SHAKTAR DONETSK MEMBUKA RUNDINGAN

SHAKTAR DONETSK MEMBUKA RUNDINGAN

1655
0
SHARE

Shakhtar Donetsk telah membuka perbincangan dengan Liverpool lebih lanjut untuk saga perpindahan Alex Teixeira. Sumber di kelab Ukraine telah memberitahu Guardian, Liverpool setakat ini satu-satunya kelab yang telah membuat satu pendekatan (approach) rasmi untuk Teixeira.

alex_teixeira_football_player-1
Liverpool telah menawarkan € 32m (£ 24.6J) untuk khidmat penyerang prolifik Shakhtar. Berita ini dikuatkan lagi apabila ketua eksekutif LFC, Ian Ayre, telah berlepas ke Florida untuk cuba memuktamadkan perjanjian ini. Shakhtar kini berada di Orlando dalam persediaan untuk Florida Cup. Shaktar sebelum ini meletakkan harga £ 38 juta namun jika LFC menjadi satu satunya pembida, LFC berharap ia boleh terjadi dengan nilai sekitar  £25 juta.

Teixeira, yang pernah dikaitkan dengan perpindahan ke Chelsea sebelum ini, telah menjaringkan 67 gol dalam 146 perlawanan liga di Ukraine dalam tempoh lima tahun di kelab itu. Sebagai perbandingan, pasukan Liverpool, bimbingan Jürgen Klopp hanya menjaringkan 25 gol dalam 22 perlawanan liga musim ini dan pada masa ini berdepan masalah kecederaan pemain serangan seperti Danny Ings, Daniel Sturridge dan Divock Origi, serta Philippe Coutinho. Christian Benteke merupakan penjaring terbanyak Liverpool dalam liga musim ini dengan enam gol.

Namun begitu, Alex Teixeira dilaporkan mengalami kecederaan hamstring yang menjadi babak biasa di Liverpool musim ini dan memaksa memaksanya terlepas aksi persahabatan dengan Corinthians pada Rabu. Namun, Jurulatih Shaktar, Mircea Lucescu, menyatakan ia bukan satu masalah yang serius.

“Saya cuma mahu mengambil keputusan berjaga jaga untuk tidak memberikan risiko dan dia boleh berehat,” kata beliau.

Klopp ditanay sama ada beliau menyenaraikan Benteke dalam long term plan beliau.

“Anda menilai terlalu cepat” kata Klopp,

“Kalau macam tu, saya akan menghantar mana mana pemain yang terlepas peluang menjaringkan gol ke kelab lain. Bertenang. Sudah tentu dia mempunyai masa depan yang. Itu bukan satu soalan yang harus ditanya. ” – Jurgen Klopp