion dan terjemahan ia kepada nilai kuantiti gol.

United Wing System

United memiliki sistem yang kuat cuma dan Liverpool pula memiliki 2 offensive fullback yang berpotensi sukar untuk track back bila ada counter attack di wide area.

Battle Di Center Circle

Kedua dua pasukan ada kualiti yang baik di center circle. Cuma jika Emre Can, Henderson dan Milner dalam kondisi terbaik , saya rasa United akan sukar untuk handle di midfield area.

Kreativiti

Kedua dua pasukan ada masalah dalam kreativiti yg benar benar efisien. Jadi kali ini, ia adalah sangat menarik untuk melihat cara mana yg akan digunakan untuk mencipta peluang gol.

Pemain Tumpuan

Roberto Firmino

Manchester City v Liverpool - Barclays Premier League - Etihad Stadium

Pemain untuk perlawanan besar. Firmino menyatakan dia mahukan role ‘floating’ sekali lagi. Role yang sukar dikenakan zonal marking atau tight marking oleh pihak lawan.

Juan Mata

juan-mata-456466

Saya tahu Rooney bermain baik last week, namun nama Mata sangat tak digemari oleh saya setiap kali menentang Liverpool sejak beliau di Chelsea lagi. Pemain ini perlu dikawal kerana kreativiti dan kemampuan menjaringkan gol dalam pelbagai keadaan.

Potensi Starting Line Up

Liverpool : Mignolet; Clyne, Toure, Sakho, Moreno; Henderson, Milner, Can; Lallana, Ibe, Firmino

Manchester United : De Gea; Darmian, Smalling, Blind, Young; Schweinsteiger, Schneiderlin; Herrera, Mata, Martial; Rooney

Sebelum Wisel

Ini adalah perseteruan besar antara 2 kelab Inggeris. Jadi perlawanan ini lebih daripada sekadar untuk 3 mata. Saya berharap Liverpool akan dapat menang dalam game kali ini dengan sebarang margin. Suakr untuk mengukur mana pasukan lebih baik setakat ini secara teknikal kerana kedua dua pasukan memang agak struggle. Saya mengharapkan the total open football game.